SharpShooter Followers

Monday, July 25, 2016

@rafiziramli dakwa @najibrazak guna RM740 juta duit Tabung Haji

DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK GUNA RM740 JUTA WANG RAKYAT UNTUK SELAMATKAN TH HEAVY ENGINEERING AKIBAT KEPUTUSAN PELABURAN TABUNG HAJI YANG SALAH

Saya diberi maklumat bahawa seorang pimpinan terkanan kerajaan (yang selepas ini saya namakan dahulu sebagai #MalaysianOfficial1) telah meluluskan anugerah satu kontrak rundingan terus kepada TH Heavy Engineering Berhad (THHE) berjumlah RM740 juta.

Saya telah berkali-kali mempersoalkan pelaburan Tabung Haji di dalam THHE kerana ia sebuah syarikat yang secara berterusan mengalami masalah kewangan dan ramai yang telah menjadi mangsa THHE (sebelum ini dikenali Ramunia Holdings Berhad).

Tabung Haji kini mempunyai pegangan 30% di dalam THHE yang bermakna ia tidak mempunyai kawalan ke atas syarikat itu. Malangnya Tabung Haji terus menyediakan sokongan kewangan kepada THHE sehingga telah memakan wang rakyat setakat ini seperti berikut:

i) Pembelian 30% saham THHE yang menelan belanja RM250 juta (pada harga asal purata RM1.50 sesaham). Harga saham telah jatuh kepada 6.5 sen minggu lalu menyebabkan kerugian atas kertas sebanyak RM228 juta;

ii) Pinjaman patuh shariah dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM50 juta; dan

iii) Pinjaman terbitan hutang dalam bentuk "redeemable preference shares" (RPS) sebanyak RM275 juta

Saya juga sebelum ini mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan surat meluluskan Tabung Haji memberi jaminan korporat ("corporate guarantee") kepada THHE bagi pinjaman baru dari bank-bank sehingga had pinjaman USD228.2 juta (bersamaan RM912 juta pada kadar semasa). Namun kemudahan ini tidak laku kerana bank-bank dan institusi kewangan ragu-ragu dengan prestasi 1MDB.

Oleh yang demikian, THHE berada dalam keadaan yang terdesak terutamanya setelah dua kontraktornya telah menfailkan saman menutup THHE untuk mengutip balik hutang-hutang mereka.

Fakta-fakta di atas mengesahkan kedudukan kewangan THHE yang semakin parah seperti yang saya dedahkan sebelum ini.

Tindakan dan keputusan #MalaysianOfficial1 itu meluluskan anugerah secara rundingan terus kepada THHE sebanyak RM740 juta adalah satu "bail out" untuk menyelamatkan THHE dari jatuh bankrap.

Saya membantah sekeras-kerasnya kerana THHE adalah sebuah syarikat swasta dan hanya dimilki oleh Tabung Haji sebanyak 30% sahaja. Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang memiliki 70% lagi sedangkan mereka inilah yang akan mendapat durian runtuh apabila wang rakyat RM740 juta dianugerahkan kepada THHE.

Malah, orang-orang di belakang THHE sepatutnya disiasat dan dihadapkan ke mahkamah (jika ada kes) kerana telah menyebabkan kerugian wang rakyat sehingga RM554 juta.

Keputusan dan tindakan #MalaysianOfficial1 memperuntukkan RM740 juta wang rakyat untuk mengelakkan THHE jatuh muflis adalah zalim kepada rakyat kerana mereka terpaksa berdepan dengan GST, kenaikan harga barang, pengangguran dan pelbagai potongan peruntukan rakyat seperti biasiswa, perbelanjaan sekolah/universiti dan lain-lain.

Saya mendesak supaya Kerajaan Persekutan membatalkan serta-merta anugerah kontrak secara rundingan terus berjumlah RM740 juta yang bertujuan menyelamatkan THHE dan menutup kelemahan pengurusan pelaburan Tabung Haji.

Saya mempunyai dokumen-dokumen yang secara jelas mengesahkan anugerah kontrak secara rundingan terus sebanyak RM740 juta kepada THHE ini yang saya akan dedahkan lagi pada setiap hari minggu ini.

Dari dokumen-dokumen itu saya boleh mengesahkan bahawa #MalaysianOfficial1 adalah Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

*RAFIZI RAMLI*
*Ahli Parlimen Pandan*
*Setiausaha Agung/Naib Presiden KEADILAN*

*25 Julai 2016*

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
decaf guest's avatar

decaf guest · 452 weeks ago

Saudara Rafizi, THHE mempunyai potensi untuk berkembang dalam industri pembuatan untuk menyokong industri minyak negara dan melibatkan diri dalam industri minyak global. But, THHE is not at fault. Salahkan pengurusan THHE yang tidak tahu unutk memajukan perniagaan THHE. Kalau Kencana Petroleum (sekarang ini, dan sejak bergabung dengan Sapura di kenali sebagai SapuraKencana Petroleum) boleh berkembang maju di bawah pengurusan (ehem...mendiang Choong Hing Loon), kenapa THHE tidak boleh replicate perkara yang sama?

Saya berpendapat, melabur dan membeli saham di dalam THHE adalah usaha Tabung Haji unutk memajukan diri, Tetapi, sebagai salah satu pemegang saham terbesar, Tabung Haju pastinya berhak unutk memastikan pengurusan THHE adalah yang berkaliber.

Saya tidak nampak THHE di urus oleh mereka yang berkaliber.

jadi, in this case, saya berpendapat saudara Rafizi telah tersalah menafsir dan telah meletakkan beban kesalahan pada yang bukan bersalah.

Not that I support Najib Razak, I think he should leave and be accountable for the consequences of his actions, including punishments as allowed by law. THHE has potentials, and should have been helmed by people who knows

Post a new comment

Comments by