Ramai pihak mengecam tindakan Chua Soi Lek hari ini kerana menghina Islam. Malah menghina cara Islam, dan hukum hakam Islam. Perkara ini merupakan perkara yang series dan boleh menyebabkan Orang Islam berpecah belah. Ini juga merupakan kes hasutan. Jaminan yang diberikan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkaitan Isu Hudud (tidak akan melaksanakan hudud) membuatkan Presiden MCA, Chua Soi Lek semakin berani menghina Hukum Islam.
Kenyataan Najib juga dikatakan membuka ruang seluas-luasnya kepada Chua Soi Lek untuk terus menghina Islam. Berikut merupakan ''statement'' Chua Soi Lek dalam akhbar miliknya -The Star (here)
Chua Soi Lek yang juga presiden MCA sebelum ini pernah menghina Islam yang melarang lelaki dan perempuan untuk bersentuhan Kulit. Chua Soi Lek juga pernah terkantoi mengadakan hubungan Seks. Bagaimana seorang lelaki yang bernama chua soi lek yang pernah melakukan Seks dan kantoi pula dipilih dan dijadikan Pemimpin. MCA merupakan komponen Parti Barisan Nasional. Bagaimana dalam UMNO yang kononya Parti yang membela nasib Agama Islam boleh mempunyai pemimpin seperti ini.
Kalau hendak dijadikan pengajaran, Tiger Woods, Pemain Golf Dunia yang kantoi melakukan hubungan seks telah dikutuk seluruh dunia, dan pelbagai agensi yang sponsor beliau telah menarik balik sponsor tersebut. Ini membuktikan bahawa masyarakat luar, masyarakat barat lebih mementingkan maruah berbanding dalam Barisan Nasional, yang sanggup menggadaikan maruah Parti apabila menjadikan pemimpin yang boleh digelar corrupt sebagai peneraju MCA. Beliau bukan sahaja corrupt, malah beliau merupakan seorang pemimpin yang layak digelar ''kurang ajar'' kerana menghina hukum Islam.
Di manakah Barisan Nasional yang dikatakan sebagai membela nasib rakyat dan Agama. Apakah mereka tidak mengambil tindakan akan perkara ini? Perkara ini akan menimbulkan kemarahan Masyarakat Islam. Menurut salah sebuah badan Bukan Kerajaan (NGO) - nama dirahsiakan - meraka akan membuat laporan Polis pada 31 Oktober 2011 Nanti. Mintak semua yang baca dan share untuk menyokong kita membuat laporan polis terhadap Chua Soi Lek.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Fakta pertama yang buatkan umno demam panas... Hutang Kerajaan Negeri P.Pinang Tahun 2008 - Hutang B-end umporno (tahi b-end umporno) - RM630 juta Tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah P.Pinang telah berjaya membayar hutang lapok b-end umporno... Tahun 2011 - hutang lapok b-end hanya tinggal RM29 juta. 95% hutang telah dibayar oleh Pakatan Rakyat, terbaik di seluruh Malaysia.
Jangan cari dalam berita TV3 suku, memang tak jumpa, yg jumpa hanyalah singh yang nak karam ..hahaha
Sepatutnya umporno b-end berterimakasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah sudi membayar hutang lapok umporno b-end.
Yang lain tu bacalah sendiri...semua tu fakta bukan auta macam zahrain, fairus, zul noordin dan raja sesumpah....klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal umno-online.com berhubung laporan berjudul "Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng makin berputar belit".
Laporan itu mendakwa Lim berputar belit bagi mengaburi mata rakyat termasuk memberikan alasan anaknya ditukarkan sekolah kerana mahu berambut panjang.
Bagaimanapun, pada 19 Oktober lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina, melaporkan Lim memindahkan anaknya dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier’s kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar sekolah itu.
"Ini satu lagi fitnah. Saya tidak pernah berkata perkara seumpama itu. Ini bukan sesuata tuduhan oleh blog pro-Umno, ini media rasmi parti,” katanya.
