SharpShooter Followers

Thursday, February 28, 2013

Monday, February 25, 2013

JINGGA 13 DESAK POLIS BUKA SIASATAN TERHADAP AKUAN BERSUMPAH PERTAMA P.BALASUBRAMANIAM

Kepulangan Penyiasat Persendirian P.Balasubaramaniam semalam 24 Februari 2013 setelah sekian lama berada di luar negara sangat dialu-alukan dan merupakan saat terbaik sebelum rakyat berdepan dengan PRU 13 yang sehingga sekarang masih belum diumumkan.

Sewaktu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , P.balasubaramaniam telah membuat penegasan sambil menjunjung kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa Akuan Bersumpah Pertama bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar dan menafikan Akuan Sumpah Ke 2.

Pada 7 Julai 2008 , saya ( Fariz Musa ) sewaktu itu sebagai Timbalan Ketua AMK Malaysia dan merangkap Ketua AMK Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu agar satu tindakan serius diambil membuat siasatan terhadap Akuan Bersumpah Pertama Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam . Malah Tan Sri Ismail Omar ketika itu selaku Timbalan Ketua Polis Negara mengatakan polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh P.Balasubramaniam. Tetapi sehingga kini di manakah hasil siasatan yang telah dibuat oleh pihak polis?

Pengakuan P.balasubramaniam semalam yang menyatakan Akuan Bersumpah Pertama adalah benar serta menafikan Akuan Bersumpah Ke 2 perlu dipandang serius oleh pihak polis serta satu tindakan siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu yang turut melibatkan Bekas Penganalisis Politik Razak Baginda serta turut mengheret penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor.

JINGGA 13 mengesa agar pihak polis tidak bersikap dewi standard dan mengambil tindakan secara serius bagi mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan.Kepulangan P.Balasubramaniam sudah pasti akan membantu siasatan skandal pembunuhan tersebut .

Muafakat*Prihatian*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, February 22, 2013

PKR kumpul tuntut Polis Kepala Batas bebas Lim Chee Leong sekarang

SEKUMPULAN aktivis PKR Pulau Pinang berhimpun di perkarangan IPD Polis Kepala Batas petang ini ekoran penahanan reman rakan mereka, Lim Chee Leong selama sehari semalam bermula pagi tadi.

Ketua AMK Pulau Pulang, Amir Ghazali berkata, Lim Chee Leong, Naib Ketua Pasukan Keadilan Perai ditahan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan yang membabitkan bekas pekerjanya di kawasan komersial Jalan Raja Uda, Bagan pada Selasa lepas

"Bekas pekerja Lim Chee Leong kutip duit parkir RM5 satu kereta secara tidak sah dan tanpa pengetahuan Lim Chee Leong sendiri.

"Perbuatan Jusrul (bekas pekerja Chee Leong) itu menyebabkan pelanggan kedai Lim Chee Leong tidak puas hati, sampai berlaku pergaduhan. Lim Chee Leong cuba dibabitkan sedangkan itu perbuatan bekas pekerjanya," ujar Amir di sini.

Ketua Jingga 13, Amizudin Ahmat yang lebih dikenali sebagai sebagai blogger 'Sharpshooter', Abg Latif (Ketua Cabang Kepala Batas) antara aktivis yang hadir di sini.

Wakil peguam mangsa berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan perintah membebaskan anak guamannya itu petang ini juga.

Berita lanjut mengusul kemudian.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, February 21, 2013

PENTAS JINGGA 13...Mai jangan tak mai...

Mai jangan tak mai...sebarkan...



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, February 20, 2013

Mahathir lupa kata dulang paku serpih..

Kali ini peneroka Felda pula yang menjadi sasaran kempen Dr Mahathir dalam siri lawatan beliau berkempen pilihanraya yang akan datang ini. Peneroka Felda merupakan satu golongan besar yang mampu melakukan perubahan kepada struktur politik negara kerana kumpulan ini merupakan kumpulan yang besar dan berkelompok dan menjadi rebutan kepada semua pihak yang bersaing dalam setiap kali pilihanraya.
 
Dr Mahathir seperti biasa menggunakan isu membalas budi untuk mendapatkan sokongan peneroka bagi UMNO yang kian hari kian menipis sokongan dari rakyat termasuk orang Melayu sendiri. Kalau selama ini peneroka Felda menjadi kubu untuk UMNO tetapi kali ini arus perubahan yang sedang berlaku di negara sekarang sudah menular ke dalam penempatan peneroka di rancangan Felda.
 
Isu menggigit jari pihak yang memberi makan itu tidak timbul dalam politik kerana peneroka juga merasakan tanggungjawab mereka terhadap negara yang mereka cintai itu. Mereka sudah tidak mahu terikut-ikut dengan nasihat lapuk dari pimpinan UMNO dan BN sekarang kerana peneroka juga bertanggungjawab terhadap  keselamatan masa depan anak-anak dan generasi mereka.
 
Nasihat Dr Mahathir itu satu nasihat yang terbalik arahnya. Sepatutnya nasihat itu datangnya dari peneroka kepada pimpinan UMNO yang telah menggunakan kebaikan hati peneroka selama ini sebagai satu kelemahan yang boleh diambil kesempatan dan dijadikan sebagai dahan-dahan bengkok untuk kera-kera liar meniti.
 
Peneroka juga mempunyai hati dan budi yang tinggi dan kerana hati budi yang tinggi terhadap negara itulah mereka sudah ramai keluar bertindak untuk menolak satu kerajaan yang tidak boleh menjamin masa depan rakyat dan generasi mereka.

Peneroka terutamanya bagi generasi kedua sekarang ini mengambil tanggungjawab untuk bersama membanteras kelakuan pimpinan yang rasuah dan menggunakan kesempatan ke atas rakyat termasuk peneroka yang baik hati selama ini.
 
Negara yang memberikan mereka tanah dan ladang dan mereka telah bersetuju untuk membayar segala apa yang mereka telah dapati. Mereka tahu dan memahami yang kerajaan telah mengambil segala kesempatan ke atas mereka untuk keuntungan golongan kapitalis besar yang menjadi kroni kepada kerajaan dan parti yang memerintah. Letih rasanya untuk mengulangi apa yang UMNO telah lakukan terhadap mereka.
 
Hanya peneroka tahu dan faham yang mereka mula bertindak untuk melakukan perubahan itu di atas sebab-sebab dan alasan yang kukuh. Lagipun sememangnya tanggungjawab mereka untuk bersama rakyat yang lain untuk menukar kerajaan yang sedang ketagih rasuah dan gila kuasa sekarang dengan kerajaan yang baru yang lebih meyakinkan.
 
Masakan kerana budi kerajaan itu perlu dibalas dengan sokongan berterusan walaupun kerajaan itu telah melakukan segala gejala yang buruk terhadap negara sekarang ini. Memberikan sokongan terhadap mereka yang telah menyeleweng itu adalah satu fardu kifayah dan ia wajib dilakukan dalam pilihanraya ini. Kita ada kata-kata dan perbidalan bagi menguatkan alasan untuk menukar kerajaan hari ini, iaitu 'raja yang adil raja disembah, raja yang zalim raja disanggah'.
 
Apa yang benar-benar merosakkan negara serta siasahnya ialah kerana sikap kita menggunakan nilai berterima kasih itu tanpa berlandaskan kepada moral yang betul. Apa yang sedang dan telah pun ditanam oleh pihak kerajaan ialah untuk mereka terus menerima terima kasih kepada mereka walaupun mereka sudah hilang kelayakkan moralnya untuk mentadbir negara kerana perlakuan buruk yang terbentuk oleh kerana kuasa yang mereka (UMNO) tidak rela melepaskannya.
 
Bagi Dr Mahathir isu ini sememangnya isu yang paling mudah bagi beliau dan beliau tidak mempunyai alasan lain untuk memberikan sebab kenapa mereka mesti terus berkuasa. Nilai membalas budi ini pun tidak ada dalam diri Dr Mahathir itu sendiri. Mahathir telah menggigit tangan Hussein Onn dengan secara halus kerana mahukan jawatan yang dipegang oleh orang yang melantik beliau itu sendiri.
 
Mahathir telah meninggalkan UMNO ciptaan beliau semasa menghadapi pilihanraya yang lalu. Yang terlebih besarnya Mahathir telah menggigit parti UMNO yang telah menaikkan beliau dengan mengharamkan parti itu pada tahun 1988 dahulu. Mahathir telah membuang secara sistematik semua rakan-rakan seperjuangannya dalam kerakusan kuasa yang beliau telah nikmati dengan sokongan rakan-rakan beliau sendiri.
 
Orang yang baru dua puluh tahun menyertai UMNO ini tidak akan memahami siapa Dr Mahathir ini sebenarnya. Tetapi kenaifan mereka tidak boleh menghalang sesiapa yang telah melalui sejarah dari awal politik negara kita. Mahathir bukannya menjadi Perdana Menteri kerana kekuatan beliau, tetapi kerana pengorbanan rakan-rakan seperjuangan beliau yang akhirnya beliau ketepikan secara sistematik itu.
 
Bagaimana Dr Mahathir hendak menyorokkan sifat menggigit tangan yang memberikan beliau makan kepada mereka yang sudah lama terlibat dengan politik negara kita ini?

Dr Mahathir boleh temberang sekehendak hati beliau tetapi kepada yang mampu untuk mentelaah kejadian-kejadian yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri tidak akan dapat lari dari mengakui yang hampir kesemua gejala buruk yang terbentuk di dalam UMNO itu adalah hasil tangan Mahathir sendiri.
 
Sekarang orang yang telah menggigit tangan dan jari semua orang yang memberikan beliau segala-galanya ini menasihatkan orang lain supaya jangan menggigit tangan yang memberi itu. Entah apa sebabnya Mahathir sedang begitu kelam kabut dengan pertukaran pemikiran rakyat kali ini hanya beliau sahaja yang tahu.
 
Tetapi hukum akal mengatakan Mahathir merupakan orang yang terlalu takut kepada perbuatan dan kesalahan yang telah beliau lakukan sendiri. Beliau takut kepada demokrasi dan beliau tidak mahu menerima 'consequence' kepada demokrasi itu.
 
Itulah sebabnya demokrasi itu bukan semata-mata untuk memenangi pilihanraya tetapi demokrasi itu wajar selari dengan moral demokrasi itu sendiri. Dr Mahathir tidak mampu untuk melaksanakan demokrasi selari dengan moralnya sekali.
 
Kepada penoroka Felda, tuan-tuan semua berhak memantau kelakuan dan sikap pimpinan yang ada sekarang. Apa yang saudara lakukan dalam pilihanraya nanti mestilah berdasarkan kepada moral kepimpinan yang ada pada hari ini dan tidak semata-mata mengenang jasa pihak yang telah menjadikan negara kita ini tidak mempunyai siasah dan politik yang bermoral.
 
Kalau hendak mengenang jasa itu kenanglah jasa negara, bukannya kepada parti yang sedang dalam ketagihan dan kerakusan kuasa itu. Tidak wajar kita mempercayai laungan UMNO yang orang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO hilang kuasa.
 
Malahan jika orang dan pemimpin UMNO yang ada pada hari ini terus mendapat mandat, Melayu akan hilang dunianya dan segala-gala yang ada pada mereka sekarang ini. Peneroka mesti ingat UMNO telah diberi isyarat sejak dua puluh tahun lebih dahulu untuk memperbetulkan keadaan tetapi mereka tidak melakukan apa yang wajar.
 
Sekarang ini UMNO melutut pula untuk terus mendapatkan sokongan ramai. Janji-janji mereka untuk memperbetulkan keadaan ini telah kita dengar setiap kali pilihanraya mendatang, tetapi kita lihat sendiri tiada apa yang dilakukannya untuk memperbaiki imej dan moral mereka walaupun masa yang banyak telah diberikan kepada mereka untuk berubah.
 
UMNO sudah hilang segala-galanya. Jika benar UMNO itu parti yang bertanggungjawab selama ini masakan negara kita berada dalam situasi yang kita alami sekarang ini. Ingat, UMNO tidak akan berubah. Jika ada pun perubahan ia adalah perubahan yang seperti kata perbilangan Inggeris, perubahan 'from bad to worst'.
 
Kita kena berubah. 'It's now or never!'. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 19, 2013

Dato' Mansor seru mahasiswa, pelajar tolak politik perkauman

KEPEMIMPINAN Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) yang disertai oleh pemimpin mahasiswa dan pelajar pra Universiti, termasuk di perantauan bergambar bersama Dato' Mansor Hj Othman (baris depan, enam dari kanan) di Hotel Traders, George Town baru-baru ini.

HAMPiR 650 mahasiswa dan pelajar pra-Universiti dirai dalam satu majlis jamuan malam bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dato' Mansor Hj Othman.

Keraian itu adalah kesinambungan pada Majlis Jamuan Pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bersama Mahasiswa Di Perantauan yang dilangsungkan secara berasingan di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian, Dato' Mansor baru-baru ini berkata, mahasiswa wajar memanfaatkan zaman keemasan di kampus bagi mengejar kecemerlangan akademik serta bergiat dalam memperjuangkan nasib rakyat.

"Sungguhpun zaman telah pun berubah, tetapi, mahasiswa seharusnya fokus pada kecemerlangan akademik dan mencipta pergerakan tersendiri untuk membela hak rakyat.

"Timba pengalaman sebanyak yang boleh dengan menyertai program-program yang dianjurkan Kerajaan Negeri.

"Pada musim cuti semester, baik kampung untuk beri kesedaran kepada rakyat khususnya kepada anak muda untuk mencipta politik baru (iaitu) menolak politik perkauman yang dimainkan oleh parti-parti politik tertentu di negeri ini," ujar beliau di Hotel Traders, di sini.

Program interaksi anjuran Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) itu turut dihadiri Jawatankuasa

Dato' Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengambil langkah membendung gerakan mahasiswa sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belakangan ini.

Ini kerana, katanya, Kerajaan Negeri percaya bahawa iklim demokrasi dan integriti tulen di Pulau Pinang membantu perkembangan intelektual dan idealisme mahasiswa.

Justeru, beliau berkata, mahasiswa serta muda-mudi sewajarnya menggandakan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang sedia ada demi menyemarak lagi politi baru di negeri berkenaan.

"Jangan persia-siakan zaman keemasan (mahasiswa) ini. Pastikan setiap detik dalam diri bermakna untuk ilmu dan perjuangan rakyat.

"Saya yakin mahasiswa bersama Kerajaan Negeri untuk mewujudkan poltik baru yang lebih memberi ruang untuk semua pihak berfikir secara kritikal serta menghormati demokrasi tulen di negeri ini," ujar beliau.

Terdahulu, difahamkan, Dato' Mansor turut mengadakan beberapa interaksi dua hala bersama-sama mahasiswa luar negara di Medan, Jakarta dan Mesir.

Itu, tidak termasuk jelajah beliau di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) sejak tiga tahun lepas bagi mendekatkan mahasiswa di perantauan dengan kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri cakna dengan perkembangan intelektual mahasiswa

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

SPR TIPU DAFTAR PEMILIH - @fuziah99

OPERASI PENIPUAN PENDAFTARAN PEMILIH BARU.

Akhbar utama melaporkan minggu lepas bahawa ada peningkatan mendadak melibatkan pengundi baru di seluruh negara.

SPR tidak melihat  perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa dengan mengatakan sebelum ini bahawa walaupun ramai pengundi baru di daftarkan, masih ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Pada hari ini Parti Keadilan Rakyat ingin mendedahkan rahsia disebalik peningkatan pemilih baru yang begitu mendadak.  Bahawa jumlah yang sebegitu tinggi dikalangan pengundi baru itu ada menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah  Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Akta 5.

Aduan yang pihak PKR terima setakat ini, cukup bukti untuk mengheret penolong-penolong pendaftar dan juga SPR ke mahkamah sekiranya didapati sah SPR bersekongkol dengan penolong pendaftar tersebut.

Kami dapati pemilih-pemilih telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, yang membawa maksud, penolong pendaftar telah membawa kenyataan permohonan pendaftaran pemilih palsu. Ini jelas bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Sect 3(1) (a) di bawah Kesalahan oleh mana-mana orang, yang berbunyi seperti berikut :-

"Mana-mana orang yang (a) dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.
..........................
Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya...."

Aduan yang kami terima melibatkan pemilih yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka adalah dari pelbagai latarbelakang.

1) Pemilih merupakan pelajar diluar negara telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

2) Pemilih cukup umur telah di daftarkan tanpa pengetahuan mereka.

3) Orang dewasa yang tidak pernah mendaftar telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

4) Ahli Puteri Umno didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

Di dalam kes-kes di atas, pihak yang mendaftar telah melakukan kesalahan jenayah mengikut Akta Kesalahn Pilihanraya Sect 3(1)(a) dan boleh dihukum sekiranya didapati bersalah. SPR juga harus perjelaskan bagaimana hal ini boleh berlaku.

Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori diatas dengan segera memeriksa status pemilih mereka di laman web SPR atau melalui wakil2 kami.

Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan mereka, sila ambil langkah-langkah berikut.

1) Pergi ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka. Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami.

2) Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis keatas pendaftar yang telah melakukan kesalahan tersebut.

3) Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini.

Saya pohon semua warga Malaysia yang mahukan pilihanraya yang adil dan bebas supaya  sebar luas perkara ini dan sama-sama kita bantu banteras penipuan ini.

Saya juga menyeru semua NGO dan semua badan pemerhati pilihanraya untuk terlibat sama didalam kempen mengheret pesalah-pesalah ini ke muka pengadilan.

Saya juga ingin tegaskan supaya SPR beri segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih. Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh BN.

Orang ramai boleh menghantar aduan kepada  <aduanspr.pkr@gmail.com>

Sama-sama kita benteras jenayah penipuan pilihanraya ini.

 
Fuziah Salleh
Ahli Palimen Kuantan



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, February 17, 2013

Deepak lanyak @NajibRazak malam ini @farizmusa

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

JINGGA 13 SELAR TINDAKAN PENAHANAN DAN PENGUSIRAN SENATOR AUSTRALIA

Penahanan  Senator Australia Nick Xenophon di lapangan terbang di Sepang pagi tadi adalah merupakan satu tindakan biadap dan melampau Kerajaan UMNO/BN tanpa alasan yang kukuh penahanan dan pengusiran yang tidak ada asas dan memalukan negara di mata antarabangsa sebagai negara yang ternyata mengamalkan dasar kuku besi .

JINGGA 13 menyelar jawapan Datuk Seri Hisamuddin Hussein , Menteri Dalam Negeri yang menyokong tindakan penahanan Senator Nick Xenophon konon atas prinsip 'undang-undang' sedangkan ternyata berasaskan politik dengan menggunakan Jabatan Imigresen.

JINGGA 13 mempersoalkan atas kesalahan undang-undang apa yang dilanggar oleh Senator Australia tersebut sehingga secara biadap bukan sahaja menahan termasuk menghantar beliau pulang ke Australia?

Sehingga sekarang tidak ada sebarang jawapan diberikan oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan undang-undang apa yang dilakukan oleh Senator Nick Xenophon disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.

Ternyata Kerajaan UMNO/BN terlalu takut terhadap kehadiran Senator Australia tersebut sehingga sanggup melakukan satu tindakan melampau seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah atau terroris .

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kenapa JPJ kalut sangat nak pasang AES di Penang walaupun Kerajaan Negeri tolak.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng mengesahkan Kerajaan Negeri menolak rancangan Kerajaan Pusat mahu memasang kamera penguatkuasaan automatik saman rakyat 1Malaysia (AES).

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, penguatkuasaan AES itu menguntungkan syarikat kroni Umno, bukan untuk tujuan keselamatan rakyat.

"Mana ada Kerajaan di dunia ini menswastakan keselamatan rakyat, tetapi Kerajaan Pusat swasta penguatkuasaan AES ini kepada sebuah syariat kroni Umno.

"Boleh terimakah, Kerajaan Pusat swasta polis? Mana boleh terima kerana tidak pernah mana-mana negara menswastakan keselamatan negara.

"Kalau tak boleh terima keselamatan negara diswastakan kepada mana-mana kroni, patut tak boleh terima Kerajaan Pusat melalui JPJ (Jabatan Pembangunan Jalan) menswastakan AES.

"Lagi banyak saman dikejarkan, syarikat pengendali AES lebih banyak dapat peratus untung," ujar Guan Eng baru-baru ini di Komtar, George Town.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Mohd.Firdaus Md. Ali, bekas Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS), Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang (DPP NPP).

"Rancangan terbaru JPJ tetap mahu pasang kamera AES ini di Pulau Pinang supaya kita fokus mempolemik dalam isu AES ini sampai tinggal agenda penerangan mengenai rekod pencapaian Pulau Pinang sebagai Impian Malaysia.

"Fokus pada agenda rakyat tuntut proses peralihan kuasa secara aman sekarang daripada (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri) sebagai persiapan semasa Umno BN tewas di pilihan raya umum nanti," ujar beliau semasa dihubungi kemudian.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, February 16, 2013

Friday, February 15, 2013

Che Det dicabar lawan Anwar

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menentang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Cabaran itu dibuat bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood, hari ini.

Sakit kepala Mahathir memikirkan ketakutan menentang Anwar.
Ia bagi membolehkan rakyat menjadi hakim untuk memilih siapa pemimpin pilihan mereka.

“Anwar sekian lama menjadi mangsa fitnah, dan orang yang paling ke depan dalam soal ini adalah Mahathir.

“Ia bermula sejak 1998, selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan semakin hebat apabila beliau dilihat bakal menjadi Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pagi tadi.

Nordin berkata, Mahathir sepatutnya mencontohi pemimpin negara lain, yang memilih sikap berkecuali selepas meletak jawatan dan menjadi negarawan.

Namun, katanya, Mahathir gagal berbuat demikian menyebabkan sebahagian rakyat hilang hormat.
“Takdirnya Mahathir kalah, tidaklah beliau rasa rendah diri kerana kawasan itu kubu kuat Anwar,” kata Nordin tetapi tidak menolak jika Mahathir memilih kawasan Parlimennya dahulu, Kubang Pasu atau lain-lain.

“Saya tanya Anwar tiga hari lalu, dan dia tiada masalah dengan cadangan saya,” jelas bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu lagi.

Kata Nordin, jika Mahathir gagal menyahut cabaran ini, beliau perlu berhenti membuat kenyataan politik, terutama serangan peribadi ke atas Anwar.

“Ia juga menunjukkan kenyataan beliau selama ini tidak bertanggungjawab,” tambahnya.
Turut hadir sidang media itu, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bijakkah Orang Melayu jika fikir begini?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, February 14, 2013

#tanyarosmah Kenapa video diedit?

Pengampu Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.

SKRakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.

Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut ‘No’ sebanyak tiga kali.

Paparan gambar ketika sebutan ‘Yes’ juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat.

“Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku.
gangnam
“Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal.

“Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno  suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka,” katanya.

Video yang disunting pengampu Umno, KLIK INI.

Video asal tanpa sebarang suntingan, KLIK INI.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

RM39,000 milik ada jika berjaya potong telinga...

Wow lumayan upah siapa dapat potong telinga...telinga siapa? telinga MB angkuh dan sombongPahang ke? kih kih kih

Baku: Parti prokerajaan di Azerbaijan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memotong telinga seorang penulis terkenal, Akram Aylisli, 76, yang dikatakan menghina negara itu dengan paparan persahabatan dan keganasan antara penduduk negara itu dan Armenia.

Azerbaijan dan Armenia tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak perang membabitkan wilayah rebutan, Nagorno-Karabakh, pada awal 1990-an, selepas Soviet Union musnah, yang membunuh 30,000 orang.

Aktivis Pemerhati Hak Asasi, mengutuk ancaman terhadap Aylisli, yang memegang gelaran Penulis Rakyat di Azerbaijan. Gelaran itu ditarik balik oleh presiden minggu lalu selepas kisah Stone Dreams membangkitkan kemarahan penduduk negara itu.

Hasil kerja yang disiarkan di majalah Russia, sebahagiannya menceritakan kisah penduduk negara itu cuba melindungi jiran Armenia mereka ketika penduduk Armenia diseksa dan dipukul di Baku pada tahun 1990.

Dengan hampir sejuta penduduk wilayah Nagorno-Karabakh yang kehilangan tempat tinggal menetap di Azerbaijan dan kedua-dua negara berdepan kesan ekonomi dan sosial akibat perang, topik hubungan etnik memang tidak wajar disentuh.

Pemimpin parti prokerjaan, Muasir Musavat, kelmarin berkata parti menawarkan 10,000 manat, hampir AS$13,000 (RM39,000) bagi sesiapa yang memotong telinga Aylisli.

“Aylisli menghina seluruh bangsa Azeri. Oleh kerana beliau menghina kami, kami mahu bertindak balas dan itu yang kami putuskan. Telinganya mesti dipotong,” kata Hafiz Haciyev di pejabat partinya di Baku.

Desak minta maaf

Malah sebelum ancaman Haciyev, pegawai Parti Yeni Azerbaijan yang memerintah negara itu juga mendesak Aylisli menarik balik novel berkenaan daripada pasaran dan meminta maaf kepada penduduk. Bantahan juga dibuat di luar rumahnya di Baku.

REUTERS



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, February 13, 2013

Tuesday, February 12, 2013

Najib hantar samseng pukul Mahasiswa di Pekan?

PENGERUSI Gerakan Mahasiswa Sertai Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13), Syis Abdul Kadir mengesahkan, salah seorang aktivisnya, Ihsan Bukhari (baju merah) dipukul kira-kira jam 1.00 petang tadi semasa berkempen di Kampung Teluk dalam Parlimen Pekan.

Beliau berkata, mangsa dipukul oleh sekumpulan samseng yang tidak dikenali, dipercayai khalayak tempatan demi mempertahan tapak sokongan rakyat terhadap terhadap Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami menang tidak kenal (samseng tersebut), tetapi, serangan terhadap mangsa dipercayai untuk halang kempen mahasiswa seru rakyat tolak Najib," ujar beliau menerusi telefon sebentar tadi.

Syis yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMiUM) berkata, pihaknya dalam perjalanan ke balai polis berdekatan untuk membuat aduan lanjut.

Sementara itu, gambar mangsa dipukul oleh samseng di Pekan disebar secara meluas di laman sosial Facebook.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang yang disebut-sebut sebagai calon mahasiswa yang bakal menentang Najib di Pekan pula berkata, insiden tersebut menyerlahkan wajah sebenar Najib.

"(Budaya samseng) inilah simbol kempen 1Malaysia dan program (kempen) terbaru My Beautiful Malaysia adalah tipu belaka.

"Kalau budaya samseng itu tidak diupah oleh Najib secara langsung sekalipun, insiden itu membayangkan Presiden Umno itu tidak berupaya mengekang amarah penyokongnya sekarang.

