SharpShooter Followers

Wednesday, May 28, 2014

Polemik Cadbury: Cadangan Membakar Kilang & Tukar Darah Keterlaluan

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah ABIM begitu prihatin dengan penemuan ramuan yang berunsurkan babi pada produk Cadbury. 

ABIM berpendirian satu tindakan yang tegas di sisi undang-undang perlu dikenakan terhadap syarikat berkenaan. 

Begitu juga dengan prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh JAKIM yang perlu diperbaiki. 

Namun ABIM memandang berat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (BBK) berhubung kes ini. Kenyataan yang dipenuhi emosi dan terkeluar dari batasan rasional amat memalukan umat Islam.

Cadangan untuk membakar kilang, tukar darah dan sebagainya adalah cadangan yang keterlaluan. Begitu juga jika ada yang mengaitkan dari sudut kepayahan untuk mendidik dan mendapat hidayah lantaran kononnya jasad telah dicemari makanan yang haram. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam.

Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi. 

Kenyataan seperti ini boleh membawa imej yang negatif kepada agama Islam. Ada yang mahu menyamak usus sendiri jelas terkeluar dari tuntutan syariat Islamiah. 

Umat Islam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegini bagi menggambarkan kemarahan apatah lagi Islam sendiri telah pun ada penyelesaiannya yang jauh terhormat dan penuh hikmah.

Amidi Abd Manan, 
Presiden, 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)‎


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, May 26, 2014

JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH


Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

25 Mei 2014

JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH

JINGGA 13 Malaysia mengalu-alukan pendedahan demi pendedahan mengenai jenayah dan korupsi yang telah dibuat oleh Badan Pemantau Jenayah, Malaysian Crime Watch Task Force (MYWATCH) menerusi Pengerusinya R. Sri Sanjeevan sewajarnya mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengambil satu siasatan secara serius terhadap pendedahan yang dibuat.

JINGGA 13 Malaysia turut memuji dan menyatakan sokongan terhadap usaha pendedahan oleh Pengerusi MYWATCH , R. Sri Sanjeevan  baru-baru ini berkaitan isu kekayaan luar biasa anak kepada Ketua Polis Sabah , Mohamad Azhan Hamza membeli secara tunai dua buah kereta mewah – Jaguar dan Audi A5 – dengan nilai terkumpul RM1.1 juta tahun lepas walaupun beliau "menganggur" serta beberapa transaksi bernilai bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan lepas.

Isu tersebut telah mendapat respon segera oleh Datuk Hamza Taib , selaku Ketua Polis Sabah dan selaku pelaksana dan mendokong undang-undang sewajarnya menyerahkan anak beliau untuk disiasat secara menyeluruh dan bukan bertindak mempertahankan anak beliau dengan pelbagai alasan malah dilihat begitu dangkal , mengelirukan dan kurang jelas sepertimana yang didakwa oleh MYWATCH.

JINGGA 13 Malaysia menyatakan pendirian akan memberikan komitmen bagi membantu menyediakan barisan peguam sekiranya MyWatch dan R. Sri Sanjeevan di saman oleh pihak Ketua Polis Sabah, atau ditahan di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan butiran bank milik anak Ketua Polis tersebut.

JINGGA 13 Malaysia kesal sehingga ini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM selepas pendedahan yang dibuat oleh MYWATCH sedangkan ianya adalah merupakan satu kes yang sangat serius dan kami juga meminta agar Ketua Polis Negara memberikan kerjasama dengan MYWATCH dalam usaha membenteras jenayah dan korupsi.

JINGGA 13 Malaysia akan terus memberikan sokongan serta komitmen kepada mana-mana pihak khususnya orang-orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MYWATCH untuk terus membuatkan pendedahan jenayah dan korupsi tanpa prejudis ke arah negara Malaysia yang tercinta .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, May 24, 2014

GUNA DNA BABI : JINGGA 13 DESAK JAKIM DAN KKM AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP CADBURY CONFECTIONERY MALAYSIA SB DAN MENYERU UMAT ISLAM BOIKOT PRODUK MEREKA

Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

24 Mei 2014

GUNA DNA BABI : JINGGA 13 DESAK JAKIM DAN KKM AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP CADBURY CONFECTIONERY MALAYSIA SB DAN MENYERU UMAT ISLAM BOIKOT PRODUK MEREKA

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd mengandungi DNA babi (porcine). 

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar satu tindakan DRASTIK wajar diambil oleh semua pihak berwajib khususnya JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap kebiadaban dan tidak bertanggungjawab  Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd menggunakan bahan yang HARAM oleh umat Islam tersebut melalui tindakan undang-undang.

JINGGA 13 Malaysia juga mendesak agar pihak JAKIM menarikbalik Sijil HALAL yang telah dikeluarkan kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd serta membuat kajian semula terhadap kesemua produk-produk syarikat tersebut.

Tindakan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd menggunakan DNA babi (porcine) dalam produk cokelat susu tersebut benar-benar mencabar sensetiviti umat Islam dan seharusnya tidak berlaku. 

Produk tersebut bukan sahaja perlu ditarik balik serta merta tetapi turut menyeru umat Islam di seluruh Malaysia MEMBOIKOT sebarang pengeluaran produk oleh syarikat tersebut yang ternyata tidak menghormati emosi dan sensetiviti umat islam di Malaysia dengan menggunakan bahan yang diharamkan bukan sahaja memakan, malah menyentuh juga adalah haram. 

JINGGA 13 Malaysia mendesak pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak serius dan bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga' semata-mata tanpa satu tindakan setegas-tegasnya terhadap Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd serta mana-mana syarikat yang didapati menggunakan DNA babi dlm produk-produk mereka. 

JINGGA 13 Malaysia memberi tempoh SEMINGGU (7 hari) daripada hari ini kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd untuk menarik balik dua produk cokelat susu tersebut daripada pasaran di seluruh Malaysia. 

JINGGA 13 Malaysia juga akan  turut memantau tindakan oleh pihak JAKIM dan KKM dalam menangani isu tersebut. 

muafakat*prihatin*berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.