SharpShooter Followers

Wednesday, January 29, 2014

Apa kata Wanita PKR Selangor tentang isu Kajang

Kenyataan Media

Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat,
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail


29 Januari 2014

Mengekalkan Kemenangan di Kajang

Wanita Parti Keadilan Selangor akan memberikan sepenuh sokongan dan mobilisasi jentera pilihan rayanya bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil di N25 Kajang nanti.  

Pergolakan politik sentiasa menjadi cabaran dan lumrah untuk diatasi oleh para ahli politik.   Yang penting ialah memastikan bahawa kita tidak dikalahkan oleh sebarang unsur yang ingin menggagalkan agenda reformasi.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti termuda di kalangan Pakatan Rakyat.   Setiap yang menginginkan yang terbaik akan melalui beberapa proses dan cabaran.   Pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mendokong dan menginginkan reformasi itu menjadi kenyataan akan meneruskan usaha yang diperlukan bagi merealisasikannya.

Lumrah juga dalam arena politik bahawa lawan akan menggunakan apa saja untuk memusnahkan apa yang ada di dalam genggaman kita.

Tidak kurang juga mereka yang menangguk di air keruh, sering mengambil kesempatan dalam setiap krisis dan kekurangan.

Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor menyeru anggota parti dan rakyat fokus hanya terhadap meraih kemenangan bagi Dato' Seri Anwar Ibrahim di N25 Kajang.

Reformasi!

Membujur lalu, melintang patah.

Rodziah Ismail

Merangkap
Timbalan Ketua Wanita Pusat
Parti Keadilan Rakyat
dan ADUN Batu Tiga‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wanita PKR Pusat berdiri teguh di belakang Anwar

Kenyataan Media 

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

28 Jan 2014

Sayap Wanita Keadilan pusat baru baru ini telah mengambil langkah untuk berdiri teguh di belakang Ketua Umum parti Dato Seri Anwar Ibrahim dengan keputusan beliau untuk bertanding di DUN Kajang,Selangor Darul Ehsan. 

Wakil sebelum ini iaitu dari PKR Lee Chin Cheh telah meletak jawatan sebagai ADUN Kajang secara sukarela dengan niat untuk menguatkan parti PKR dan Pakatan Rakyat umumnya. Untuk itu Wanita Keadilan mengucap terima kasih kepada beliau.

Abigail Adams isteri kepada Presiden Amerika Syarikat yang kedua, pernah berkata, "keperluan utama melahirkan pemimpin yang hebat".

Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sendiri pernah menghadapi pelbagai cabaran getir dalam kareer politik beliau. Dalam masa begini, adalah amat sesuai ketokohan beliau dalam politik amat diperlukan dalam menghadapi tanggungjawab yang amat besar ini.

Keberanian yang jitu adalah kebolehan kepimpinan dalam membuat keputusan yang betul dan tepat dalam keadaan apa sekalipun.

Oleh itu, Wanita Keadilan ingin menyeru semua ahli untuk berhenti dari membuat anggapan dan spekulasi yang merugikan.

Tugas kita sekarang adalah untuk fokus pada pilihanraya kecil akan datang dan memastikan Pakatan Rakyat memperolehi majoriti yang lebih besar pada kali ini.

Kami akan mempamerkan solidariti di belakang kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim.

YB Zuraida
Ketua Wanita 
Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Ampang‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, January 28, 2014

JINGGA13 HORMAT DAN HARGAI KEPUTUSAN SDR CC LEE DAN SOKONG ANWAR IBRAHIM CALON PRK N25 KAJANG



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Kenyataan Media
JINGGA13 MALAYSIA

28 Januari 2014

JINGGA13 HORMAT DAN HARGAI KEPUTUSAN SDR CC LEE DAN PERNYATAAN SOKONGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI CALON PRK N25 KAJANG

JINGGA13 Malaysia merakamkan rasa hormat terhadap keputusan drastik yang dilakukan oleh Sdr CC Lee yang telah bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan N25 Kajang di atas prinsip kepentingan  bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat Selangor adalah satu sikap yang wajar dipuji dan dihormati.

Jasa dan perkhidmatan Sdr CC Lee kepada rakyat DUN N25 Kajang sepanjang beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sudah pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat Kajang khususnya .

Kekosongan N25 Kajang yang bakal berdepan Pilihanraya Kecil sudah tentu memerlukan seorang tokoh yang bukan sahaja mampu untuk mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat tetapi untuk memastikan agar mampu merubah lanskap politik di Selangor demi kepentingan rakyat DUN Kajang dan khususnya negeri Selangor Darul Ehsan.

Di atas prinsip tersebut JINGGA13 Malaysia menyatakan pendirian dan sokongan setinggi-tingginya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang juga merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihanraya Kecil N25 Kajang .

JINGGA13 Malaysia yakin sosok dan ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pengalaman dan kemampuan beliau akan mampu memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat di N25 Kajang serta bersama-sama pimpinan dan rakyat Selangor bagi  meneruskan agenda reformasi ke arah kemajuan dan pembangunan negeri Selangor serta mengangkat kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor agar Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan terus kukuh dan utuh.

JINGGA13 Malaysia juga menyeru kepada seluruh rakyat khususnya para pengundi N25 Kajang untuk terus memberikan sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil yang bakal ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 MALAYSIA


Saturday, January 25, 2014

TURUN 2.0 Pulau Pinang esok diteruskan biarpun Guan Eng nasihat tangguh



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Gempur akhir TURUN 2.0 P.Pinang esok sasar aman Putrajaya henti 'projek huru-hara negara'

SEBERANG JAYA - Sukarelawan TURUN 2.0 atau Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat sejak pagi tadi menggempur beberapa kawasan tumpuan awam, termasuk Foodcourt Seberang Jaya sebagai persiapan perhimpunan aman yang bermula jam 2.00 petang esok.

Koordinatornya, Khairul Ishak berkata, mereka turut akan mengedar risalah di persiaran pasar raya Queensbay dekat Bayan Baru jam 4.00 petang ini, diikuti, jam 9.00 malam serentak di Uptown Perda Bukit Mertajam, R&R Bagan Ajam dan Padang Kota Lama, George Town.

"15,000 risalah sudah habis diedar di masjid -masjid sebelum Jumaat. Kita akan gempur akhir (edar risalah) di beberapa kawasan tumpuan sejak pagi ini hingga tengah malam nanti," ujar Khairul yang juga Pengerusi NGO Bantah Anugerah keRakyatan Asing (BARA) dalam satu sidang media, selepas meninjau kawasan utama perhimpunan di Sunway Business Park Seberang Jaya.

Lokasi perhimpunan itu adalah berdepan dengan Klinik Pakar Dr. Anwar dan Pejabat Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Pengerusi Lang-Gar!, Zulkefli Saad, Amizudin Ahmat (Koordinator Jingga 13 Pulau Pinang), Zolkifly Md. Lazim (Pengerusi Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Bukit Mertajam, HAPUS, merangkap AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang), Amir Md. Ghazali (Pengerusi Skuad Keadilan Malaysia, SKUAD), Jab Samat (Ketua Cabang PKR), Norhayati Jaafar (Ketua Wanita Keadilan Malaysia) dan Nizam 'Ahli Fikir (Koordinator SAMM Pulau Pinang) turut hadir pada sidang media itu.

Jab Samat berkata, beliau berharap, perhimpunan esok dapat berlangsung secara aman seperti dirancang.

"Kita yakin, TURUN 2.0 aman seperti yang dirancang kerana Ketua Polis Negeri (Dato' Abd. Rahim Hanafiah) sendiri akan turun esok," jelasnya.

Amizudin pula berkata perhimpunan itu adalah pergerakan beberapa NGO, justeru tiada masalah untuk disertai oleh mana-mana pihak yang bersetuju untuk membantah kenaikan kos sara hidup rakyat.

"Rakyat tidak perlu takut pada bayang-bayang sendiri apabila Umno mengatakan bahawa 13 Mei akan meletus lagi disebabkan Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) sumbat kangkung dalam replika muka Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

"Usah menongkah arus kemarahan rakyat berhubung kenaikan harga barang," nasihat Amizudin kepada pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Zolkifly pula menasihatkan Putrajaya supaya segera menangguhkan projek menghuru-hara negara, melalui penyokong Umno dan Perkasa menjalankan isu perkauman serta agama di negeri ini dan Malaysia.

"Selain bantah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), TURUN 2.0 esok membawa satu mesej, bahawa seluruh rakyat Malaysia minta Putrajaya kekal keamanan dan hentikan 'projek huru-harta negara'.

Berikut adalah kenyataan berhubung proses perjalanan TURUN 2.0, esok:

SIDANG MEDIA TURUN 2.0

Sabtu, 25 Januari 2013, 10 pagi
Astaka Pasar Awam Seberang Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Himpunan Aman TURUN 2.0 atau Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat diteruskan seperti yang diumumkan sebelum ini,  iaitu pada Ahad, 26 Januari 2014 bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Rafizi Ramli ( 0173285000), Fariz Musa (0199900288) dan Din 'Blogger Sharp Shooter' (016469 5343) bersama-sama Jingga 13 serta Wanita Keadilan akan berkumpul dari Bandar Sunway.

Chegubard (017668 8404) dan Nizam (0175704272) bersama-sama grup Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan berkumpul dari Stesen Minyak Caltex-Petronas bersebelahan Lebuhraya Sungai Nyiur.

Haji Mohamad Sabu ( 0169311381), Datuk Dr.Mujahid Yusof Rawa (016440 3164) dan Major Ariffin (019433 7119) akan memimpin perhimpunan dari Masjid Taman Semilang.

Pak Jab, Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa ( 0123191985) Zulkefli Saad (0134362848) bersama-sama NGO Lar-Gar! akan memimpin perhimpunan dari Business Park.

Dari semua lokasi ini, perarakan aman menuju ke Business Park.

Kita akan sehampir mungkin ke kawasan itu secara aman kerana, difahamkan, akan berlaku sekatan trafik yang luar biasa di Business Park.

Perhimpunan aman ini dijangka akan menerima penyertaan dari luar Pulau Pinang, khususnya dari negeri Utara Semenanjung Malaysia.

Justeru, diharap semua pihak datang lebih awal dengan parkir di Tapak Pesta Seberang Jaya untuk mengelak kesesakan trafik.

Perhimpunan Utama di Business Park akan dipengerusikan oleh Pengerusi NGO Bantah pengAnugerahan warganegara Rakyat Asing (BARA) Khairul Ishak (0125487236), Pengerusi Skuad Keadilan Malaysia (SKM) Amir Ghazali (0135848386) dan Pengerusi Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS) Zolkifly Md. Lazim (0124810074).

Semua peserta bolehlah memakai baju berwarna HITAM sebagai solidariti kita semua membantah kenaikan kos sara hidup rakyat serta pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat.

Semua digalakkan membawa plakad yang membawa mesej bantahan ini dengan penuh sopan kerana kita akan berarak secara aman serta penuh disiplin.

Individu yang melakukan provokasi atau tidak mengikut etika perhimpunan aman ini adalah bukan daripada kalangan kita, serta atas tujuan penganjuran aksi murni ini.

Pihak keselamatan, iaitu Skuad Keadilan Malaysia tidak teragak-agak untuk menarik mereka yang terbabit keluar daripada kawasan kelompok perhimpunan TURUN 2.0 ini.

Sila telefon semua penama di atas sekiranya berlaku tangkapan polis dll untuk mendapatkan khidmat guaman daripada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Sekali lagi, ditegaskan bahawa TURUN 2.0 adalah perhimpunan aman. Kita akan membawa mesej keamanan untuk masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Malaysia.

Semua rakyat Malaysia dijemput turun esok! Mohon sebarkan informasi ini sekarang!

Justeru, Kita berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan di kawasan TURUN 2.0.

Kita turut berharap PUTRAJAYA MENGHENTIKAN SEMUA PROJEK MENGHURU-HARA NEGARA jika ada perancangan seperti aksi memukul pegawai kerajaan yang membabitkan penyokong daripada grup Umno dan Perkasa terbabit baru-baru ini.

Turun! Turun! Turun!

Khairul Ishak
Koordinator TURUN 2.0


Program TURUN 2.0 tetap diteruskan AHAD ini biarpun Guan Eng nasihat tangguh...


Keputusan Mesyuarat NGO-NGO malam ini sebulan suara memutuskan program TURUN yg dijadualkan pada Ahad 26 Jan 2014 di Bandar Sunway Carnival jam 2 Petang diteruskan walaupun Lim Guan Eng nasihatkan untuk tangguh.

Antara pimpinan yang setuju untuk TURUN bersama ialah YB Rafizi Ramli, Mat Sabu, YB Dr Mujahid Yusoff Rawa, YB Dr Afif Bahardin, YB Lee Khai Loon, YB Dato' Rashid TKM 1 P.Pinang, Cikgu Fariz Musa Koordinator Jingga 13 Malaysia, Chegubard dan pimpinan lain.

Rakyat tak perlu pemimpin yg penakut, rakyat tak perlu pemimpin yang lupa asal usul...rakyat tak perlu pemimpin yg ibarat kacang lupakan kulit...

Ayuh rakyat...jom TURUN Ahad ini...jumpa di sana....


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, January 17, 2014

JINGGA 13 MALAYSIA JELAJAH P.PINANG - KEMPEN BANTAH BARANG NAIK



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


JINGGA 13 MALAYSIA akan berkampung di Pulau Pinang bermula 17 - 19 Jan 2014 dalam Kem Muafakat Jingga 13 Malaysia di Yayasan Aman , Permatang Pauh, Pulau Pinang . Kem Muafakat adalah merupakan program tahunan bagi tujuan menjana muafakat yang lebih utuh untuk terus bergerak aktif dan efektif dalam memperjuangan isu-isu rakyat , anti korupsi dan menentang penyelewengan dana rakyat serta menjalankan aktiviti keprihatinan kepada rakyat .

Bermula 18 Januari 2014 , akan berlangsung Jelajah Kempen Bantah Barang Naik PeringkatNegeri Pulau Pinang . Lokasi-lokasi kempen akan ditentukan oleh JINGGA 13 PULAU PINANG . 

Kepada rakyat Pulau Pinang diseru bersama-sama JINGGA 13 MALAYSIA dan JINGGA 13 PULAU PINANG dalam KEMPEN BANTAH BARANG NAIK dan KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN BANTAH BARANG NAIK . Lokasi-lokasi , tarikh dan masa kempen akan dimaklumkan dalam blog . 

Sesiapa yang berminat untuk membeli T'Shirt BANTAH BARANG NAIK boleh dibeli dengan harga runcit RM 20 di lokasi-lokasi yang akan dimaklumkan nanti . Sumbangan pembelian T'Shirt tersebut adalah untuk mengisi tabung pergerakan Team Bantah Barang Naik yang akan menjelajah seluruh Malaysia . 


Tuesday, January 14, 2014

Jom baca koleksi balas pantun #Kangkong

Antara koleksi terbaik sesi balas pantun #Kangkung oleh rakyat Malaysia!!

Hari-hari makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Budak budak bermain kangkung,
Kangkung meliar diatas tanah,
Rakyat kurus muka dah cengkung,
Asyik kangkung yg dimamah..

Cari kangkung ditepi paya,..
Kangkung dijual dpasaraya,..
PM kangkung dh kaya raya,..
Peduli apa rakyat derita...

PM kangkung bininya pun kangkung,
Menterinya kangkung kabinetnya pun kangkung,
Kenapa UMNO menjadi kangkung?
Mungkinkah sebab memakan kangkung?

Pulau kangkung jauh ketengah,
Gunung kangkung bercabang tiga,
Hancur Umno kangkung disumpah seranah,
Hati Najib kangkung yg busuk dimaki juga

Sorong kangkung, tarik kangkung, 
sayur kangkung dlm perahu, 
dpt professor, professor kangkung, 
dpt pm pun cuma turunkan hrga kangkung

EMAS kangkung Bawa belayar,
masak kangkung didalam peti,
PTPTPN Kangkung kena bayar,
NFC KAK JAT bawak mati.....

lenggang lenggang kangkung , 
kangkung ditepi paya, 
biar rakyat tiada untung . 
asalkan keroni aku kaya.

Ramai orang menanam kangkong, 
kangkong ditanam ditepi paya, 
kalau setakat pandai berlenggang kangkong 
janganlah cuba hidup bergaya.

Makan kangkung sambil cangkung.
Goreng kangkung dalam tempurung.
Barang naik rakyat tanggung.
Menteri kaya hari hari melancong.

Kangkung tua bawak belayar.
Kangkung muda cicah mentega,
Hutang ptptn jgn lupa bayar,
Undi be end lg kan dah kena...

Goreng kangkung dlm perahu,
Sdap dimakan berada dirumah,
Dari dlu lg kta dah thu be end 2 penipu,
Untng sape lg? mst la borosmah..

Sana kangkung sini kangkung, 
Atas kangkung bawah pun kangkung, 
Depan kangkung belakang kangkung, 
Buat masa nie semuanya kangkung

Sayur kangkung d luar pagar,
Ambl galah tlg tarikkn,
Saya bdak ddk brcangkung,
Klau salah tlg panggungkn...

Beli kangkung di Pasar Selayang 
Kangkung dijual si mat Bangla 
Terima Kasih PM Tersayang 
Kangkung Murah Rakyat Bahagia

Hari-hari Makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Bantah #NajibKangkung

Hanya dgn klik link dibawah!!

http://t.co/dAc7kUFtZP

Login guna akaun facebook anda!!

Ayuh jom buat bantahan #NajibKangkung‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, January 13, 2014

Jingga 13 - Ziarah Blogger Omak Kau dan Sampaikan Sumbangan



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Semalam 12 Jan 2014,Team Sekretariat Jingga 13 Malaysia telah mengunjungi blogger Omakko di rumah beliau bertempat di Klang,Selangor.

Blogger Omakko telah memohon keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang walaupun dalam keadaan kondisi yang lemah setelah disahkan dijangkiti virus denggi dan kencing tikus oleh pihak doktor kerana memikirkan anak dan ibu beliau tiada sesiapa urusi.

Alhamdulillah berkat doa semua dan ubat-ubatan serta suplimen,kondisi Omakko semakin baik dan beransur pulih.Walaupun beliau agak pucat tetapi bersyukur ibu tanggal ini mempunyai daya juang yang tinggi dan tidak pernah menyerah kalah untuk terus kembali sihat dan pulih sepenuhnya melawan virus yang berada dalam tubuhnya demi anak beliau yang istimewa dan ibunya yang sudah lanjut usia.

Team Sekretariat Jingga13 turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan dan sumbangan ikhlas daripada komrad dan ahli Jingga13 serta sumbangan orang ramai. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia kepada blogger Omakko.Semoga sumbangan ikhlas tersebut dapat meringankan bebanan dan dapat membeli ubatan serta suplimen yang dapat menyembuhkan beliau.

Jingga 13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas di akaun milik Komrad Eja , Timbalan Setiausaha Jingga13 Malaysia bagi menguruskan dana segera membantu blogger Omakko.Semoga Allah SWT membalas jua.

- mesej whasap daripada blogger Omakko " Menerima Kunjungan kasih dari team Jingga13 di bawah seliaan chip cikgu fariz yg membawa sumbangan kepada omakkau...terima kasih tak terhingga diucapkan..hanya Allah swt saja yg dapat membalasnya."

http://omakkau.blogspot.com/2014/01/menerima-kunjungan-dan-ziarah-kasih.html?m=1

Friday, January 03, 2014

JINGGA13 BUAT LAPORAN POLIS - HARUSSANI ZAKARIA : DAKWA SEGERA ATAS TINDAKAN JENAYAH MENGHASUT DAN MENDORONG MELAKUKAN KEGANASAN , KECEDERAAN DAN PEMBUNUHAN



Kenyataan Media
JINGGA 13 MALAYSIA

3 Januari 2014

JINGGA13 LAPOR POLIS HARUSSANI ZAKARIA : DAKWA SEGERA ATAS TINDAKAN JENAYAH MENGHASUT DAN MENDORONG MELAKUKAN KEGANASAN , KECEDERAAN DAN PEMBUNUHAN

JINGGA 13 Malaysia menyelar Tan Sri Harussani Zakaria , Mufti Perak yang telah mengeluarkan kenyataan melabelkan para demonstran yang berhimpun pada malam 31 Disember 2013 sebagai " penderhaka kepada kerajaan dan "dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak) adalah merupakan kenyataan yang penuh dangkal dan tidak masuk akal sebagai seorang yang bergelar mufti dan sangat memalukan.

Tan Sri Harussani Zakaria wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan sebarang fatwa dan kenyataan sehingga bertindak melakukan jenayah iaitu menghasut dan mendorong untuk melakukan keganasan , kecederaan termasuk untuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke prhimpunan aman pada 31 Disember 2013.

JINGGA 13 Malaysia mendokong Perkara 10 perlembagaan Negara iaitu rakyat dibenarkan untuk berhimpun dan terbukti perhimpunan pada 31 Disember 2013 adalah perhimpunan yang berlangsung secara aman dan tidak berlaku kejadian yang menjurus kepada tindakan mengulingkan kerajaan sepertimana yang didakwa ioleh pihak polis dan pihak Kerajaan UMNOBN .

JINGGA 13 Malaysia bersetju dengan pandangan Bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin bahawa "..menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia.." .

Mufti Perak ini seharusnya sedar , perhimpunan tersebut adalah tanda protes rakyat terhadap tindakan Kerajaan UMNOBN untuk menaikan segala perkhimatan dan keperluan serta kenaikan kos sara hidup yang bakal ditanggung oleh rakyat menjelang tahun 2014 .

JikaTan Sri Harussani Zakaria seorang yang waras sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Mufti negeri Perak yang dilihat bukan sahaja sebagai seorang yang menjadi 'boneka dan telunjuk' Kerajaan UMNOBN tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan segani oleh rakyat .

JINGGA 13 Malaysia membuat laporan polis agar pihak polis mengambil tindakan segera di atas beliau di bawah seksyen 503 dan 505 (c) Kanun keseksaan .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia


Thursday, January 02, 2014

Ayuh ke Himpunan Pensil Merah

Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

2 Januari 2014

HIMPUNAN PENSIL MERAH ADALAH MANIFESTASI PERJUANGAN HAK KEBEBASAN MEDIA DAN MENOLAK AUTOKRASI KERAJAAN UMNOBN

JIngga 13 Malaysia menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Pensil Merah anjuran Gerakan Media Marah (GERAMM) pada 4 Januari 2014 sebagai satu tanda manifestasi kebebasan media serta kebebasan bersuara yang meraikan amalan demokrasi serta menolak amalan authokrasi Kerajaan UMNOBN.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri mengantung The Heat adalah merupakan tindakan yang tidak demokratik dan anti kebebasan media. Apa pun alasan KDN , rakyat tetap melihat bahawa penyiaran atrikel yang mengkritik Perdana Menteri dan isteri beliau berkaitan perbelanjaan mewah dan boros menyebabkan The Heat terus digantung.Sehingga sekarang KDN masih gagal membebaskan The Heat.

Kajian oleh Reporters Without Borders telah menunjukkan Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang tidak demokratik dan mengekang kebebasan media daripada tangga ke 123/179 pada tahun 2012 , semakin menurun di tangga 145/179 pada tahun 2013.

Kerajaan UMNOBN terus menggunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media.Akta Percetakan dan Penerbitan dijadikan sebagai 'senjata' dan 'bom' untuk mengawal segala tindaktanduk media yang dilihat tidak mememenuhi selera pimpinan UMNOBN.

Selain KDN , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) juga dijadikan sebagai alat oleh Kerajaan UMNOBN bertujuan mengugut para wartawan dan pengamal media,mengawal kebebasan dan hak bersuara.

Jingga13 tetap teguh menyarankan agar Akta Percetakan dan Penerbitan dikaji serta dipinda agar selari dengan hak-hak kebebasan media seperti tuntutan dalam memorandum Jingga13 kepada Menteri Dalam Negeri dan KDN pada 24 Disember 2013 lalu serta meminta agar menghapuskan permit penerbitan.

Jingga 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia, pencinta demokrasi dan kebebasan bersuara yang menjadi hak asasi setiap manusia agar bersama-sama menyertai Himpunan Pensil Merah pada 4 Januari 2014,jam 2 petang di hadapan Bar Council,Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan kepada para media dan wartawan serta menyokong hak-hak kebebasan media.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Wednesday, January 01, 2014

Perutusan Ketua Koordinator Jingga 13 Sempena Sambutan Tahun Baru 2014



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Tarikh : 1 Januari 2014

2014 TAHUN KESENGSARAAN UNTUK RAKYAT MARHEN

Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya dan kini menjelma pula tahun 2014.Dalam kesempatan ini Jingga13 Malaysia merakamkan ucapan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada ahli-ahli Jingga13 dan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tahun 2013 penuh suka dan duka,pelbagai peristiwa dan kejadian berlaku memberikan pelbagai kenangan,pengajaran dan pengalaman dalam mematangkan perjuangan kita.

Jingga13 terus bangkit dan mengorak langkah daripada sebuah NGO yang kecil sejak ditubuhkan pada 15 Mei 2011.Pelbagai pengalaman pahit manis dirasai,menempuh onak duri dan ranjau,serba kekurangan sama ada kemudahan pergerakan dan kewangan.

Ada yang menuduh Jingga13 mempunyai dana yang luar biasa,ditaja oleh badan atau orang tertentu. Semua itu adalah fitnah dan tidak benar. Jingga13 penuh kesusahan tanpa kewangan terus mengorak langkah dalam usaha membongkar dan menentang penyelewengan, rasuah dan kebobrokan pimpinan dan Kerajaan UMNOBN serta menggunakan semua instrumen sama ada melalui media sosial atau konvensional dalam menyampaikan pelbagai informasi kepada rakyat.

Jingga13 tidak pernah bersikap apoligetik terhadap sebarang perlakuan yang melibatkan kepentingan rakyat dan terus konsisten dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.

Walau keterbatasan dana,Jingga13 tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk menjalankan pelbagai aktiviti atas nama perjuangan rakyat. Jingga13 merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan daripada pelbagai pihak yang telah membantu serba sedikit dalam menjalankan aktiviti-aktiviti Jingga13. Sangat-sangat dihargai dan tidak pernah dilupakan.Begitu juga pengorbanan ahli-ahli Jingga13 yang sanggup mengorbankan duit ringgit,masa dan tenaga tanpa mengharapkan balasan.

Tahun 2014 adalah tahun kesengsaraan kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran pelbagai 'kenaikan berantai' oleh Kerajaan UMNOBN serta taikon-taikon besar yang menjadi dalang utama. Rakyat akan dibebani peningkatan kos sara hidup terutama kenaikan perkhidmatan dan keperluan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Jingga13 terus bangkit menentang segala kenaikan demi rakyat marhean khususnya memikirkan nasib yang bakal ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah,sederhana serta fakir miskin.

Tindakan Datuk Seri Najib Razak memotong 10% gaji Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Menteri dan Timbalan Menteri hanyalah bersifat populis semata-mata dan tidak memberikan impak bagi meringankan bebanan rakyat.Sedangkan Datuk Seri Najib dan pimpinan Kerajaan UMNOBN terus menggunakan dana rakyat melakukan pembaziran,penyelewengan,ketirisan dan rasuah serta projek-projek mega yang tidak memberikan kepentingan kepada rakyat serta memenuhi nafsu serakah pimpinan UMNOBN.

Semoga Tahun 2014 menjadi titik tolak kebangkitan rakyat yang akan menolak kezaliman dan mengangkat keadilan serta menentang kebobrokan demi rakyat dan negara tercinta.

Jingga 13 akan terus bergerak tanpa rasa penat dan jemu atas prinsip keprihatinan kepada rakyat. Melaksanakan pelbagai aktiviti dan program dengan lebih aktif,kondusif dan efektif.

Selamat tahun baru 2014.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Jingga 13 - Gambar-gambar Freeze Mob Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup di Dataran MBSA,Shah Alam




Jingga13 telah melakukan Freeze Mob membantah 'kenaikan berantai' yang bakal dihadapi oleh rakyat bermula Januari 2014.

Tujuan dan objektif Freeze Mob adalah memberikan kesedaran kepada rakyat untuk sama-sama membantah tindakan kerajaan UMNOBN yang telah melakukan tindakan menaikkan pelbagai kenaikan yang sudah pasti menjadikan tahun 2014 adalah tahun kesengsaraan kerana peningkatan kos sara hidup rakyat.

Freeze Mob tersebut berlangsung di Dataran MBSA,Shah Alam tepat jam 10.10malam.

Dengan memakai topeng 'Guy Fawker' atau Vandetta beserta poster bantahan,peserta freeze mob berdiri 'kaku' selama 5 minit.

Kehadiran Freeze Mob di Dataran MBSA,Shah Alam benar-benar menarik para pengunjung d'ambang 2014 oleh Kerajaan Negeri Selangor dan mendapat sokongan serta ramai yang mengambil kesempatan mengambil gambar bersama peserta Freeze Mob Jingga13.

Selepas melakukan aksi Freeze Mob di Dataran MBSA,team Jingga13 terus bergerak ke Uptown Shah Alam,Seksyen 24 untuk melakukan Freeze Mob di sana.