SharpShooter Followers

Monday, March 31, 2014

Anwar dibenarkan jadi Presiden baru Parti Keadilan Rakyat


KENYATAAN MEDIA
31 MAC 2014
 
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BENARKAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT
 
Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014. Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.

Spekulasi bahawa Dato' Seri Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat. Biarpun telah disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato' Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification).

Malah tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Dato' Seri Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Justeru, ucapan syabas dan tahniah buat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bakal dinobatkan sebagai Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014 ini. 

Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia.

RADZLAN JALALUDIN
Calon Naib Ketua
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Merangkap peguam kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
benci pakatan's avatar

benci pakatan · 573 weeks ago

bila time pakatan nak berkuasa semuanya nak gunakan undang-undang bagai.bila masa umno atau BN nak guna semua nya tak boleh.pakatan ni memang tak boleh pakai la.anwar dah memang tak layak jadi presiden pun,kan dia dah nak kena masuk penjara.dia nek pergi bercuti kejap.nak cari jambu baru kot kat dalam tu.yang hairannya kenapa dia dia dengan wan azizah bertanding.kenapa tak berbincang sahaja dan mungkin boleh mendapat keputusan yang mungkin boleh memenangkan anwar ibrahim.nampak sangat ada permainan yang cuba dipermainkan oleh anwar ibrahim.dalam pakatan kan ramai yang pakar dalam strategi dengan permainan yang cukup hebat.

Post a new comment

Comments by