Lim Chee Leong dan Peter Lim dari Pasukan Keadilan Pulau Pinang turut hadir |
Kenyataan Media
22 September 2013
JINGGA 13 Malaysia
KESAL TERHADAP TIADA SIASATAN POLIS SELAMA 1 TAHUN KES KEMATIAN LANGGAR LARI TAN MAY TENG
Jingga13 bersama-sama ahli keluarga Mendiang Tan May Teng di Balai Polis Trafik Daerah Klang pada jam 2.30 petang pada hari ini 22 September 2013.
Pada 19 September 2013, Jingga 13 Malaysia bersama Keluarga Mendiang Tan May Teng yang turut dihadiri oleh YB Tian Chua,Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menghantar memorandum "Keadilan Untuk Tan May Teng : Dimanakah hasil siasatan?"
Sepertimana makluman,Tan May Teng telah meninggal dunia ekoran berlaku kemalangan langgar lari pada 3 September 2012 di Jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Selama 1 tahun pihak keluarga menunggu hasil siasatan termasuk pihak peguam yang dilantik oleh keluarga mengantar surat bertanyakan status siasatan dan tindakan kepada kes tersebut pada pihak polis.
Malangnya pihak polis gagal memberikan sebarang hasil siasatan kes kematian langgar lari tersebut.
Jingga13 Malaysia merakamkan penghargaan terhadap Tan Sri Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Khaid Abu Bakar yang telah bertindak segera sepertimana tuntutan kami dalam memorandum tersebut.
Namun Jingga13 Malaysia AMAT KESAL apabila baru hari ini ( 22 September 2013) pihak polis baru memulakan siasatan dengan membawa suami dan ibu Mendiang Tan May Teng ke tempat kejadian , mengambil gambar, mengukur dan mengambil kenyataan daripada suami Mendiang Tan May Teng selepas 1 tahun kes tersebut berlaku.
Bermakna sepanjang 1 tahun tersebut tidak ada sebarang tindakan dan siasatan yang diambil oleh pihak polis trafik Klang walaupuan terdapat 3 laporan polis dan 1 laporan polis oleh individu selepas 17jam membuat laporan polis melanggar sesuatu objek hingga berlaku kerosakkan pada kenderaan 4x4 yang dipandunya.
Kes yang sepatutnya di siasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan dan mendakwa serta membawa ke muka pengadilan bagi tujuan keadilan untuk Tan May Teng ternyata tidak dilaksanakan secara profesional,berintegriti dan ini membuktikan sikap sambil lewa serta menjejaskan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia di mata rakyat.
Jingga13 akan terus bersama keluarga untuk memantau kes tersebut sehingga satu tindakan profesional diambil oleh pihak polis dalam menjalankan tanggungjawab dan keadilan untuk Mendiang Tan May Teng.
Jingga13 Malaysia juga meminta agar pihak polis bertindak positif dan profesional di masa-masa akan datang dan tidak bertindak wewenang dan sambil lewa terhadap kes-kes sebegini agar rakyat tidak dinafikan hak dan keadilan.
Muafakat*Prihatin*Berani
Keadilan Untuk Tan May Teng
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone