SharpShooter Followers

Sunday, January 31, 2010

Sebulan tentukan nasib THREE STOOGES

Jawatankuasa disiplin PKR menetapkan tempoh selama sebulan untuk meneliti tindakan yang akan diambil ke atas dua orang wakil rakyatnya - Zulkifli Noordin (Kulim) dan Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru).

Ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengulas tempoh yang panjang itu bagaimanapun berkata, ia tidak bermaksud parti itu tidak serius dalam menangani tindakan wakil berkenaan.

Jelasnya, PKR membantah tindakan Zahrain menyerang ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat sebagai satu perbuatan yang keterlaluan.

Tambahnya, jawatankuasa disiplin telah pun mengadakan mesyuarat pertama bagi meneliti perkara itu.

"Kita dengar pandangan (dalam mesyuarat) supaya parti ambil tindakan keras dan segera. Tapi kita dalam PKR dan Pakatan Rakyat mesti tunduk kepada peraturan dan perlembagaan parti.

"Juga kita perlu beri peluang kepada orang itu untuk bela dirinya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Zahrain yang bertindak menyerang Lim sebagai seorang pemimpin "diktator, cauvinis, befikiran komunis" antaranya kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak kerajaan Pulau Pinang kepada bumiputera.

"Ia bukan masalah kritikan. Kita memang beri ruang untuk kritik, tapi bila serang Lim Guan Eng sebagai cauvinis, komunis dan diktator, itu tidak betul.

Tambahnya, majoriti daripada kontrak secara tender terbuka daripada kerajaan negeri itu disalurkan kepada golongan bumiputera

"Ada benda yang kita tidak setuju, tapi dia ketua menteri, dia yang putuskan," katanya lagi.

Selain Zahrain dan Zulkifli, turut disiasat ialah ahli pimpinan tertinggi parti itu Datuk Zaid Ibrahim yang menyelar tindakan Zulkifli.

"Ada juga yang serang Datuk Seri Zaid Ibrahim kerana tidak tegas dan jawatankuasa disiplin juga sedang teliti kenyataan beliau (Zaid)," katanya lagi.

Bercakap dalam satu lagi sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat petang ini, Anwar berkata, pemimpin PKR telah diarahkan untuk memberi sokongan padu kepada Lim Guan Eng.

"Saya bagi pihak PKR telah memberi penjelasan (dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat) bersabit dengan kenyataan dan tindakan Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap ahli parlimen PAS Khalid Samad.

"Pimpinan Pakatan Rakyat memandang berat dan tidak bersetuju dengan laporan polis berkenaan dan juga minta kes itu dirujuk dengan kadar segera kepada jawatankuasa disiplin," katanya dalam sidang media tersebut, yang turut dihadiri presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan juga penasihat DAP Lim Kit Siang.

Anwar dalam pada itu turut menyeru supaya jawatankuasa tatatertib Pakatan menyegerakan perjumpaan bagi memastikan kerjasama di semua peringkat pakatan itu berjalan dengan baik.

Dalam sidang media yang sama, Hadi kemudiannya berkata isu melibatkan Zulkifli dan Khalid itu kini dianggap selesai apabila Zulkifli dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

Menurutnya, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa namun, dan menambah bahawa "yang penting adalah kesefahaman."

Kit Siang pula berkata, DAP juga akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

"Kami menghormati sepenuhnya hak PKR untuk mengambil tindakan sewajarnya (ke atas Zahrain dan Zulkifli)," katanya.

Sebelum itu, Anwar juga memberitahu bahawa sambutan dua tahun penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di Pulau Pinang pada 10 Mac ini.

Sambutan tahun pertama penubuhannya telah diadakan di Selangor tahun lalu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, January 29, 2010

PAS gantung Khalid dan Hasan Ali

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.


Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.

Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam sidang media selepas dua jam mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, Tuan Ibrahim berkata, kedua-dua keputusan tersebut dibuat berdasarkan fasal 75 perlembagaan PAS.