Lim juga mengemukakan salinan laporan Guang Ming Daily, yang menafikan bahawa ia membuat laporan dan ulasan seperti yang didakwa oleh Umno Online.
Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo mendakwa bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.
Ketua Menteri itu juga didakwa membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa gadis itu untuk menutup skandal berkenaan.
Namun gadis yang dituduh itu, Anya Ann Corke, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.
Lim juga menjelaskan, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.
Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.
"Apa kata Timbalan Perdana Menteri sekarang?” soalnya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali di Time Square Pulau Pinang, semalam.
Lim masih tidak berpuas hati dengan Muhyiddin yang dilaporkan berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."
Sharpshooter -
Kapal layar belayar sudah.... Tertulis dalam lipatan sejarah... UMNO dulu HARAM SUDAH... UMporNO kini hanya tahu citer lucah...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
KEADILAN Selangor merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Seri Noh Omar dalam maksud 'ketirisan' dan 'hutang' yang disiarkan akhbar hari ini. Jelas ia adalah satu respon mentaliti rendah dari seorang yang bergelar Menteri. Tiris dari segi maksud sudah tentulah berlaku kebocoran, tak kira kecil atau besar jumlahnya.
Apakah bukan satu 'ketirisan' dalam pentadbiran Noh Omar apabila dengan nyata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyegerakan untuk melaksana sebanyak 135 projek kepada 1,746 sub projek (rujuk m/s 20 Laporan Ketua Audit Negara) tetapi ‘berhutang’ pemberian insentif kepada petani kecil dan miskin?
Kementerian ini menerima peruntukan sebanyak RM2.894 billion tetapi perbelanjaan pula adalah sebanyak RM2.906 billion. Maka terlebih 'tiris' oleh kementerian sebanyak RM11.94 juta. (Sumber: m/s 14 laporan Ketua Audit Negara) Kalaupun saya dituduh tidak mengetahui makna tiris dan hutang oleh Menteri terlibat, yang pasti saya mengetahui sedalamnya derita beban yang ditanggung oleh petani kecil disebabkan kelemahan pentadbiran Noh Omar yang lebih mementingkan pelaksanaan projek-projek yang sudah tentu menguntungkan kroni tetapi daleh dengan seribu satu alasan apabila melibatkan petani kecil.
Adakah ini halatuju baru kementerian yang cuba digarap oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani? Projek dahulu, Petani kemudian?
Sewajibnya insentif kepada petani ini ‘didahulukan’ berbanding pelaksanaan projek terpilih yang mana boleh dikaji keutamaannya. Unjuran oleh kementerian juga telah berbeza besar yang bermaksud kementerian sendiri gagal memberikan resional bajet pemberian insentif. Insentif kepada petani yang susah, kepada orang miskin boleh berhutang, boleh di tangguh, boleh di kurang tetapi projek kepada kroni jika perlu boleh pula di pohon bajet tambahan tanpa perlu menunggu bajet baru.
Rang Undang Undang yang di tarik sebelah pagi, boleh pula diselitkan sebelah petang oleh rakan Menteri Noh Omar kerana di sana ada banyak peluang 'ketirisan' untuk terus merompak harta orang kampung. Inikah visi baru kerajaan BN dan kementerian Noh Omar? Jawaplah kepada Ketua Audit Negara dan rakyat, bukan kepada saya atau kepada KEADILAN Selangor!
KEADILAN Selangor kembali bertanyakan soalan pokok kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan penggantungan tapak perniagaan di pasar tani Shah Alam baru baru ini. Jawapan balas beliau berhubung persoalan ini langsung tidak di sentuh, bahkan menyimpang jauh dari topik isu. Kenapa tidak mahu menjawap persoalan sebenar? Gentarkah dengan bukti nyata yang ada di tangan KEADILAN Selangor?
