SharpShooter Followers

Sunday, April 10, 2016

UMNO Kalah Cina Memerintah?

UMNO Kalah
Cina Memerintah?
------------------

Saya telah berhenti minum pagi di R&R Temerloh pagi ini.

Selepas minum pagi saya akan menyertai kawan2 di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang dalam siri lawatan ke seluruh negara yang bertema 'Melayu Bermaruah' -
Selamatkan Malaysia.

Semasa minum pagi di R&R tersebut saya duduk bersebelahan dengan seorang anak Melayu sambil saya makan semangkok lontong.

Di hadapan beliau ada seorang lagi anak Melayu.

Mengenali saya anak Melayu yang duduk sebelah saya berkata "Kalau Umno kalah nanti Cina DAP mererentah negara".

Dalam hati saya berkata berkesan sungguh kempen orang2 Umno bahawa jika Umno kalah Cina akan berkuasa.

Saya telah dapat menerangkan sedikit kepada kedua2 anak Melayu tersebut yg itu cuma helah orang2 Umno.

Mereka takut orang Melayu beralih sokongan, lari daripada Umno dan menyokong parti2 dalam Pakatan Harapan seperti PKR, Amanah dan DAP termasuk juga Pas.

Saya beri tahu kedua2 mereka perkara itu tak betul.

Di Selangor bila Barisan Nasional kalah Menteri Besar tetap orang Melayu. Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu, Pegawai Daerah2 Melayu, PKNS Melayu, Perangsang Melayu, MBSA Melayu, MBPJ Melayu....  malah semua kekal macam biasa ... Melayu.

Begitu juga semasa Pakatan Rakyat memerentah di Kedah, Perak dan juga di Kelantan pemerentah adalah di tangan Melayu.

Cuma di Pulau Pinang Ketua Menterinya Cina.

Tapi di Pulau Pinang memang selama2nya Ketua Menterinya Cina.

Wong Pau Nee, Dr Lim Chong Yu, Dr Koh Su Koon dan sekarang Lim Guan Eng.

Selain dari Pulau Pinang semuanya Melayu. Dari Perlis hingga ke Sabah.

Saya tanya kepada mereka apa yang orang Melayu nak takut?

Semuanya Melayu.

Sultannya Melayu.
Perdana Menteri Melayu. Timbalan Perdana Menteri Melayu. Menteri2 ramai Melayu. Tentera Melayu. Polis Melayu. Pegawai Kerajaan Melayu.

Malah semuanya Melayu.

Saya bertanya kepada mereka bagaimana Cina nak memerentah bila hampir semua jawatan penting dipegang orang Melayu.

Mereka tak boleh jawab.
Mereka tak mampu jawab. Sebab alasan mereka tak kukuh.

Sebenarnya anggapan Umno kalah Cina memerentah tak betul. Karut.

Ini hanyalah rekaan orang2 Umno.

Apa yang orang2 Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain2 mahu ialah mereka mahu pemimpin2 yang lebih baik, lebih amanah dan hidup secara sederhana.

Selepas setengah jam saya memberi hujjah saya beredar menuju ke Felda Bukit Goh, Kuantan.

Sepanjang saya berbicara dengan mereka tidak ada langsung mereka mencelah dan mengemukakan apa2 alasan yg menguatkan hujjah 'Umno kalah Cina berkuasa'.

Bagi saya orang2 Melayu masih confuse dan tak tahu membezakan parti dan kuasa.

Inilah cabaran pada kita yang bergerak ke seluruh negara.

Orang Cina bukan nak ambil alih kuasa dari orang Melayu. Orang Cina nakkan pemimpin Melayu yang amanah, baik, sederhana dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik.

Ramai orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak serta yang lain2 berharap Pakatan Harapan terdiri Dari PKR, Amanah, DAP serta Pas boleh melakukannya.

Selamat berjuang.

TS Muhammad Muhammad Taib

Felda Bukit Goh

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Undang2 tubuh kerajaan negeri memang meletakkan syarat menteri besar mesti orang Melayu. Tapi untuk kerajaan persekutuan, tiada syarat Perdana Menteri mesti dari kalangan orang Melayu. Itulah maksudnya UNMO kalah cina akan memerintah. ADA FAHAM??
3 replies · active 467 weeks ago
Piiiiiirah's avatar

Piiiiiirah · 467 weeks ago

Di Malaysia, 30% Cina, lebih kurang 70% orang Melayu. Kalau UMNO kalah Cina akan memerintah??? Itu pon KALAU majoriti 70% Melayu setuju. Tapi ndak kah dia orang setuju? Apa lah bodoh kau ni! Aku dan ramai lagi yang anti UMNO pon tak setuju Cina memerintah, ADA FAHAM???
70% Melayu tu daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Yang akan pilih bakal perdana menteri tu ahli parlimen. Berapa ramai ahli parlimen pakatan tu Melayu? 70% ke?? ADA FAHAM??!!
Parlimen Malaysia 13

Jumlah ahli parlimen pakatan 89
Melayu 35, bukan Melayu 54
peratusan 35%

Tak sampai separuh pun. majoriti??? KAH KAH KAH

sumber https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Dewan_Rakyat,_...
UMNO ni memang kerjanya menipu dan memfitnah. Perkara ni dah lama dah berlaku sejak dari zaman mahathir lagi pun ada cerita2 bodoh dan dongeng yang tak masuk akal seperti parti pembangkang akan memulakan rusuhan kalau menang PRU. Kalau difikirkan atau kalau orang melayu berfikir dengan menggunakan otak bukan dengan emosi, tak logik untuk parti pembangkang merusuh kalau depa dah menang. Yang buat kerja merusuh ni biasanya puak yang kalah especially kalau depa ada geng2 macam jamal tongkol dan Ali tinju ponggong.

Tapi biasalah orang melayu n terutama kat pendalaman nu, suka bebeno percaya kat dongeng dan benda karut marut. Kalau depa boleh percaya kat cerita dewa dan dewata yang turun dari kayangan, tak mustahil mereka percaya kat perkara karut macam orang2 cina yang hanya 30% dari rakyat negara ni boleh perintah Mesia ni yang mana Rajanya melayu, Jeneralnya melayu. KSUnya melayu, KPNnya melayu dan semuanya kakitangan kerajaan diketuai oleh melayu. Dan ini lah juga dongeng yang dok dipercaya oleh Pak Tuang Presideng PAS tu. Kalau "tok guru" yang banyak ilmu agama pong boleh terpedaya dengan cerita tipu lagi dongeng, orang melayu yang kerjanya dok percaya kat Utusex, Berita hairan dan TV 3/4, apatahlagi! Ye tak? Atau ke, Pak Tuang Presideng tu special kes bengongnya?

Nick.
Cape Tiger.
Elok lah kalah, pelingkup orang Melayu, menyusahkan orang Melayu,,,,,,,puak2 dia je yg hudup senag lenang.... HARAMJADAH!!!!!! Tengok negeri yg cina perintah, hutang dgn K'jaan Pusat paling cipuuuut, negeri lain, hutang banyak sbb nak projek banyak......MASYUUUUUK....
sebab ramai lagi yang boddo tu yang buat omno serronok
kerusi mp untuk bukan melayu tak cukup untuk bentuk kerajaan pun

Post a new comment

Comments by