'Kesalahan Khalid lebih serius'

Fasal tersebut memperuntukan hukuman amaran, menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat keahlian dalam parti.

Kedua-dua tokoh itu dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini, tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengulas kesalahan yang dilakukan oleh Khalid, Tuan Ibrahim menyifatkannya sebagai "lebih serius".

"Ia berdasarkan kepada pengakuannya sendiri dalam siasatan bahawa (tindakannya) memberi impak kepada parti. Perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri) tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Tuan Ibrahim.

Khalid yang tidak hadir kerana berada di Arab Saudi menghantar seorang wakil bagi menerima keputusan bagi pihaknya hari ini.

Tuan Ibrahim berharap hukuman kepada kedua-dua tokoh PAS Selangor itu akan menjadi iktibar kepada ahli dan penyokong agar tidak melakukan perkara yang sama.

"Sebaliknya kita harus menumpukan gerak kerja kita untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 daripada menimbulkan polemik dalaman.

'Guna saluran dalaman'

"Sekiranya tidak berpuas hati, guna saluran dalaman parti, bukan diluar parti," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar keputusan penghakiman jawatankuasa itu kepada kepada Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dengan segara.

Sementara itu, Dr Hasan yang hadir bersama beberapa kepimpinan PAS Selangor berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Ini satu proses pendidikan kepada saya dan keputusan itu tidak mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai exco... dan atas sifat saya sebagai ADUN Gombak Setia," katanya dalam sidang media di lobi ibu pejabat PAS.

Beliau mengharapkan keputusan tersebut dapat melonjakkan PAS Selangor untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi melalui SMS memberitahu Malaysiakini, beliau akan memutuskan sama ada perlu membuat rayuan selepas pulang daripada luar negara pada 12 Februari ini.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Dato' Zahrain...peluh pun masih berbau UMNO...

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

"Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama iu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior," kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Lim pula enggan mengulas perkara tersebut.

"Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons," katanya. berita lanjut di sini.

Ramai kenalan serta sahabat perjuangan yang jauh menelefon saya bertanyakan tentang isu Dato' Zahrain.

Siapa Dato' Zahrain yang sebenarnya?...Kenapa tiba-tiba dia marah sangat? Siapa yang mengetuai kumpulan yang mahukan Dato Zahrain diganti dengan Mansor Othman? Apakah mungkin beliau akan keluar parti? Semua itu saya ada jawapannya, tetapi tidak sesuai diterbitkan di sini atau mungkin belum sampai masanya untuk saya dedahkan.

Anwar sebenarnya tidak ada pilihan, melainkan rombakan drastik wajib dilakukan segera.

Kadang-kadang saya rasa menyampah dengan sesetengah YB-YB PKR yang tidak sedar diri bila menang. Ingatlah mukan mudah hendak menang. Kenapa tergamak sia-siakan harapan rakyat.

Ada yang sesetengah tu...tak sebut YB pun marah...tak panggil Dato' pun marah...banner tak letak gambarnya pun marah..poster letak gambar kecil pun marah...kalau pi rumah kenduri...tak hidang makanan pun marah...semua nak layanan VIP...Di Pahang ada sekoq di P.Pinang ada sekoq..."macam musibat" kata orang Penang.


Ingatlah..* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ku Li : Kelantan berhak dapat royalti bukan wang ehsan...


Matlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan Kerajaan Negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi dan mengikut maklumat yang aku (TP) dapat, majoriti yang hadir ke majlis Forum Wang Ehsan anjuran UMNO ialah para pendidik yang dikerah supaya menghadirkan diri.





Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya "wang ehsan" seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

“Saya maklum kepada Tuanku perkara ini, Tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus Tok Li, bagus, beritahu rakyat perkara yang sebenar..!” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru, Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak 5% seperti yang termaktub didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tohmahan orang berhubung kehadirannya malam ini.




“Kalau ada orang kata atau tohmah apa-apa, jawapan saya - peduli apa orang lain,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggung jawab kepada negerinya dan demi kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.



Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akan membayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalam perjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.




Terdahulu, Tengku Razaleigh dan Dato' Paduka Husam Musa tiba di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diarak oleh 50 beca dari Persatuan Pengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasik daripada Kelab Honda Klasik Kelantan sebagai tanda sokongan dari pelbagai pihak terhadap isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Difahamkan iringan beca adalah atas kehendak Persatuan Penarik Beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.



Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Ucapan Tengku Razaleigh berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas dan Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 billion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Wakil Rakyat serta Pegawai Kerajaan Negeri.

Sumber - Kelab GreenBoc, editing dan gambar oleh Topeng Perak® Unmasked



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, January 28, 2010

Pemuda UMNO bakar Gereja

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.


Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk.

"Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja," katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, January 26, 2010

Chegu Bard - Nazre perlu jelaskan segalanya

Chegu Bard berkata selaku anak muda dan juga Ahli MPP Keadilan Pusat, beliau mengalu-alukan kemasukan Nazree dalam PKR.

Tetapi beliau harus ikut saluran biasa iaitu memohon melalui mana-mana Cabang. Chegu Bard menambah..Nazree juga harus menjawab :-

1) Siapa pengkhianat yang bocorkan dokumen kerajaan Selangor kepadanya.

2) Peranan GERAK yang dibayar Norza (Ex MKT UMNO) termasuk gaji Nazree dalam menjatuhkan kerajaan Negeri Selangor.

3) Jelaskan kenapa Nazree pernah bercakap pada umum bahawa Hassan Ali terlibat dalam menyerang MB Tan Sri Khalid.

4) Peranan Ezam dan GERAK dalam konspirasi kedua terhadap Anwar Ibrahim.


Chegu Bard juga telah menceritakan sejarah penubuhan GERAK kerana beliau adalah pekerja serta 'pencacai angkat najis' pertama Ezam ketika dalam GERAK dulu...Beliau juga minta GERAK isytiharkan 'harta' GERAK...layari di sini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Hina Sultan... mengapa terpilih?

Apa beza gambar di sebelah ini dengan clip video "sultan johor remix" dalam youtube?

Tidakkah kedua-duanya telah menghina Sultan? mengapa tiada tangkapan dibuat hingga kini?

Mengapa polis sibuk memburu penerbit youtube di bawah ini? mengapa polis tidak berani sentuh orang UMNO di Terengganu yang terang-terang telah menghina Sultan?

Adakah 1 Malaysia tetapi ada 2 undang-undang? Untuk UMNO lain untuk rakyat lain?




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saya tidak akan berkompromi

Malaysiakini - Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bersedia menerima sebarang kemungkinan dan "tidak akan berkompromi walau setitik" pun dalam isu penggunaan kalimah "Allah".

"Apa pun, saya telah menegaskan bahawa dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah ini saya tidak akan berkompromi walau setitik. Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan," tulisnya.

Zulkifli mengulas kes laporan polisnya terhadap wakil rakyat PAS, Khalid Samad yang didakwanya berunsur hasutan serta menghina sultan, DUN Selangor dan umat Islam.

Tindakannya itu turut dipersoalkan oleh pemimpin kanan PKR, termasuk ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai "melampau batas".

Susulan itu, nasib Zulkifli akan ditentukan dalam mesyuarat biro politik PKR yang akan bersidang tengah hari.

Khalid minggu lalu dilaporkan berkata berkata, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sudah ketinggalan zaman dan perlu dibuka kepada perbincangan semula.

Menulis dalam blognya pagi ini Zulkifli berkata, terdapat pihak yang sengaja mahu menjatuhkannya walaupun 'prosiding' bagi menentukan nasibnya masih belum bermula.

"Melihat kepada kenyataan akhbar yang riuh dibuat adalah jelas hukuman sudah pun dijatuhkan kepada saya walaupun belum lagi ada apa-apa prosiding dibuat terhadap saya.

"Kelihatan fir'aun-fir'aun kecil mula menyalak sana sini menuntut kepala saya dipancung!" katanya tanpa menyebut langsung nama pihak terbabit.

Mengulas mesyuarat biro politik tengah hari ini, Zulkifli berkata, beliau masih belum menerima notis untuk mengadap jawatankuasa disiplin atau mesyuarat biro politik parti itu.

Secara sinis beliau berkata, dosanya hanya kerana mempertahankan kalimah Allah "daripada disiat-siut dan dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik".



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, January 25, 2010

YB Azmin Ali tidak senang dengan Nazree

YB Azmin Ali tidak senang kemasukan Nazree dalam PKR. Nazree berbeza sama sekali dengan Zaid Ibrahim mahupun Dr Chua Joo Meng.

Nazree adalah orang yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tan Sri Khalid dalam kes lembu korban hingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hampir terkorban.

Bukan sahaja Tan Sri Khalid malah YB Yaakob dan YB Rodziah
turut diseretnya dengan dakwaan rasuah yang tidak ada asas yang kukuh.

Kenyataan media yang dibuat oleh Nazree juga tidak meyakinkan bahawa beliau benar-benar telah insaf dengan kesilapan lalu.

Ahli PKR juga mahu tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik semua tuduhan tidak berasas yang pernah dibuat oleh Nazree dahulu terhadap pimpinan PKR?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kubang Semang Juara

Buat kali pertama Kelab Bolasepak Kg Tok Panjang mengadakan kejohanan bolasepak 7 sebelah kalah mati. Sebanyak 32 pasukan telah menyertainya. DiGi adalah penyumbang terbesar kejohanan ini.

Urusetia Kelab bolasepak Tok Panjang
YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah bergambar kenangan bersama 2 pasukan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Pasukan Kubang Semang vs Kg Jawa.

YB Ong diberi penghormatan memulakan sepakan...tapi sayang...tak gol pun...macam kaki bangku saja...jangan marah YB...he..he..

Penyokong tegar pasukan Kubang Semang. Anuar (berbaju Kuning) anak Pak Tam Timbalan Ketua PKR Permatang Pauh turut hadir memberi sokongan padu.

Asam garam pemain bolasepak...tak cukup stamina la tu...

Urusetia yang memang setia...

Pengerusi Kelab Bolasepak Tok Panjang (Encik Ahmad Hassan) sedang berucap sebelum penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang. Beliau terharu atas sambutan yang diberikan.

Johan karom kanak-kanak

Zulkifli Ibrahim mewakili YB Law Choo Kiang (tidak dapat hadir kerana Mesyuarat Perhubungan Negeri P.Pinang) turut diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada pemenang permainan Dam.

YB Ong Chin Wen menyampaikan hadiah kepada Naib Johan pasukan Kg Jawa yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.00 bersama trofi.

Puan Fazilah mewakili DiGi menyampaikan hadiah kepada Pasukan Kubang Semang selaku Johan yang membawa pulang wang tunai RM1,000.00 bersama trofi.

Sharpshooter juga diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada Pemain terbaik Kejohanan dari pasukan Kubang Semang.

Keputusan perlawanan akhir seri 1 sama. Kemudian sepakan penalti. Semua sepakan berjaya menerjah jaring gol. Akhirnya pemilihan Juara... lambung duit siling sahaja...Kubang Semang bernasib baik jadi Juara tetapi mereka memang layak Juara pun.

Urusetia Kelab Bolasepak Kg Tok Panjang bergambar kenangan bersama YB Ong Chin Wen. Syabas diucapkan pada semua yang menjayakan kejohanan ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

YB Nik Nazmi dan YB Amirudin tidak setuju Nazree mantan pengerusi Gerak dilantik Exco AMK Pusat

Kemasukan Nazree sertai PKR menjadi isu dalam Amk. Apa tidaknya... kerana khabarnya ia akan dilantik menjadi Exco AMK Pusat.

Pada pandangan saya, tidak salah Nazree sertai PKR setelah berjumpa Anwar beberapa hari lalu.

Cumanya... cuba kita imbau isu Ezam. Ezam sewaktu bersama PKR..."jangan tanya apa Ezam kata dekat Mahathir, Pak Lah dan Najib...tetapi tanya apa lagi yang Ezam tidak kata kepada mereka...." semua orang tidak lupa malah video ucapan Ezam pun masih ada.

Tetapi akhirnya Ezam menjilat balik semua ludah dan kahaknya di tanah.Umno terima Ezam sertai Umno tetapi hanya guna Ezam untuk hentam Anwar Ibrahim.

Bab soal jawatan...umno tak tawar jawatan tinggi pada Ezam. Beliau sekarang tidak lebih macam anjing kurap bila hanya dilantik menjadi Ketua Penerangan Cawangan Umno Kg Medan sahaja.

Siapa Nazree jika nak dibanding dengan Ezam? Lebih baik guna Nazree untuk pukul dan dedah kembali apa yang sebenarnya berlaku dalam Gerak dan meminta maaf di atas serangannya menjadi budak suruhan dalam beberapa isu melibatkan Selangor.

Sepatutnya PKR yang sedang hadapi krisis kredibiliti, meletakkan syarat sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun, mereka tidak boleh memegang jawatan tinggi parti.

Barulah rakyat tidak melihat PKR umpama telaga buruk. Yang ada masalah dengan parti lama semua sertai PKR, lepas itu buat masalah dalam PKR...akhirnya lompat parti...siapa yang nama busuk?..PKR juga.

Begitu juga dengan YB Amirudin Shari Adun Batu Cave yang tidak bersetuju jika Nazree dilantik menjadi Exco AMK Malaysia.

Di sini saya sertakan pandangan YB Nik Nazmi.

Persoalan sekarang kenapa mahu dijulang Nazree hingga ditawarkan jawatan Exco AMK Pusat?

Saya tak ada masalah sesiapa pun nak masuk Keadilan. Ini parti demokratik.

Namun yang saya persoalkan beberapa perkara:

a) Mengapa kemasukan Nazri perlu jadi satu media event? Siapa Nazri?
Ramai di antara kita jadi ahli tak perlu buat majlis besar-besaran.
Rasanya komitmen kita pada Keadilan lebih tegar berbanding Nazri. Biar
dia isi borang ahli macam orang biasa.

b) Ada rakan yang mengatakan ini perlu untuk kukuhkan kita menghadapi
cabaran ke atas negeri-negeri PR akhir-akhir ini. Kalau begitu jangan
kita lupa, Nazri juga dulu menuduh bukan setakat Tan Sri Khalid (isu
lembu) malah terbabit mengheret exco kita YB Yaacob dan Rodziah dengan
tuduhan rasuah. Justeru, kalau benar nak diumumkan, Nazri wajib
umumkan serta-merta bahawa beliau diperalatkan Ezam dan UMNO dahulu,
dan tuduhannya tidak berasas. Jika tidak orang akan mengatakan tuduhan
itu mungkin benar ataupun ada deal agar kes perundangan ke atas Nazri
ditarikbalik / tuduhan beliau ke atas MB ditarik balik.

Keadilan paling berhadapan dengan krisis kredibiliti dalam isu
keanggotaan. Badrul, Osman, Jamaluddin, Radzi dan Nasarudin Bota.

Kalau kita beri muka sangat dengan Nazri menjadi ahli, orang ramai
akan mempersoalkan kita. Ramai lagi anak-anak muda yang komited dan
berwibawa yang boleh dibariskan dalam exco.

Politik saya tak hebat. Cuma jangan kita lupa, politik mantan Ketua
AMK itu memang tahap yang teramat tinggi. Maaf jika saya khuatir dalam
isu ini.

Wassalam
YB Nik Nazmi Nik Ahmad



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, January 21, 2010

Polis RAJA di Malaysia

Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.

Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.

anwar ceramah at kampung kerinci 06Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.

Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.

Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.

"Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.

Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."

Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.

anwar ceramah at kampung kerinci 04Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.

Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.

Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.

Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.

Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.

anwar ceramah at kampung kerinciPihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.

Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat".

"Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.

Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".

anwar ceramah at kampung kerinci 03Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".

Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.

Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.

Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.

Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.

Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.

anwar ceramah at kampung kerinci 02Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini,

Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,

Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.

Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.

Terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Surau dan Gereja dibakar...Apa penyudahnya...Siapa Dalangnya?

Saya sudah awal menduga perkara ini akan berlaku bila isu kalimah"Allah" ini membuka tirai 2010.

Bila isu ini timbul, sudah pasti akan berlaku ketegangan agama samada ia memang dirancang atau tidak dirancang.

Saya menerima sms dari orang umno sejak 3 Jan 2010. Mereka gunakan isu ini sehabis-habisnya untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada mereka.

Sms pertama (3 Jan 2010 jam 1:56:30pm) "message to orang pas dan keadilan - Demo depan mahkamah tinggi p.pinang membantah keputusan mahkamah membenarkan nama Allah digunakan dalam majalah Kristian Herald Tribune.Tujuan mereka guna nama Allah bagi memurtadkan orang Islam dan kelak menggunakan nama Allah bagi perkara2 yang tidak sepatutnya. Demo dihadiri oleh berbagai2 NGO, sebahagian dari guru2, orang2 awam termasuk umno bahagian Tanjong, Bukit Bendera, Bukit Mertajam dan juga dewan perniagaan Melayu P.Pinang. Yang tak nampak orang pas dan keadilan.

Saya jawab ringkas saja..."Innama'akmallubinniat"...

Sms kedua (3 Jan 2010 jam 2:24:57pm) Porah chik ! Hampa tak buat amal mengata pula. Depan Allah apa hampa nak jawab bila Allah tanya apa yang hampa buat bila orang kristian guna nama Allah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang Islam? Istigfar banyak2 orang yang mementingkan partinya dari Allah dan berasa angkuh yang dirinya lebih baik dari orang lain. Takabbur dan angkuh datangnya dari syaitan.

Sms ketiga ( 3 Jan 2010 jam 02:25:47pm) Reply from president of Islamic propogation society international Penang, bro Kamarudin who is responsible converting more than 60 non muslims to Islam, who got qualified on comparative religion from south Africa, who is well verse in christian missionary works in Malaysia and Christian teachings. He said - Pas setuju dgn mereka tuan. Ipsi start roadshow dalam ceramah. Semalam d kuala nerang kami buat.

Saya jawab...Apa kita nak jawab depan Allah bila kita tak laksanakan hukum Allah, bukankah Allah sudah tetapkan hukum murtad? kenapa lebih 50 tahun masih tak mahu laksanakan, apa alasan kita depan Allah.

Sms keempat (3 Jan 2010 jam 02:41:05pm) Bodoh yg tu pemerintah. Apa HAMPA buat? Sekarang hampa pegang kuasa di P.Pinang, Selangor, Kelantan. Apa HAMPA buat di negeri2 ni. Buat statement? Terangkan kepada rakyat negeri? Masukkan ke dalam khutbah2? Ceramah penerangan? Dei tambi apa usaha yg HAMPA buat?

Begitulah di antara sms yang saya terima..malas nak layan puak-puak ni...memang banyak sms yang dikirim lagi...

Persolannya sekarang siapa dalang di sebalik kebakaran gereja dan surau ini? Adakah ia memang dirancang atau tidak dirancang.

Adakah kita tergamak melihat negara ini huruhara akibat isu ini?

Adakah
slogan 1 Malaysia yang dicanang pagi petang siang dan malam oleh PM Altantuya hanyalah satu slogan retorik semata-mata untuk meraih undi?

Kalau gereja dibakar ada NGO Islam yang sanggup mengawal secara sukarela, adakah NGO Kristian pula akan sanggup mengawal surau dan masjid?

Apakah kejadian bakar surau berlaku di negeri JOHOR DARUL UMNO memang dirancang oleh pihak UMNO sendiri?



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/