Soalan yang dikemukakan amat mudah; kenapa zalim sangat memberhentikan perniagaan ibu tunggal yang lemah dan mempunyai tanggungan tiga anak ini? Sebagai seorang Menteri yang berkuasa penuh pada agensi di bawah kementerian, seharusnya jawapan Menteri adalah jujur, ikhlas dan membantu menyelesaikan sengsara yang terpikul di bahu pengadu. Apa yang cuba dipesongkan oleh Noh Omar tidak lebih sebagai alasan untuk lari dari tanggungjawap menjawap persoalan pokok!
Saya tidak teruja dan tidak ‘terbakar dengan api provokasi‘ Noh Omar agar saya belajar semula kerana itu tidak membantu peniaga ini mendapat semula hak niaganya. Saranan itu tidak langsung mempercepatkan peniaga ini mencari rezeki semula bagi menyara dirinya sekeluarga.
Saya dengan rendah dirinya menyatakan tidak keberatan untuk berlajar lagi kerana menuntut ilmu adalah wajib, bahkan belajar sehingga sampai ke liang lahad adalah disarankan dalam agama dengan mencadangkan agar Noh Omar juga kembali ke sekolah semula bagi belajar cara cara menjawap soalan.
Soalan saya mudah, kenapa begitu kejam tindakan pada seorang ibu tunggal yang kebetulan tidak dapat hadir menyambut Menteri hingga perlu di tabur pasir ke periuk nasinya? Kenapa lakukan kezaliman ini? Apakah ibu tunggal ini orang kaya seperti Khir Toyo? Dan jika amat kaya seperti ADUN Sementa sekalipun, perlukah di sekat rezekinya hanya semata mata tidak dapat hadir program Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani? Jawap soalan ini Dato Seri!
KEADILAN Selangor ingin tegaskan, surat hitam putih dan tindakan ‘ala penguatkuasa Tunisia’ ini benar benar berlaku di bawah seorang Menteri bernama Noh Omar!
Cabaran KEADILAN Selangor kepada Noh Omar adalah, jika benar Menteri mendahulukan rakyat, beri semula tempat niaga pada ibu tunggal ini dalam tempoh 7 hari. Jika Menteri gagal selesaikan aduan peniaga ini dengan menarik balik penggantungan yang di buat maka adalah jelas, Noh Omar 'kepala mahazalim' yang mewakili UMNO BN adalah kelompok orang sombong, kejam dan tidak berhati perut pada rakyat. Rakyat seluruh negara wajar menolak kepimpinan mereka yang tidak berperikemanusiaan seperti ini.
Untuk kesekian kalinya, KEADILAN Selangor ingin sebutkan peniaga ini di gantung atas alasan tidak hadir program perjumpaan bersama Noh Omar pada 19 september 2011 yang lalu. Apakah wajar anak anak peniaga ini di biar menjadi mangsa kelaparan kerana tiada wang untuk berbelanja atas ketidakhadiran ibunya berbaris menyambut Noh Omar? Kesalahan ini pun belum tentu dapat dibuktikan tetapi hukuman telah dijalankan. Undang undang dan peraturan manakah yang agensi di bawah kawalan kementerian guna pakai?
Kita bukan di negara Afrika atau Timur Tengah yang perlu zalim pada rakyat sendiri seperti ini. Atau apakah ilmu zionis ajaran APCO sudah meresap masuk dalam agensi kementerian hingga tindakan melampau ini di buat? KEADILAN Selangor mencabar Noh Omar menjawap dengan tepat isu ini dan memohon maaf kepada semua peniaga terlibat. Usah berdolak dalik lagi dengan mengalih perhatian pada perkara lain.
Sekali lagi KEADILAN Selangor tegaskan, Noh Omar MESTI memastikan agensi di bawah kementeriannya yang bernama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA memansuhkan penggantungan kepada peniaga pasar tani pada 16, 23, 30 Oktober dan 6 November 2011 dengan segera. Peniaga ini memerlukan tapak niaganya semula kerana itu sahaja punca pendapatannya. Kemana dia harus pergi jika tapak niaganya di gantung? Apakah Noh Omar mahu membiayai semua keperluan peniaga ini dan keluarganya? Noh Omar adalah orang yang bertanggungjawap jika berlaku sesuatu pada keluarga ini kerana surat penggantungan ini pasti di buat atas restu Menterinya.
KEADILAN Selangor menyeru rakyat seluruh negara melihat tingkah laku Timbalan Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional Selangor yang bongkak dalam menunjukkan kekuasaannya. Inikah sikap seorang pemimpin yang kononnya bakal menjadi Menteri Besar Selangor?
Mari kita doakan bersama agar negeri ini tidak mempunyai seorangpun pemimpin yang bersikap sedemikian tidak kira dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat. Semoga kes ini membuka mata rakyat agar tidak sewenang wenangnya memberi kuasa kepada 'Singa yang menjadi pengawal kambing'. Lagak mereka tidak ubah seperti samseng jalanan. Jika mereka di beri kuasa lagi pasti habis semua peniaga di gantung jika tidak mengikut kemahuan mereka. Apakah ini yang rakyat mahu? Jawapannya TIDAK pada UMNO BN! Ayuh, selamatkan Malaysia!
Shuhaimi Haji Shafiei Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Ahli Majlis Pimpinan Pusat / ADUN Sri Muda
No 6, Tingkat 2, Jln Anggerik Vanilla R31/R, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam Tel: 51220050
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
TAMU UNDANGAN KHAS := YB FUZIAH SALLEH - MP KUANTAN YB LAW CHOO KIANG - EXCO PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
ANJURAN - YB ONG CHIN WEN - ADUN BUKIT TENGAH BERSAMA JKKK KEBUN SIREH DAN PERTUBUHAN WANITA MITHALI P.PINANG (WATAMI) SERTA WANITA KEADILAN BATU KAWAN
MAI JANGAN TAK MAI....
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Anwar Ibrahim menegaskan KEADILAN bersama-sama Pas tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang bakal diadakan di Shah Alam, 22 Oktober ini.
Menurut Anwar, Pas semalam membuat ketetapan tidak menyertai himpunan berkenaan, malah beliau juga difahamkan terdapat beberapa NGO Islam yang telah menarik diri dari terlibat dengan program itu.
“(Justeru), Keadilan mengambil sikap dan pendirian yang sama (iaitu) tidak bersama dan menyertai perhimpunan tersebut. Apa yang lebih penting, kedudukan Islam yang perlu dipertingkatkan,” kata Anwar pada sidang media di parlimen hari ini.
Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata, Pakatan mengambil pendirian tidak mahu perhimpunan anjuran beberapa NGO Islam itu diperalatkan untuk menimbulkan keresahan antara agama dan kaum di negara ini.
Menurutnya, isu akidah memerlukan pendekatan dakwah secara berhemah di kalangan umat Islam, dan bukan dengan menganjurkan perhimpunan yang boleh mencetuskan polemik antara agama.
Tambah beliau, isu seperti perjudian dan arak yang ditimbulkan juga tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan kristianisasi kerana ia merupakan masalah umat Islam yang harus ditangani dengan baik.
“Itu (soal moral) masalah umat. Masalah kepincangan sosial, rasuah yang berleluasa, kezaliman, itu juga isu yang dekat dengan akhlak.
“Jadi, kalau (masalah) itu tidak ditangani, (perhimpunan) bukan cara dan pendekatan dakwah yang baik,” kata Anwar.
PAS semalam memutuskan untuk tidak menyertai Himpun yang berlangsung Sabtu ini kerana ia tidak melibatkan parti-parti politik.
“PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,” kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyaatan dikeluarkan tengah malam tadi.
Serentak itu, PAS Selangor juga mengambil pendirian tidak akan menyertai perhimpunan itu yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bagi membincangkan isu murtad.
Sementara itu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung Sabtu ini.
Keputusan ini diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali untuk melibatkan diri dalam himpunan tersebut kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.
"PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama,"
Hadi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Mengulas lanjut pengecualian PAS dari menyertai HIMPUN, Hadi menjelaskan bahawa sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 petang hingga 5.30 petang.
Panganjuran HIMPUN adalah satu inisiatif dari pelbagai pertubuhan dan individu Islam sebagai satu wadah untuk menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.
Penganjur HIMPUN pada Selasa lalu memberi jaminan bahawa HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.
Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi seperti Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.
Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.
"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.
Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".
Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Video Pimpinan Pakatan Rakyat selar blogger umporno memfitnah
Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-Umno sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger Umno yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan, lapor Roketkini.
“Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu.
“Ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.
“Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu difitnah, dikecam dan diserang tanpa sebarang bukti oleh para pemimpin Umno dan blogger upahan mereka serta lidah rasmi Umno, iaitu Utusan Malaysia dan media umum yang dikawal oleh Umno-BN, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan mengingatkan agar ahli-ahli politik Umno memahami perasaan sebagai seorang ayah.
“Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini,” ujarnya.
Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan beberapa pemimpin Umno dan blogger yang menyebarkan fitnah tentang anaknya yang berpindah sekolah kerana kononnya meramas buah dada seorang pelajar.
Beliau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku:
“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.
“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.
“Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya.
Guan Eng juga kesal apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu.
Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: “@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.” (http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536)
Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi Umno Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.
Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah itu yang bertujuan menjatuhkan beliau.
“Oleh itu, Umno perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya,” katanya.
Beliau mencabar mereka yang menyebarkan fitnah itu agar mencerminkan diri sebagai seorang ayah.
“Tanyalah (diri sendiri) sama ada mereka mahu anak mereka menerima trauma dari penipuan kejam itu,” katanya.
Dalam masa sama, Guan Eng menjelaskan beliau dan isterinya akan tetap sabar dan berdoa serta cuba sedaya upaya memulihkan trauma anaknya itu, akibat kekejaman yang dilemparkan oleh pemimpin dan blogger pro-Umno itu.
Beliau berkata adalah haknya untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut sebagai ketua keluarga yang akan sentiasa mempertahan dan melindungi keluarganya dari sebarang ancaman. – Roketkini.com
Penduduk Kg Sg Nibong Besar menarif nafas lega....
Juak-juak umporno buat kacau - Saya berjaya menghentikan Perobohan 12 Rumah Kampung di Kg Sg Nibong Besar pagi tadi. UMNO datang tak buat apa2, cuma keruhkan air dan cuba buat kacau. UMNO/BN tak buat kerja untuk orang kampung, sekarang nak ambil kesempatan politik. BN ini dah takde model lagi - YB Sim Tze Tzin
Kemenangan Rakyat: 12 rumah Kg Sg Nibong Besar terima pampasan 1 rumah ganti 1 rumah + RM5000 pemindahan (jumlah RM47,000). Semua selesai dalam 24 jam. UMNO/BN pandai main politik tapi apa pun tak buat. Pakatan Rakyat yg bela Rakyat - YB Sim Tze Tzin
Syabas dan tahniah kepada YB Sim Tze Tzin Adun Pantai Jerejak yang berjaya berjuang bersama rakyat untuk menerima pampasan yang sewajarnya....
Hayati luahan rasa penduduk Kg Sungai Nibong Besar dalam video tersebut.........
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Empat saksi yang dibawa pasukan pendakwa hari ini gagal mencabar kredibiliti keterangan pakar pihak pasukan pembela yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fizikal tidak berupaya untuk meliwat sesiapa, kata peguamnya hari ini.
Hari ini, mahkamah mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai.
Mereka hadir sebagai saksi pendakwa selepas pasukan pembela menutup pembentangan kes mereka semalam.
Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat.
Semalam, Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa empat saksi pihaknya akan mengetepikan keterangan Dr Hoogland tentang keupayaan Anwar melakukan perbuatan yang didakwa — meliwat Saiful.
Peguam pembela memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menutup kes peringkat pembelaan dan tiada bantahan jika pendakwa mahu membawa saksi-saksi baru.
Dr Hoogland sebelum ini memaklumkan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat Saiful ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.
Dr Hoogland, yang mengendalikan pembedahan ke atas Anwar di Munich, Jerman pada 2004 berkata, Anwar berhadapan dengan tiga masalah iaitu stenosis leher, artrisis dan kerosakan laluan saraf yang tidak membolehkan beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kuat.
Pakar itu berkata sudah pasti Anwar berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau mengadakan hubungan seks melibatkan posisi membongkok dan berlutut.
Hari ini, tiga saksi pertama memberi keterangan bahawa peguam-peguam Anwar menerima satu salinan laporan perubatan pada 16 Julai 2008 — yang diambil selepas Ketua Pembangkang itu diminta menjalani pemeriksaan perubatan ketika ditahan antara 16 dan 17 Julai 2008.
Terdapat dua laporan perubatan, yang kedua-duanya ditandatangani oleh Dr Jayaindran manakala yang kedua ditandatangan bersama oleh doktor fizik kerajaan Dr Ee Boon Leong.
Sementara keterangan tiga saksi dibuat di mahkamah terbuka manakala keterangan Dr Jayaindran pula dijalankan menggunakan kamera.
“Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland,” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan.
Butiran keterangan Dr Jayaindran tidak diketahui malah Sankara pula enggan menghuraikan dengan lanjut.
“Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti (pendakwa) dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland,” kata Sankara.
Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.
Anwar dituduh melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Mai Penang jangan tak mai....jambatan kedua dah nak siap...projek kerajaan pusat punya sama seperti jambatan pertama yang sedia ada....duit tol semua pusat yang sapu...
Tiba-tiba teringat senatak raja sesumpah ezam yang pernah suatu ketika dulu melalak riuh rendah tentang projek jambatan kedua yang diberi tanpa tender terbuka....sekarang kenapa senatak raja sesumpah tak melalak lagi tentang projek jambatan kedua P.Pinang yang diberi tanpa tender terbuka? perut dah kenyang ke....
MERCU TANDA BARU... Deretan tiang konkrit dibina bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bakal menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai merupakan jambatan sejauh 24 kilometer yang terpanjang di Asia Tenggara. Projek pembinaan jambatan itu bermula pada 2008 dan dijangka disiap pada 2013.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor mengadakan lawatan kerja ke tapak projek jambatan berkenaan di sini, Isnin. Jarak antara Jambatan Pulau Pinang dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah kira-kira lapan kilometer dimana ianya merupakan jambatan pertama di dunia menggunakan bahan dari getah bagi menghadapi menyerap gegaran gempa bumi.-Foto BERNAMA
Selamat datang ke Pulau Pinang....jom layan lagu Kumpulan Crosstown di bawah...:-)
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini “sebagai kurang ajar.”
Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.
“Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.
Dr Mahathir, Canselor Universiti Teknologi Petronas, diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.
Dalam kenyataannya hari ini, Aziz berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor.
Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh “derhaka” dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.
“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata beliau.
Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.
“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.
Sharpshooter - Tak payah dok layan sangat lah orang tua tuuuu....rakyat tak lupa siapa yang menderhaka kepada Raja....tengok bukti di bawah tu....
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sehari dua memang sibuk sangat membuat persiapan Majlis Perasmian Bilik Gerakan dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Dun Bukit Tengah dan Bukit Tambun.
Majlis akan berlangsung pada malam ini :-
Tarikh : 14 Okt 2011 Hari : Jumaat Masa : 8.00 malam Lokasi : Bilik Gerakan Utama Dun Bukit Tengah berhadapan dengan Pasaraya Carrefour di Bukit Minyak.
Majlis akan dirasmikan oleh YB Dato' Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.
Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu.
Dipetik Bernama Online, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.
Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori ‘Rujuk Lain-Lain Agensi’.
“Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.
“Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.
“Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM,” katanya.
Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.
Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Khabarnya rosmah sekarang dah mula berjinak-jinak pulak dengan hal urus takbir kewangan negara , bakal menteri kewangan baru malaysia nei akan memulakan tugas-tugas rasminya sebagai menteri penuh jika umnoapco sekali lagi menang PRU13 nanti.
Petikan berita dari bernama baru-baru ini menyatakan bahawa rosmah hadir bersama membantu suami yang amat disayanginya dalam persediaan terakhir pembentangan badjet negara, sudah pasti rosmah yang sangat bijak itu juga turut menyumbangkan beberapa idea yang dirasakan sesuai.
Mungkin secara peribadinya najib dan jemaah kabinet berpendapat rosmah la yang paling layak menguruskan hal-hal kewangan dan belanjawan negara, kerana rosmah telah terbukti mampu menabung dari kecil hanya kerana mahu membeli sebentuk cincin permata.
Rosmah yang sangat perihatin kepada anak-anak kecil itu khabarnya, telah membelanjakan wang tabung PERMATA dengan begitu cermat sekali, jadi rata-rata ahli umnoapco berpendapat kewangan negara akan lebih kukuh apabila rosmah menjadi menteri kewangan jika umnoapco menang PRU13 nanti.
Kadar inflasi negara dijangka akan turun dengan mendadak, peluang pekerjaan akan bertambah dan nilai ringgit dijangka akan naik berlipat kali ganda.
Dan apa yang lebih penting, sumber-sumber dalaman bilik gerakan umnoapco menyatakan bahawa jika rosmah dilantik sebagai menteri kewangan, harga barangan akan diturunkan selari dengan keperihatinan rosmah serta kerajaan bn yang sangat perihatin terhadap rakyat.
Rakyat harus yakin akan kemampuan wanita ini, jika umnoapco menang pada pilihanraya akan datang, kesinambungan najib sebagi perdana menteri dan rosmah sebagai menteri kewangan pasti satu gandingan yang akan menggegarkan dunia.
Jika Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah membuktikan pencapaian yang membanggakan kaum wanita, pasti rosmah akan membuat lebih ramai wanita terutama dari umnoapco tersenyum riang sekali. disifatkan sebagai wanita besi serba boleh, rosmah sangat digeruni dan sangat berpengaruh , ini terbukti bila najib juga sering akur dengan keputusan yang diberikan oleh rosmah.
Untuk menjana ekonomi yang lebih stabil, hanya rosmah yang dilihat paling mampu, dan pasti jika umnoapco menang sekali lagi pada PRU 13 akan datang, harga barang pasti akan turun dibawah pentabiran cekap rosmah mansor- TL
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH 2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.
Kenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.
"Saya mahu turun di stesen LRT Pasar Seni tetapi ia telah ditutup. Saya mengiringi teman wanita saya yang bekerja dengan media dan kami berjalan di Jalan Pudu menghala ke arah Maybank. Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dengan perhimpunan.
"Saya berpakaian kuning dan melihat sekumpulan orang yang memberi amaran bahawa gas pemedih mata sedang dilepaskan. Kami kemudiannya berlari menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana kami mendengar polis menjerit "Tangkap, tangkap!
“Kemudian saya lihat mereka menangkap seorang wanita Melayu dengan kasar. Kepalanya ditolak ke atas jalan raya," dakwanya.
Wanita itu kemudiannya dilepaskan setelah mengenalkan dirinya sebagai kakitangan TV Selangor, katanya.
Menurut saksi itu lagi, teman wanitanya sempat merakamkan gambar-gambar kejadian itu tetapi pihak polis dengan kasar dalam menolak kamera ke mukanya.
Chan juga mendakwa melihat beberapa anggota polis yang lain menendang seorang budak Cina di Jalan Pudu dan sempat merakamkan kejadian itu.
"Polis juga memberi amaran kepada kami supaya tidak mengambil gambar atau tidak kamera kami akan dipecahkan.
"Budak yang dibelasah itu membalas kata-kata anggota polis dan mereka menyerbunya,” kata saksi itu lagi.
Chan adalah saksi pertama memberi keterangan dalam siasatan Suhakam untuk menentukan sejauh mana kekerasan digunakan pada perhimpunan BERSIH itu.
Panel tersebut diketuai oleh naib presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen.
Majlis Peguam diwakili oleh Roger Chan, dan Richard Wee manakala pihak polis pula diwakili oleh ASP N Rajagopal dan ASP Lim Chee Wah.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Video serangan tentera Israel ke atas kapal misi bantuan ke Gaza.
Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.
Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro, memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.
“Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali,”
“Kerajaan mesti menjelaskan kedudukan perkara ini,” kata Saifuddin Nasution dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam.
Pada 31 Mei lalu, komando Israel menyerang kapal bantuan Mavi Marmara menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu ditahan.
Menurut Saifuddin, tindakan itu disokong FBC Media, sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain yang dilantik kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak.
FBC Media menerbitkan program TV berkaitan Malaysia yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.
Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.
Saifuddin menambah, kontrak FBC media yang bermula pada 2007 dan berakhir pada 2010 itu berperanan menasihat, mengurus kempen komunikasi kerajaan, meningkatkan profil kerajaan dan Perdana Menteri serta menangani persepsi negatif negara di peringkat antarabangsa.
Tindakan FBC mendapatkan bayaran dari kerajaan Malaysia bagi menghasilkan program TV berkenaan, bercanggah dengan etika kewartawanan.
“Selepas siasatan badan regulasi media di Britain iaitu Ofcom, semua program FBC Media digantung,”
“Begitu juga di CNN dan CNBC yang menghasilkan program-program mengenai Malaysia,” kata Saifuddin.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Walaupun setiap hari karam singh di tv3 suku menghentam MP Kuantan, Fuziah Salleh Ratu Lynas, namun rakyat tetap membantah projek Lynas.
YB Rodziah Ismail, Adun Batu Tiga dari Selangor turut hadir bersama rakyat Pahang membantah projek tersebut. Pengerusi BERSIH 2.0, Dato' Ambiga juga turut hadir.
Kira-kira 2,000 rakyat membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.
Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.
Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.
Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpul mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.
Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengeboo serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.
Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.
Gambar ehsan FB AMK Indera Mahkota
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TUAN MUSTAFFA KAMIL AYUB.
-
Kunjungan Hormat Jingga 13 Malaysia dipimpin Saudara Mikhael Iskhandaar,
kepada Pengerusi INSKEN: Tuan Mustaffa Kamil Ayub.
Kami menerima buku Membang...
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
Luka Rakyat
-
Rakyat itu selalu diam,
tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa,
rakyat itu seperti naga,
melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri,
t...
LEMAN RAJA LAWAK BAKAL JUTAWAN MENJELANG 2020
-
Pulau Pinang - Nama leman raja lawak tidak asing lagi ditanah air atau nama
sebenarnya Sulaiman Ibrahim yang berasal dari Negeri Kedah .
Insan ini perna...
YB - jangan tayang body, hodoh
-
YB, tindakan YB mandi ais itu betul! Salahnya adalah YB ambil gambar YB
sendiri dan muat turun dalam laman sosial untuk ditonton. Sebab, YB seorang
nega...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
Biji Benih Acai Berry
-
Harga Ramadhan dilanjutkan ke bulan Shawwal.
Sebungkus benih Acai berry RM50.00 termasuk poslaju.
Dua bungkus hanya RM90.00 termasuk poslaju. Setiap
bungkus ...
-
Ucapan Perbahasan Menjunjung Titah SPB Yang Dipertuan Agong YB Senator Dr
Muhammad Nur Manuty semasa Sidang Dewan Negara pada 18 April 2016
Bismillahirr...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...