SharpShooter Followers

Friday, October 25, 2013

Veteran DAP Melayu Penang letak jawatan

VETERAN DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor hari ini umum melepaskan semua jawatannya, tetapi kekal sebagai ahli biasa dalam parti DAP.

Beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global Tourism (iaitu anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC).

Zulkifli Mohd Noor atau lebih mesra bahasakan dirinya Abg Zul berkata "Cara pemerintahan sekarang adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup saya," ujar beliau menerusi emel, petang tadi.

Zulkifli menyertai DAP sejak 26 tahun lepas. Beliau pernah memegang jawatan Naib Presiden DAP Pusat.

Apakah kemelut yang berlaku dalam DAP sekarang? Adakah orang Melayu sudah tidak ada tempat dalam parti DAP?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 16, 2013

Yayasan Islam P.Pinang umum bina Sekolah Islam Antarabangsa RM6 juta

KERAJAAN Negeri melalui Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) akan bekerjasama dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (Tunas Muda) bagi merancang pembinaan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang di atas sebidang tanah berkeluasan 4.863 ekar dekat Sungai Ara, Bayan Lepas.

Tapak projek yang dicadangkan itu di Jalan Persiaran Relau berhampiran Sekolah Kebangsaan Relau, Sungai Ara.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng membuat pengumuman sedemikian selepas menyaksikan Pengerusi Pemaju Ideal Property Group, Datuk Alex Ooi menyerahkan geran tanah kepada Kerajaan Negeri, melalui Pengerusi YIPP, Datuk Mansor Othman.

"Projek ini dijangka akan bermula pada tahun hadapan dengan kos pembinaan sebanyak RM6 juta yang akan ditanggung oleh pihak Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

"Sama ada, ada perubahan (mengenai status pihak yang menanggung kos pembinaan), saya serah kepada Datuk Mansor dan Datuk Abdul Malik lah," ujar Guan Eng di sini baru-baru ini.

Timabalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Datuk Abdul Malik Abu Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir pada sidang media tersbeut.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, perancangan terbaru itu sekaligus membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

"Projek ini juga nanti akan daat mempromosi Pulau Pinang sebagai hub pendidikan di rantau ini memandangkan inilah satu-satunya sekolah Islam bertaraf antarabangsa di kawasan Utara (Semenanjung) Malaysia," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Sementara itu, Mansor berkata, YIPP masih dalam proses menyusun modul akademik bagi Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang dengan mengkaji beberapa modul pendidikan dari negara Singapura, Thailand (Patani) dan terbaru, dari Pakistan. 

"Di bawah bahagian pendidikan dan dakwah (YIPP), tanah ini kita perolehi hasil usaha Kerajaan Negeri juga untuk kita membangunkan kompleks ini (Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang).

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Alex kerana bekerjasama dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad untuk membangunkan sekolah ini. 

"Selepas itu, perjalanan (akademik) sekolah ini akan kita (YIPP tetapkan) di bawah pengawasan Kerajaan Negeri," ujar Mansor yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal. 

Nada yang sama turut diperjelaskan oleh Abdul Malik.

"Ini merupakan antara sebahagian usaha kita (Kerajaan Negeri) untuk pendidikan Islam di Pulau Pinang, dari peringkat tadika (pra-sekolah) sehinggalah peringkat universiti," ujar Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung.

Manakala, Mohd. Rashid pula berkata, projek terbaru itu diharap dapat melonjak pada perkembangan dakwah Islamiah di negeri ini.

"Saya harap, ini menjadi satu lagi langkah kemajuan untuk perkembangan dakwah Islam di Pulau Pinang," ujar Mohd. Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak. 

Idea penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang sebenarnya dicetuskan oleh Mansor sendiri semasa masih menjadi timbalan ketua menteri I, pada penggal pentadbiran Kerajaan Negeri lepas.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 11, 2013

Jingga13 desak Perdana Menteri gantung tugas Shabery Cheek

Kenyataan Media

Jingga 13 Malaysia

11 Oktober 2013

Isu pembiayaan K-Pop dan Himpunan Sejuta Belia 2012: Jingga13 desak Perdana Menteri gantung tugas Shabery Cheek dan perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 ialah RM87.6juta

Jingga 13 Malaysia mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengantung tugas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek , Menteri Komunikasi dan Multimedia ekoran pendedahan perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh beliau melibatkan wujud perbelanjaan melampau dan tidak berhemat oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Sebagai menteri Belia dan Sukan ketika itu,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak perlu bersikap "menegakkan benang basah" tetapi mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pendedahan yang di buat berkaitan pembiayaan RM1.6 juta wang rakyat untuk konsert K-Pop oleh tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet yang ternyata beliau telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa konsert yang turut mengundang kontroversi terhadap pakaian yang seksi menjolok mata yang dihidangkan kepada para belia , bahawa dibayar oleh penaja.

Isu perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 sejumlah RM67.6 juta dari 23 hingga 27 Mei 2012, di Putrajaya juga turut mengundang pelbagai persoalan terhadap perbelanjaan yang sangat melampau .

Sebelum ini Datuk Shabery Cheek juga turut menyatakan bahawa program tersebut mendapat penajaan RM20 juta melalui Majlis Sukan Negara ini bermakna perbelanjaan Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah berjumlah dicampur dengan tajaan ialah RM87.6juta!

Kerajaan UMNOBN sewajarnya bersikap serius dan bertanggungjawab terhadap Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya mengambil sikap sambil lewa membiarkan segala kebocoran,ketirisan,penyelewengan wang rakyat berlaku setiap tahun tanpa ada tindakan drastik menyelamatkan wang rakyat.

Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 10, 2013

Husam Musa kotakan janjinya

Naib Presiden  PAS, Datuk Husam Musa melaksanakan janjinya untuk menyuarakan bantahan kepada sesiapa saja jika alam sekitar dan pokok di Kelantan ditebang sesuka hati.

Janji itu dilaksanakan apabila Husam meminta kerajaan negeri Kelantan agar tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang. Janji ini dibuat Husam ketika menjadi penal forum anak muda, Servival PAS dalam  Politik Malaysia di Dewan Himpunan China Selangor pada 2 Oktober lalu.

Dalam forum itu, Husam berkata, beliau akan menjalankan tugasnya selaku Adun biasa di Kelantan dan perkara yang paling sensitif bagi beliau adalah tentang alam sekitar termasuk pokok. Ketika membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam, Husam membuat kejutan dengan membangkitkan isu pembalakan di hitan simpan berkenaan dan kenaikan tarif air di negeri itu  yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Menurut Husam, ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Langkah Husam mengkritik kerajaan PAS ini mengejutkan banyak pihak kerana seolah-olah beliau mengambil alih peranan pembangkang iaitu Umno di DUN berkenaan.

"Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu?



Agus sebelum ini banyak mengkritik kerajaan negeri Kelantan sehingga menimbulkan polemik antara beliau dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah. Ia berakhir dengan cabaran agar Agus ke Kelantan sendiri berjumpa dengan Nik Amar dan disahut "Tunggu saya," kata Agus.

Namun sehingga kini tidak diketahui apakah perjumpaan itu berlaku antara mereka berdua.
Bagi Dr Agus dalam tulisan terbarunya ini, beliau tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini dan berkata:
"Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?" kata Profesor Dr Mohamad Agus Yusof, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysian (UKM) menerusi Facebooknya.

"Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di DUN."

Beliau percaya, semua pihak menunggu jawapan dari Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub sendiri dalam isu ini yang dijangka akan berbuat demikian petang ini.

"Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB.
"Apakah tindakan beliau itu salah? Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan.

"Pada saya, tindakan Adun Ssalor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan. Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin ‘tanggungjawab bersama’," katanya.

Beliau berharap, di pihak kerajaan negeri pula, terima pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang.

“Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri.

"Ingat, dari segi hirarki parti, Adun Salor adalah naib presiden PAS. Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya," kata Agus.

Melihat lebih jauh, Agus berkata: "Jikalah politik cara ini juga diamalkan di Parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita.”



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ahli Politik Antara Punca Pemangkin Budaya Samseng

JINGGA 13 Malaysia

Ahli Politik Antara Punca Pemangkin Budaya Samseng dan tidak akan mampu menangani jenayah yang semakin menakutkan

Jingga13 Malaysia begitu tertarik dengan situasi budaya samseng yang begitu menular di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini.

Tidak sesiapa yang mampu menafikan antara faktor ialah masalah kenaikan sara hidup yang semakin meningkat ekoran kegagalan Kerajaan UMNOBN mengawalnya terhadap kenaikan harga minyak,barangan makanan dan keperluan hidup malah pendapatan bulanan yang tidak setimpal, dibebani pula  isu pengangguran,kurangnya pendidikan yang berteraskan nilai dan moral,akhlak dan agama kerana kesibukan mengejar prestasi akademik dan realistik duniawi,serta kesibukan mencari pengisian harga kehidupan mampu menjana budaya samseng yang turut mengundang rasa sebal dan tidak selesa terutamanya keselamatan yang semakin tidak terjamin.

Namun ada lebih menyedihkan di antara ahli-ahli politik turut mendidik ke arah memupuk budaya samseng tanpa rasa kekok dan bersalah.Malah ada yang memperlihatkan gaya samseng dan brutal,mengugut,lebih ketara mengiktiraf kelompok dan kumpulan tertentu agar dilihat berkuasa dan kebal.

Tindakan ala samseng Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengugut dan 'menunjukkan kuasa' sepertimana terhadap wartawan dan media tempohari memberikan gambaran negatif seorang yang bergelar menteri yang sepatutnya tidak bertindak 'songsang' sedemikian rupa.Sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya beliau adalah lebih bersikap profesional dan menunjukkan kredebiliti yang mampu mendidik rakyat bukannya bersikap seperti seorang 'ketua gangster'.

Jingga 13 yakin,rakyat Malaysia menolak budaya ala samseng yang ditonjolkan oleh seorang yang bergelar menteri.Memperlihat itukah tahap kematangan seorang menteri khusus menjaga kementerian yang sangat penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara tetapi bersikap "tidak menghormati undang-undang" seperti diungkapkan oleh  pengarang veteran TheSun R Nadeswaran dalam kolumnya .

Mampukah seorang yang tidak menghormati undang-undang menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sempurna?

Seharusnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan aksi dan kesungguhan yang lebih tegas terhadap kes-kes samseng dan jenayah yang semakin meresahkan rakyat.Dalam kehilangan senjata api oleh Polis DiRaja Malaysia sepertimana dilaporkan oleh Laporan Audit Negara 2012 , insiden tembak-menembak yang mengakibatkan  kematian,kecederaan menggunakan senjata api semakin meningkat dan sudah pasti benar-benar menakutkan rakyat.

Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan "kuasa" terhadap sesiapa sahaja termasuk wartawan dan akhbar untuk mengekang segala kritikan terhadap beliau yang dilihat gagal sebagai seorang Naib Presiden UMNO dan menteri?

Adakah masalah jenayah akan mampu diselesaikan iaitu memupuk "amalan menembak penjenayah, daripada menangkap mereka" sepertimana kenyataan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akhirnya mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

Mampukah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menangani gejala samseng dan jenayah dengan sikap beliau sedemikian rupa malah turut memberikan sokongan kepada geng 'tiga line' yang merupakan antara 47 kumpulan kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Ogos lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram,malah telah  mengiktirafkan 6,171 orang Melayu dari Operasi Memerangi Kongsi Gelap oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai 'GANGTER KENDURI-KENDARA' seperti diungkapkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi "kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara” di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka,Air Keroh,Melaka.

Kenyataan beliau benar-benar  "memalu dan merendahkan" Polis DiRaja Malaysia yang menjalankan tanggungjawab membenteras jenayah kongsi gelap. Taraf Polis DiRaja Malaysia hanya menangkap "Gangster Kenduri-Kendara"?

Sekiranya 6,171 orang melayu adalah 'gangster keduri-kendara' , manakala  1,701 orang Cina, 3,685 orang India dan 2,954 kaum lain yang terlibat dengan jenayah kongsi gelap adalah gangster apa????

