YB Rodziah Ismail, Adun Batu Tiga dari Selangor turut hadir bersama rakyat Pahang membantah projek tersebut. Pengerusi BERSIH 2.0, Dato' Ambiga juga turut hadir.
Kira-kira 2,000 rakyat membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.
Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.
Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.
Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpul mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.
Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengeboo serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.
Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.
Gambar ehsan FB AMK Indera Mahkota
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/