Sebagai awalan pengisian dalam blog ini,
Pertamanya saya nak beritahu bahawa saya baru reti buat blog jadi buat blogger2 yang dah lama tolong la ajarkan saya dan blog pertama saya ialah blog dija http://dijablogger.blogspot/. Maknanya ini adalah blog yang kedua.
Selama ini memang saya tak reti buat blog tapi saya suka layari blog. Terutamanya blog sahabat2 amk penang macam zul mamak kasi pecah la...apa yang pecah pun aku tak tau la...tapi t.kasih sebab jadi pengikut yang pertama...nanti jumpa aku nak bagi hadiah kasi pecah la...blog keraniopis, hentamla saja labu, aloha, 007 malaya, unit ehsan p.pinang, amkpenang(N) bukan (P), dan banyak lagi...
Kalau di Perak saya suka ikut blog mat saman kati, sya reformis dan perisik rakyat... perisik rakyat ni memang dulu zaman rock satu kepala dengan aku, jumpa dia banyak kali di penanti di kelantan pun jumpa program bersantai dengan YB Husam Musa tapi dia masih tak perasan aku yang mana satu bila aku komen dalam blog dia sebagai mantan rockers.Padahal bergambar dok sebelah dia saja.Blog cikgubard jangan cakaplah sebab saya memang penyokong setia dia. 1 Malaya dah tahu kata Shamsul Iskandar ketua Amk Pusat yang tersohor itu selepas Ezam Md Noor.
Yang kedua saya di sini nak buat pengakuan bahawa sebenarnya blog http://diamjoedahmai.blogspot.com/ yang panas dan hangat la ni bukanlah blog saya yang buat...waktu dia terbit siri 1 pun saya tak reti buat blog lagi...saya nak nafikan sekeras-kerasnya sebab Afendi Yusoff (dulu Exco Amk pusat) yang dah masuk UMNO tiba2 telefon saya tuduh saya yang punya blog tu....blog yang menghentam johari kassim kawan baik dia bertubi-tubi...saya nak bagitau dekat Afendi dan rakan2....saya ni pejuang tulen, saya berjuang untuk rakyat bukan gila pangkat, tak perlu saya baling batu sembunyi tangan, saya tak perlu takut, saya bongkar kes kuari kerajaan negeri dapat 6.1 juta...baca < sini >
Ramai sahabat2 yang suruh saya mohon balik jadi Ahli Majlis, sampai ada yang kata sepatutnya hang yang jadi Ketua Whip MPSP bukan Johari Kassim, Sekali lagi saya nak tegaskan dan maklumkan bahawa saya bukan gila pangkat dan saya buat sidang media hari tu pun sebab untuk nak membersihkan nama saya sebab di tuduh serta difitnah macam2 terhadap saya selepas saya bongkarkan kes kuari...Sekarang terbukti apa yang saya bongkarkan kes kuari adalah benar hingga kerajaan negeri P.Pinang dapat 6.1 juta untuk rakyat bukan untuk saya...saya tak dapat satu sen pun, dapat maki hamun adalah tapi tak mengapa saya masih boleh bersabar sebab bagi saya yang paling penting Allah tahu siapa yang benar.
Bagi saya yang paling penting maruah, jangan kiat jadi manusia yang tiada maruah. Maruah kena bayar dengan maruah begitulah saya pinjam kata2 Kak Min calon bebas. Dah sentuh bab calon bebas ni saya nak bagitahu sebenarnya saya telah ditawarkan oleh 3 orang SB di Restoran Nasi Kandar Pelita Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam untuk saya bertanding calon bebas di Penanti. Depa kata semuanya ditanggung janji mau bertanding saja. Saya tolak dengan cara yang baik. Saya habaq dekat depa saya bukan orang yang marahkan nyamuk kelambu pula yang dibakar. Saya masih setia dengan parti dan sayangkan parti PKR yang saya sokong dan dokong sejak awal lagi. Sebab saya sayangkan partilah saya tak sanggup tengok sekiranya ada pimpinan PKR yang salah guna kuasa.
Saya masih setia dgn PKR umpama sesetianya ombak dgn pantai....
kalau takut dipukul badai..
usah berumah di tepi pantai...