"Insiden itu membayangkan bahawa kemungkinan penyokong Najib sendiri akan mencetuskan huru-hara jika Umno tewas di Putrajaya kerana itu pun isyarat yang sedang diberikan sejak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) lepas," ujar beliau semasa dihubungi kemudian.

Justeru, beliau menyeru mahasiswa bermula sekarang supaya mendesak Najib memberikan jaminan bahawa proses peralihan kuasa mesti dilakukan secara aman semasa Umno tewas pilihan raya umum nanti.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, February 10, 2013

VIDEO PERUTUSAN ANWAR IBRAHIM SEMPENA TAHUN BARU CINA




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, February 09, 2013

Mampukah Najib kawal penyokongnya jika kalah PRU 13?

Najib Tun Razak didakwa tidak mampu menenteramkan penyokong Perdana Menteri itu sekiranya Umno tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau bimbang huru-hara seperti insiden gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati, Selangor pada 7 Januari 2010 berulang.

Justeru, katanya, rakyat wajib menuntut peralihan kuasa secara aman semasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya daripada Najib sendiri sekarang.

"Dengan beberapa insiden yang berlaku, saya lihat Najib tidak mampu kawal penyokongnya semasa Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya nanti.

"Demi memelihara keamanan negara tercinta ini, tidak ada jalan lain melainkan rakyat sesuatu perlu tuntut jaminan daripada Najib bahawa peralihan kuasa mesti dilakukan tanpa huru-hara penyokongnya," ujar Mujahid dalam satu program Dialog 'Impian Malaysia' di Ipoh baru-baru ini.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, agamawan Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya dirayu untuk mengerti sokongan kepada Pas serta Pakatan Rakyat untuk memastikan tanah air ini kekal harmoni.

"Untuk selamatkan negara ini supaya kekal aman semasa proses peralihan kuasa kepada Pas serta Pakatan Rakyat nanti, saya seorang tidak mampu (lakukan); Pas, DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat pun tidak mampu (lakukan).

"Tapi, kalau seluruh rakyat angkat Impian Malaysia ini, iaitu tiap-tiap kita dari sekarang tuntut Najib beri jaminan bahawa peralihan kuasa secara aman parti berlaku jika Umno tumbang dalam pilihan raya umum nanti," ujar beliau.

Insiden gereja dibakar tiga tahun lepas ekoran pendirian Pakatan Rakyat, khususnya Pas menolak pendirian pentadbiran Najib melarang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah dalam Bible.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Mei 2011 telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada dua penjenayah kes itu, iaitu Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 25, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 23.

Dalam perkembangan berkaitan, Mujahid sekali lagi merayu pihak berwajib supaya menyiasat kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini mahu membakar Bible Melayu yang kononnya dicetak menggunakan Kalimah Allah menggantikan "God" atau Tuhan.

"Bakar Bible bertentangan dengan nas asal-Quran serta bukan amalan Rasulullah s.a.w.

"Sepatutnya siasat cubaan membakar Bible itu sebab kira nak keharmonian (serta) nak tuntut jaminan peralihan kuasa secara aman bermula sekarang ini jika Umno tumbang di Putrajaya nanti," ujar beliau lagi.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, February 08, 2013

Demokrasi 1 Malaysia

Tak tumbuh tak melata..
Tak sungguh rakyat tak kata..

Masa untuk berubah..anda mampu lakukannya..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, February 07, 2013

Pemuda Perkasa kantoi tak ada bukti..

RAZUAN Mohd Azudin (kanan) tetap memberi penegasan kepada Phee Boon
Poh (kiri) sambil diperhati oleh 'Yaacob Bebas' (tengah) 

SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.

Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri.

"Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George Town

Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin dan seorang temannya turut hadir mewakili kumpulan tersebut.

Lebih 10 wartawan turut hadir sebagai saksi perbincangan dua hala yang dipengerusikan oleh Boon Poh, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.

Boon Poh menjelaskan, kutipan bayaran kempen "Hari Tanpa Bag Plastik Percuma" pada setiap Isnin dilancarkan sejak 1 Julai 2009.

"Sesiapa yang hendak menggunakan bag plastik dikehendaki untuk membayar sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik. Ini hanya dikenakan di pusat membeli-belah sahaja," ujar beliau sambil meminta kerja sama daripada semua pihak untuk menjayakan kempen kehijauan alam itu.

Bermula pada 1 Januari 2010, Boon Poh berkata, polisi kemampanan alam itu dilanjutkan selama tiga hari, iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

"Selain dari pasar awam, perniagaan kedai, kecil dan penjaja, dikehendaki mengutip bayaran sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik yang dikeluarkan," ujarnya.

Sebagai langkah integriti, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua kutipan oleh kumpulan yang disyaratkan dikehendaki dibayar melalui cek di atas nama Akaun Bendahari Negeri Pulau Pinang.

Malah, katanya, resit rasmi darii Jabatan Kewangan Negeri akan dikeluarkan bagi tujuan itu.

Selepas itu, katanya lagi, semua kutipan itu akan dipindahkan ke Akaun Amanah 57019 untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar.

"Semua data kutipan dan perbelanjaan diaudit oleh Audit Dalaman, Audit Kerajaan Negeri dan Audit Negara.

"Kalau Kerajaan Negeri menipu duit kutipan ini, sila kemukakan bukti untuk menolak data-data yang saya bawa dari auditor ini.

"Mereka kata mereka sokong (undi) Pakatan Rakyat. Tetapi, sebelum pilihan raya (umum) 2008, Pakatan Rakyat pun tak ada lagi. Kalau Pakatan Rakyat pun masih tak wujud, bagaimana mereka sokong Pakatan Rakyat," tegas Boon Poh.

Sumber Kerajaan Negeri mendedahkan, RM182,980.20 berjaya dikutip pada tahun 2009 sempena kempen itu, diikuti, RM298,056.00 (2010), RM894,716.60 (2010), RM894,716.60 (2011) dan RM1,230, 493.40 (2012).

Manakala, jumlah pembayaran untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar bagi tahun 2009 berjumlah RM1,881,770, diikuti RM2,310,887 (2010), RM2,262,035 (2011) dan RM2,518,180 (2012).

"Keseluruhan kutipan dari bulan Julai 2009 hingga (tahun) 2012 berjumlah RM2,606,246.20. Jumlah pembayaran untuk program basmi miskin tegar pula berjumlah RM8,972,872.

"Dia ('Yaacob Bebas') kata Kerajaan Negeri ada buat penipuan duit rakyat, apabila saya minta kemukakan bukti, dia tak mahu jawab," ujar Boon Poh.

Tiga wakil kumpulan tersebut sehingga akhir pertemuan dengan Exco dilihat tidak membawa apa-apa data bagi membuktikan tuduhan mereka kononnya Kerajaan Negeri menyeleweng duit dana tersebut.

Sebelum pada itu, kumpulan pemuda terbabir melancarkan demontrasi haram di perkarangan Komtar, George Town yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri.

Mereka mengangkat beberapa sepanduk seperti, "Balik Melaka La Apek", "Guan Eng Jawab Lani", "Guan Eng penipu" dan "Mana duit plastik"


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 04, 2013

Dun Chupping tak selamat bagi UMNO

Ketika sharpshooter bersama Fariz Musa ke Felda Chuping baru-baru ini, sempat bertemu dengan pengikut blog sharphooter, Ketua Pemuda PAS Chuping Abdul Aziz Ahmad.

Ketika berbual selepas ceramah di kedai kopi, katanya "saya cukup yakin Dun Chupping akan dapat ditawan, perubahan minda masyarakat terutama di kawasan felda juga berubah, mereka yang berdemo ketika Fariz Musa datang ceramah itu hanya sebahagian kecil saja, umno paling takut dengan ceramah Fariz Musa, Koordinator Jingga 13 Malaysia kerana cikgu Fariz menggunakan slide dan video seperti wayang pacak, ini yang umno cukup takut kerana cikgu Fariz tunjukkan bukti dan fakta. "

"Bayangkan rumah yang Cikgu Fariz Musa ceramah itu adalah rumah Ketua Wira Perkasa, Perkasa di Perlis kebanyakkan menyokong Pakatan Rakyat kerana mereka muak dengan tindak tanduk Ibrahim Ali. Minda mereka telah terbuka setelah mereka mendengar dan melihat sendiri bukti-bukti penyelewengan pimpinan umno seperti yang cikgu Fariz dedahkan" tambahnya lagi.

Diakhir perbualan beliau menambah, "saya cukup yakin InsyaAllah Dun Chupping akan berjaya ditawan setelah culaan dibuat, sambutan dan jawapan yang rakyat berikan amat memberangsangkan.. mereka bertekad akan menyokong Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat kuatlah maka umno terpaksa beri duit seperti Br1m, bagi duit ambil tetapi bila pangkah tetap pangkah Pakatan Rakyat"


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kak Ros boleh pengsan tengok Billboard menanti najib di Terengganu

Cukuplah tipu kami..rakyat tak bodoh lagi..

Alahai Kak Ros.. Ada lagi ke duit menabung sejak kecil? Kah kah kah

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone