SharpShooter Followers

Wednesday, May 28, 2014

Polemik Cadbury: Cadangan Membakar Kilang & Tukar Darah Keterlaluan

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah ABIM begitu prihatin dengan penemuan ramuan yang berunsurkan babi pada produk Cadbury. 

ABIM berpendirian satu tindakan yang tegas di sisi undang-undang perlu dikenakan terhadap syarikat berkenaan. 

Begitu juga dengan prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh JAKIM yang perlu diperbaiki. 

Namun ABIM memandang berat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (BBK) berhubung kes ini. Kenyataan yang dipenuhi emosi dan terkeluar dari batasan rasional amat memalukan umat Islam.

Cadangan untuk membakar kilang, tukar darah dan sebagainya adalah cadangan yang keterlaluan. Begitu juga jika ada yang mengaitkan dari sudut kepayahan untuk mendidik dan mendapat hidayah lantaran kononnya jasad telah dicemari makanan yang haram. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam.

Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi. 

Kenyataan seperti ini boleh membawa imej yang negatif kepada agama Islam. Ada yang mahu menyamak usus sendiri jelas terkeluar dari tuntutan syariat Islamiah. 

Umat Islam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegini bagi menggambarkan kemarahan apatah lagi Islam sendiri telah pun ada penyelesaiannya yang jauh terhormat dan penuh hikmah.

Amidi Abd Manan, 
Presiden, 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)‎


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
apalah ABIM ni..mana pulak keterlaluan ...kena tempatlah tu...ini DAP kata UMNO ce;aka dah budak2 UMNO mengamuk...UMNO celaka tak ada kena mengena dengan akidah Islam..sepatutnya ABIM menentang kedajalan Budak2 UMNO tu tapi ABIM berdiam diri seolah2 merestui tindakan budak2 UMNO tu...sekarang mana PEKIDA, PEWARIS , PERKASA atau Hassan Ali yang KONONnya sanggup mati demi Melayu dan Islam..di mana kalian..menyorok celah kangkang pelacor ke...nanti saya suroh Raja Bomoh teropong....
zukhi noor's avatar

zukhi noor · 565 weeks ago

Kalau d zaman rasullullah apa tindakan yg d ambil?
Soalan untuk ustaz abim
katulutong's avatar

katulutong · 565 weeks ago

Islam keturunan. Nak ngaji agama tak nak. Maka macam2 petua dikeluarkan.....
Melayu ni cukup sensitif dgn babi/anjing.. buat maksiat lain x pe kot? melayu oh melayu, jenis islam baka , belajar agama tahap Tingkatan 5..
ADNAN MAHMUD's avatar

ADNAN MAHMUD · 565 weeks ago

Sepatutnya kita desak MENTERI KESIHATAN MELETAK JAWATAN atau di PECAT kerana CUAI atau sengaja buat cuai.SIASATAN apa yang ambil masa sampai 3 bulan. Ada dia nak minta maaf kepada kita orang Islam? SOMBING, ANGKUH......... Kalau dok negara lain dah lama kena saman.....

Post a new comment

Comments by