Kelmarin petang saya berkesempatan bertemu dengan YB PKR di satu tempat. Banyak perkara serta persoalan yang saya dibangkitkan pada YB tersebut. Tentang siapa dalang yg sebenar dalm kes-kes tertentu.
Isu penjaja juga saya bangkitkan kenapa MPPP bertindak meroboh gerai-gerai penjaja di Pulau Pinang. Tidak adakah altinatif lain untuk mereka. atau tidak adakah satu cadangan masa depan terhadap penjaja-penjaja kecil. Sepanjang pengalaman saya sebagai ahli majlis MPSP memang ada gerai yang MPSP mahu dirobohkan tetapi setelah penjaja tersebut menghubungi saya, terus saya ajukan kepada bahagian penguatkuasa, jumpa pengarah tersebut, berunding dengan mereka, bagaimana kita nak selesaikan isu tersebut. Alhamdullilah akhirnya kata sepakat dapat dicapai. Tak percaya tanya kedai Char Koay Teaw di Alma. Tanya peniaga ikan di To'kun Atas.
Isu penjaja ini hanya sebahagian yang kami bincangkan tetapi ada yang lebih besar dari itu yang saya sudah dapat kepastian. Baru ku tahu siapa dalangnya yang buat fitnah ke atas diriku kononnya aku mempunyai 4 buah kereta, taukeh kuari bayar dekat aku sebulan RM5 ribu.
Aku akan bongkarkan InsyaAllah...Aku bukan macam Ezam kata nak dedah 6 kotak hitam tapi sampai sekarang haram tak dak pun..last2 kotak jadi katak...
Kalau takut dipukul badai... Usah berumah di tepi pantai....
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
10 hours ago