SharpShooter Followers

Monday, October 03, 2011

MCA hancur dan sudah tidak relevan lagi...

Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung ke-58 parti itu pagi ini, bekas penyandang jawatan tersebut meneruskan serangan dengan menegaskan, ia bukan sahaja tidak relevan, malah berada dalam sindrom penafian.

Datuk Seri Ong Tee Keat berkata Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak relevan lagi.

“Tiong Lai dan Ka Siong menafikan MCA tidak relevan lagi. Kini (parti) dalam keadaan tidak relevan dan (dibayangi) sindrom penafian.

“Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu),” kata Ong dalam mesej dihantar menerusi Twitter ketika Dr Chua menyampaikan ucapannya.

Kedua-dua Liow dan Wee mengecam Ong semalam dengan menafikan parti komponen BN itu semalam tidak relevan.

Ong yang merupakan bekas presiden MCA berkata, parti itu sedang berubah menjadi sebuah parti yang tidak relevan.

Ong memberitahu, gabungan BN itu tidak memperlihatkan pelaksanaan pembaharuan selepas ia hilang 25 daripada 40 kerusi Parlimen dan 59 daripada 80 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ia tandingi pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, MCA masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.

“Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan,” kata Ong yang ditewaskan oleh Dr Chua ketika krisis kepimpinan parti itu 18 bulan yang lalu.

Ong, Ahli Parlimen Pandan, memberikan contoh kenyataan-kenyataan kosong dibuat oleh penggantinya, mahu keluar BN jika Umno melaksanakan hukum hudud dan tidak menyertai Kabinet ataupun menerima jawatan kerajaan jika parti tidak memperbaiki kedudukan dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun Liow dan Wee mengetepikan dakwaan Ong itu.

Hari ini, Ong juga mengecam Wee ekoran jumlah kehadiran tidak menggalakkan pada perhimpunan agung sayap itu semalam.

"Wow, MCA telah mendaftarkan 27,000 ahli baru, tetapi hanya 30 peratus perwakilan hadiri perhimpunan agung Pemuda Ka Siong. Masa bagi beliau untuk menangis dengan ikhlas," katanya lagi.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/