SharpShooter Followers

Friday, January 03, 2014

JINGGA13 BUAT LAPORAN POLIS - HARUSSANI ZAKARIA : DAKWA SEGERA ATAS TINDAKAN JENAYAH MENGHASUT DAN MENDORONG MELAKUKAN KEGANASAN , KECEDERAAN DAN PEMBUNUHAN



Kenyataan Media
JINGGA 13 MALAYSIA

3 Januari 2014

JINGGA13 LAPOR POLIS HARUSSANI ZAKARIA : DAKWA SEGERA ATAS TINDAKAN JENAYAH MENGHASUT DAN MENDORONG MELAKUKAN KEGANASAN , KECEDERAAN DAN PEMBUNUHAN

JINGGA 13 Malaysia menyelar Tan Sri Harussani Zakaria , Mufti Perak yang telah mengeluarkan kenyataan melabelkan para demonstran yang berhimpun pada malam 31 Disember 2013 sebagai " penderhaka kepada kerajaan dan "dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak) adalah merupakan kenyataan yang penuh dangkal dan tidak masuk akal sebagai seorang yang bergelar mufti dan sangat memalukan.

Tan Sri Harussani Zakaria wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan sebarang fatwa dan kenyataan sehingga bertindak melakukan jenayah iaitu menghasut dan mendorong untuk melakukan keganasan , kecederaan termasuk untuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke prhimpunan aman pada 31 Disember 2013.

JINGGA 13 Malaysia mendokong Perkara 10 perlembagaan Negara iaitu rakyat dibenarkan untuk berhimpun dan terbukti perhimpunan pada 31 Disember 2013 adalah perhimpunan yang berlangsung secara aman dan tidak berlaku kejadian yang menjurus kepada tindakan mengulingkan kerajaan sepertimana yang didakwa ioleh pihak polis dan pihak Kerajaan UMNOBN .

JINGGA 13 Malaysia bersetju dengan pandangan Bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin bahawa "..menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia.." .

Mufti Perak ini seharusnya sedar , perhimpunan tersebut adalah tanda protes rakyat terhadap tindakan Kerajaan UMNOBN untuk menaikan segala perkhimatan dan keperluan serta kenaikan kos sara hidup yang bakal ditanggung oleh rakyat menjelang tahun 2014 .

JikaTan Sri Harussani Zakaria seorang yang waras sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Mufti negeri Perak yang dilihat bukan sahaja sebagai seorang yang menjadi 'boneka dan telunjuk' Kerajaan UMNOBN tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan segani oleh rakyat .

JINGGA 13 Malaysia membuat laporan polis agar pihak polis mengambil tindakan segera di atas beliau di bawah seksyen 503 dan 505 (c) Kanun keseksaan .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia