1MDB PERLU SAHKAN SAMA ADA PERBEZAAN NILAI URUSNIAGA SEBANYAK RM2.13 BILION MELIBATKAN PENJUALAN BANDAR MALAYSIA ADALAH BERSABIT PEMINDAHAN DAN NAIKTARAF 6 KEM TENTERA UDARA
Saya merujuk kepada laporan-laporan sebelum ini mengenai perbezaan nilai urusniaga melibatkan penjualan Bandar Malaysia oleh 1MDB yang diumumkan oleh 1MDB berbanding dengan nilai yang difailkan di Bursa Hong Kong oleh China Railway Group Limited iaitu syarikat induk kepada China Railway Engineering Corp.
Laporan The Malaysian Insider hari ini memetik kenyataan Presiden/CEO 1MDB, Arulkanda Abdullah bahawa perbezaan sebanyak RM2.13 bilion itu adalah melibatkan beberapa liabiliti dan kos melibatkan pemindahan kemudahan sedia ada yang perlu dirundingkan oleh 1MDB dan konsortium pembeli yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China itu yang akan dimuktamadkan menjelang Jun 2016.
Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami betapa mengejutkan pengesahan yang dibuat oleh Arulkanda Abdullah hari ini.
Untuk pengetahuan umum, tanah yang ingin dibangunkan sebagai Bandar Malaysia dan dianugerahkan kepada 1MDB oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak sekarang ini menempatkan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi. Sebelum ini 1MDB bersetuju untuk memindahkan kemudahan Kem TUDM itu dan menaiktarafkan 6 pengkalan TUDM yang lain dan satu kem polis udara sebagai pertukaran tanah di Sungai Besi itu dipindahmilik kepada 1MDB. Saya dimaklumkan kem-kem tersebut antara lainnya ialah Kem TUDM Kuantan, Kem TUDM Gong Kedak, Kem TUDM Senawang, Kem TUDM Butterworth dan Kem Polis Udara Ipoh.
Arulkanda Abdullah hari ini mengesahkan bahawa perbezaan RM2.13 bilion (iaitu nilai urusniaga yang diumumkan adalah RM2.13 bilion lebih tinggi dari apa yang difailkan oleh China Railway Group Limited) untuk mengambil kira kos-kos pemindahan dan kemudahan sedia ada di tanah tersebut.
Ini bermakna liabiliti 1MDB untuk memindahkan kemudahan sedia ada di Kem TUDM Sungai Besi belum disempurnakan oleh 1MDB. Apabila pegangan saham di dalam projek pembangunan Bandar Malaysia dijual kepada konsortium yang dianggotai oleh syarikat milik Kerajaan China ini, ada kemungkinan besar liabiliti untuk memindahkan kemudahan sedia ada di Kem TUDM itu turut ditanggung oleh konsortium pembeli itu.
Jika ini benar-benar berlaku, ini membawa implikasi besar kepada kedaulatan negara dan pertahanan negara seperti berikut:
1. Apakah konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China ini akan terlibat di dalam keputusan-keputusan yang membabitkan pemindahan kemudahan ketenteraan TUDM?
2. Apakah konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China ini berhak membuat keputusan mengenai kos yang membabitkan pemindahan kemudahan ketenteraan TUDM?
3. Apakah jika konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China ini enggan membayar jumlah RM2.13 bilion, itu akan menjejaskan proses pemindahan kemudahan ketenteraan TUDM sedia ada?
Hakikat bahawa syarikat China Railway Group Limited telah memfailkan nilai urusniaga yang lebih rendah sebanyak RM2.13 bilion bermakna ia telah pun memasukkan liabiliti kos pemindahan kemudahan sedia ada yang dirujuk oleh Arulkanda Abdullah di dalam kenyataannya hari ini.
Justeru, saya menyeru supaya Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri memberi penjelasan kepada soalan-soalan di atas secepat mungkin kerana tidak ada mana-mana negara berdaulat yang wajar melibatkan syarikat yang dimiliki negara lain di dalam apa-apa keputusan yang membabitkan kelengkapan dan kemudahan ketenteraannya, terutamanya memandangkan Kem TUDM Sungai Besi adalah salah satu kem tentera udara paling penting di negara ini.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
vbg · 481 weeks ago
Budak Budak Dilarang Masuk !!
Jom Terjah >>> KLIK SINI !! <<<
Abu Bakar · 481 weeks ago
1MDB kata Konsortium IWH-CREC dikuasai 60% oleh IWH dan 40% oleh CREC, tetapi dalam pengumuan oleh CREC dalam Bursa Hongkong bertarikh 01 Januari 2016, CREC kata dia akan bayar untuk sebahagian dari 60% ekuiti Bandar Malaysia yang berharga RM 5.279 bilion itu pada harga RM 2.639 bilion, ini bermakna 50% dari nilai 60% ekuiti Bandar Malaysia itu, pasal apa 1MDB kata CREC hanya kuasai 40% sahaja dari 60% ekuiti Bandar Malaysia itu sedangkan CREC nyatakan dia bayar kos yang bersamaan 50% dalam 60% ekuiti Bandar Malaysia tu?
Sekarang ni apakah 1MDB nak tuduh CREC membuat pengumuman palsu di dalam Bursa Hongkong itu ke?
Atau apakah pihak 1MDB nak saman CREC berdasarkan percanggahan maklumat ini dengan menuduh CREC menipu dalam pengumumannya itu?
Bila nak saman, hari Selasa lagi ke? Tak tahulah Selasa bila, macam isu saman WSJ, dah berbelas Selasa sejak bulan Julai yang lalu, sampai sekarang tak saman-saman lagi, semalam pun Selasa juga, tapi tak dengar atau nampak apa-apa berita mengenai saman Najib terhadap WSJ itu pun.
Sebenarnya Najib, kuncu-kuncu, serta pengikut membuta tulinya itu hanya merapu sahajalah yang lebih, auta sana, auta sini, tipu sana, tipu sini, bohong sana, bohong sini, sampai bila nak jadi pembohong ni, tak malu ke?
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar