
Tidak ada perkembangan berhubung saman sivil terhadap kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab atas kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Hakim berkenaan, menurut Karpal, juga masih belum menyerahkan penghakiman bertulis. "Saya tidak nampak mengapa hakim masih belum selesai menulis hujah penghakimannya... ia telah masuk dua tahun," katanya.
"Saya telah bangkitkan isu ini di Parlimen tetapi hanya mendapat jawapan bertulis, yang tiada gunanya." Karpal berkata kelewatan yang berlarutan dalam menyediakan penghakiman bertulis boleh menimbulkan masalah kerana tertuduh boleh memfailkan rayuan di mahkamah.

Karpal berkata beliau telah berulang kali menulis kepada mahkamah untuk pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan. Justeru, beliau merancang untuk menimbulkan perkara itu sekali lagi semasa persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Sekiranya kedua-dua anggota polis itu menerima keputusan yang tidak memihak mereka, mereka masih boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan dan seterusnya melambatkan lagi perbicaraan saman sivil.
Setev dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa, kini adalah penjaga bagi anak-anak Altantuya. Mereka menyaman defendan RM100 juta kerana menimbulkan penderitaan fizikal dan mental terhadap keluarga itu. Mereka juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan teladan.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/