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ternyata memupuk dan mengiktiraf kumpulan kongsi gelap yang telah di'blacklist' oleh oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai pertubuhan haram dan terlibat dalam jenayah kongsi gelap. Wajarkah seorang menteri yang meneraju Kementerian Dalam Negeri bersikap sedemikian dan memperlekehkan kerja bersungguh-sungguh pegawai dan anggota Polis yang terlibat membenteras jenayah kongsi gelap.

Jingga 13 Malaysia mendesak agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar meletakkan jawatan kerana beliau tidak layak menerajui Kementerian Dalam Negeri.Isu sewaktu menerajui Kementerian Pertahanan masih banyak tidak diselesaikan,sudah pasti beliau tidak akan mampu menerajui kementerian yang sangat penting ini demi maruah dan keselamatan rakyat.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, October 05, 2013

Jingga 13 desak siasat segera

JINGGA 13 DESAK SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) SIASAT PERBELANJAAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SERTA MENYANGKAL GESAAN PENGERUSI PERUNDINGAN PENCEGAHAN RASUAH

Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan kontroversi terhadap berbelanjaan dana awam antaranya oleh Kementerian Belia dan Sukan berkaitan isu pembiayaan Konsert K-Pop RM1.6 juta sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan terpaksa membayar kos tersebut kerana banyak penaja telah gagal menyalurkan sumbangan.

Manakala Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan yang bertanggungjawab ketika itu pula mendakwa konsert tersebut dibiayai penaja menerusi akaun Majlis Sukan Negara. Malah beliau telah bertindak memperlekehkan Ketua Audit Negara dengan mendakwa Ketua Audit Negara "culas" dalam menyediakan laporan tersebut.

Ke manakah wang sejumlah RM1.6juta tersebut dan adakah benar ianya telah dibayar Majlis Sukan Negara melalui wang penajaan atau menggunakan wang rakyat oleh Kementerian Belia dan Sukan ?

Kalau sekiranya benar seperti dakwaan mantan Menteri Belia dan Sukan tersebut bahawa konsert K-Pop yang juga mengundang kontroversi kerana berpakaian tidak senonoh dihidangkan kepada para belia telah dibiayai oleh penaja dan syarikat Korperat dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara , persoalannya ialah kenapa wujud jumlah RM1.6 juta dibelanja untuk membayar Konsert K-Pop dalam penyata perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan ?

Justeru akaun Majlis Sukan Negara perlu dirujuk untuk mengesahkan adakah benar wujud sejumlah RM1.6juta dikeluarkan untuk membiayai kos konsert K-Pop dalam akaun tersebut sepertimana dakwaan oleh Ahmad Shabery Cheek yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekarang ini.

Malah turut mengundang persoalan terhadap pecanggahan antara Khairy Jamaluddin dan Ahmad Shabery Cheek berkaitan pembiayaan konsert K-Pop tersebut.Siapakah yang benar dan berbohong?

JINGGA 13 Malaysia juga turut mempertikaikan perbelanjaan melampau RM67.61 juta wang rakyat bagi acara Hari Belia Negara 2012 menimbulkan persoalan dan perlu kepada satu siasatan oleh SPRM sepertimana dinyatakan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 yang mencatatkan 'perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat'.

SPRM seharusnya mengambil satu tindakan SEGERA bagi menyiasat secara total terhadap 2 kes tersebut melibatkan wang rakyat yang turut menjadi perhatian dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan menimbulkan keresahan kepada rakyat.

Satu penilaian juga harus dibuat terhadap penyelewengan secara 'licik' dengan mengikut prosedur sistem perbelanjaan kerajaan yang akhirnya tidak dapat diambil tindakan oleh undang-undang sedangkan perbelanjaan tersebut 'tidak masuk akal' dan amat melampau serta tidak munasabah.

JINGGA13 Malaysia juga menyangkal gesaan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaaffar yang meminta agar Ketua Setiausaha Negara (KSN) menubuhkan 'jawatankuasa khas' bagi mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan membuat cadangan konkrit bagi mengatasi sebarang kelemahan dengan serta-merta.

Apa yang sewajarnya ialah mengambil tindakan setegas-tegasnya dengan menggunakan undang-undang tanpa pilih kasih dan melakukan pendakwaan terpilih.Kajian terhadap laporan yersebut tidak membawa apa-apa makna sekiranya mereka yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap ketirisan,penyelewengan dan pembaziran wang rakyat ini terus bebas tanpa sebarang tindakan tegas.

SPRM dan Jabatan Audit Negara harus berganding bahu dengan menggunakan undang-undang bagi mendakwa mereka yang terlibat ke muka pegadilan tanpa prejudis.

Ternyata Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga turut memperlihatkan kegagalan tranformasi Datuk Seri Najib Razak yang ternyata terus gagal, bersifat kosmetik dan retorik semata-mata tetapi tidak mampu melaksanakan tatakelola pengurusan dana awam yang benar-benar berhemah, amanah dan bertanggungjawab.

Sehingga kini,Datuk Seri Najib Razak langsung tidak memberikan komen terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012,malah tidak pernah tegas dalam usaha menyelamatkan wang rakyat daripada dipergunakan secara wewenang yang pernah didedahkan daripada laporan-laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 03, 2013

Sekadar fungsi mengaudit: Jabatan Audit Negara Wajar Dibubarkan

Kenyataan Media.

JINGGA 13 Malaysia

Saban tahun rakyat Malaysia akan memperolehi Laporan Ketua Audit Negara yang akan membongkarkan berlakunya ketirisan, penyelewengan, pembaziran dan salahguna tadbir wang negara yang sangat ketara yang melibatkan tanggungjawab kepada menteri dan penjawat awam daripada pelbagai Kementerian dan Jabatan samaada diperingkat nasional dan negeri.

Selepas segalanya didedahkan oleh Ketua Audit Negara tidak ada sebarang tindakan yang drastik diambil oleh pihak yang bertanggungjawab , malah pendedahan dan tindakan yang tahun-tahun sebelumnya melibatkan dana awam tidak ada sebarang kedengaran tindakan dan statusnya.

Sudah pasti Jabatan Audit Negara juga menggunakan dana awam yang cukup banyak dalam menjalankan tugasan mengaudit ke seluruh Kementerian dan Jabatan sektor awam terhadap penggunaan dana awam atau wang rakyat yang akhirnya hanya "gegak gempita" untuk beberapa hari dan semua kesalahan dan tindakan salahlaku, penyelewengan, pembaziran sekadar "tersimpan di bawah karpet" tanpa sebarang tindakan.

Malah lebih ketara memperlihatkan tidak ada sebarang hubungan antara Jabatan Audit Negara dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Fungsi Jabatan Peguam Negara langsung tidak bertanggungjawab sedangkan segala siasatan dibuat oleh Jabatan Audit Negara telah dibuat untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam kes-kes yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Sepertimana yang diketahui umum Jabatan Audit Negara juga tidak mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi membawa kes-kes yang melibatkan ketirisan, penyelewengan,pembaziran dana awam selepas segala siasatan dan auditan yang dibuat.

Betapa telus dan profesionalnya Jabatan Audit Negara di bawah tanggungjawab Ketua Audit Negara tidak akan membawa apa-apa makna dan kesan sekiranya segala pelaku dan mereka yang bertanggungjawab tidak diambil sebarang tindakan undang-undang.

Agenda Tranformasi Datuk Seri Najib hanyalah retorik semata-mata kerana apa yang didedah dan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara setiap tahun tidak menunjukkan keberhasilan yang baik tetapi terus memperlihatkan kegagalan beliau sebagai ketua kerajaan.

Jingga 13 Malaysia merasakan adalah wajar Jabatan Audit Negara dibubarkan kerana tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap segala pendedahan yang dibuat setiap tahun dan Jabatan Audit Negara sudah pasti juga turut membazirkan wang rakyat atau dana awam terhadap hasil auditan yang tidak membawa apa-apa tindakan undang-undang . Malah hasilnya saban tahun Berbillion Ringgit Malaysia dana awam 'hangus' begitu sahaja.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone