Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menentang
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh
pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Ia bagi membolehkan rakyat menjadi hakim untuk memilih siapa pemimpin pilihan mereka.
“Anwar sekian lama menjadi mangsa fitnah, dan orang yang paling ke depan dalam soal ini adalah Mahathir.
“Ia bermula sejak 1998, selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan
Perdana Menteri, dan semakin hebat apabila beliau dilihat bakal menjadi
Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru pagi tadi.
Nordin berkata, Mahathir sepatutnya mencontohi pemimpin negara lain,
yang memilih sikap berkecuali selepas meletak jawatan dan menjadi
negarawan.
Namun, katanya, Mahathir gagal berbuat demikian menyebabkan sebahagian rakyat hilang hormat.
“Takdirnya Mahathir kalah, tidaklah beliau rasa rendah diri kerana
kawasan itu kubu kuat Anwar,” kata Nordin tetapi tidak menolak jika
Mahathir memilih kawasan Parlimennya dahulu, Kubang Pasu atau lain-lain.
“Saya tanya Anwar tiga hari lalu, dan dia tiada masalah dengan
cadangan saya,” jelas bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu
lagi.
Kata Nordin, jika Mahathir gagal menyahut cabaran ini, beliau perlu
berhenti membuat kenyataan politik, terutama serangan peribadi ke atas
Anwar.
“Ia juga menunjukkan kenyataan beliau selama ini tidak bertanggungjawab,” tambahnya.
Turut hadir sidang media itu, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN,
Yahya Sahri dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan
Azen Mat Rasip.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
16 hours ago