SharpShooter Followers

Wednesday, June 26, 2013

Fariz Musa lapor Najib menipu

LAPORAN Fariz Musa

1.Saya Fariz Musa adalah calon PKR yang bertanding dikawasan Parlimen P085-Pekan menentang calon Barisan Nasional ,YAB Dato Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak dalam PRU ke-13 yang lalu.

2.Beberapa hari yang lalu saya telah membaca satu laporan dalam Freemalaysiatoday (FMT) bertarikh 17.6.2013 diatas tajuk "Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib".

Laporan ini adalah berdasarkan surat terbuka oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Kuala Lumpur yang ditujukan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut disalinkan kepada Ketua Setia Usaha Negara,Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

3.Perkara utama dalam laporan berkenaan yang ingin saya bangkitkan ialah maklumat berkaitan DS Najib telah membuat affidavit-affidavit palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang difailkan dalam Mahkamah, yang membicarakan kes liwat yang sekarang berada diperingkat rayuan.

4.Susulan dari itu saya telah mendapatkan salinan affidavit-affidavit berkenaan daripada Peguam PKR untuk semakan. Saya memandang berat perkara ini kerana setahu saya, membuat affidavit palsu adalah kesalahan jenayah yang serius dan sama dengan kesalahan memberi keterangan palsu di-mahkamah.

5.Saya mendapati dalam kedua-dua affidavit berkenaan, DS Najib telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor juga, ada membuat affidavit pada 21.9.2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau, ialah Najib dan bukan Mohd.Najib seperti yang saya sangka selama ini.

6.Bagaimanapun, pada hari penamaan calon pada 20.4.2013, DS Najib telah mendaftarkan nama penuh beliau sebagai Mohd.Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus bagi kawasan Parlimen Pekan. Nama yang DS Najib berikan dalam borang penamaan calon itu adalah bercanggah dengan nama yang beliau ikrarkan dalam affidavit beliau dan isteri beliau.

7.Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui akan perkara ini, sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar DS Najib, akan berlaku pada hari tersebut.Ini berikutan surat terbuka bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur kepada Pengerusi SPR sendiri, memaklumkan akan kemungkinan percanggahan tersebut akan berlaku di-hari penamaan calon tersebut.

Rencana FMT bertajuk "Pencalonan Najib dalam PRU13 ditolak?" bertarikh 15.4.2013 iaitu lebih kurang 5 hari sebelum hari penamaan calon berkaitan maklumat kepada Pengerusi SPR itu, disertakan sebagai lampiran kepada laporan ini.

8.Sekiranya DS Najib atau Pegawai Pengurus SPR telah memaklumkan kepada saya atau wakil calon berkaitan percanggahan nama DS Najib dalam affidavit dan borang pencalonan beliau itu,maka sudah pasti saya akan membuat sesuatu bantahan dan akan meminta mereka merujukkan perkara tersebut ke-mahkamah dimana affidavit-affidavit berkenaan difailkan.

9.Memandangkan maklumat yang penting ini disorokkan daripada makluman saya atau wakil saya dihari penamaan calon tersebut, maka saya telah dinafikan untuk melakukan sesuatu bantahan yang pasti akan saya buat jika telah diberitahu akan maklumat ini.

Malahan saya akan membuat laporan polis terhadap DS Najib kerana membuat affidavit palsu seperti yang saya lakukan sekarang ini.

10.Saya membuat laporan polis ini adalah untuk menggesa pihak polis menyiasat Dato Seri Najib kerana dikatakan telah membuat affidavit palsu dalam perbicaraan kes liwat dan tindakan beliau menyorokkan yang beliau telah mengikrarkan affidavit dengan menggunakan nama yang berlainan dengan nama yang beliau berikan ketika mengisi borang pencalonan pada 20.4.2013.

Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu.

Tujuan saya membuat laporan ini juga, untuk menggesa pihak polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana perbuatan bersubahat dengan DS Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan affidavit palsu dan pencanggahan antara nama dalam affidavit dan nama dalam borang pencalonan, daripada pengetahuan calon lain yang akan bertanding dan pengundi-pengundi kawasan Parlimen Pekan khasnya.

11. Bersama-sama laporan ini,saya sertakan dokumen-dokumen bukti seperti berikut;

a) Affidavit-affidavit DS Najib ikrarkan pada 21 dan 23.09.2011.

b) Affidavit Datin Seri Rosmah Mansor diikrarkan pada 21.09.2011.

c) Rencana FMT bertajuk: "Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib." bertarikh 17.06. 2013.

d) Rencana FMT bertajuk: "Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?" bertarikh 15.04.2013.

Sekian laporan saya.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Adun Kuala Besut meninggal dunia, praya kecil pertama selepas PRU13

Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Berita Harian online menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu

Kedudukan sekarang BN 16 PAS 15, jika PAS menang pilihanraya kecil nanti bermakna kedudukan menjadi BN 16 - PAS 16, mampukah PAS dan Pakatan Rakyat tawan kerusi Kuala Besut? Kerusi panas nampaknya..

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga Adun Kuala Besut..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, June 25, 2013

Esok Fariz Musa dan Jingga 13 akan buat laporan polis terhadap Najib

Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dan Jingga13 akan buat Laporan Polis Tehadap Najib Razak Kerana Membuat Afidavit Palsu.

Tarikh : 26 Jun ,
Masa: 11.30pg,
Tempat : IPD Dang Wangi,KL

Semua dijemput hadir..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, June 21, 2013

Jingga 13 seru rakyat turun ke Padang Merbok

JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia pencinta demokrasi yang sebenar-benarnya untuk turun ke Padang Merbok,Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013 sebagai satu tanda mobilisasi dan solidariti rakyat dalam menengakkan kebenaran dan kezaliman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang turut didalangi oleh pimpinan UMNO/BN untuk menang secara kotor dan jijik serta tidak bertamadun.

Kebobrokkan SPR menjadikan PRU 13 antara pilihanraya yang terjijik dikendalikan oleh badan yang ternyata tidak telus dan kotor , menjadi 'balaci" kepada pimpinan UMNO/BN untuk terus mempertahankan Kerajaan Persekutuan dan beberapa Kerajaan Negeri.

Patisyen yang dikemukan oleh Pakatan Rakyat adalah merupakan bukti yang menunjukkan kegagalan institusi yang sewajarnya bertindak adil,telus dan profesional.Ternyata SPR tidak mempunyai integriti dan kredebiliti dalam memikul amanah yang dipertanggungjawab kepada mereka mengendalikan pilihanraya.

Kewajaran Pengerusi ,Timbalan Pengerusi dan Anggota SPR WAJIB meletakkan jawatan dan turut didakwa ke muka pengadilan terhadap jenayah dan penipuan yang mereka lakukan menjadi 'balaci dan barua' kepada pimpinan UMNO/BN.

Walau pihak polis terus menjadi penghalang kepada perhimpunan pada esk 22 Jun 2013 dengan pelbagai alasan dan dilihat mengikut telunjuk pimpinan UMNO/BN. Rakyat tidak perlu gentar dan terus mara ke vanue-vanue yang telah ditetapkan.

Tuntutan kepada himpunan ini adalah bersifat positif dan perlu dihayati oleh seluruh rakyat Malasia yang mencintai demokrasi dan menghayati satu sistem pilihanraya yang benar-benar telus,adil dan profesional.

Beberapa himpunan sebelum ini tanpa provokasi daripada pihak polis atau mana-mana pihak ternyata berjalan dengan aman dan tidak berlaku sebarang insiden.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia,bersama kita ke Padang Merbuk dengan meraikan demokrasi dan gesaan agar seluruh Anggota SPR meletakkan jawatan dan didakwa tidak profesional dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Muafakat,Prihatin,Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, June 17, 2013

@abdhalimspeaker fail petisyen Dun Teluk Bahang

Datuk Abdul Halim Hussain yang masih dimahsyurkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini mengemukakan petisyen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi kawasan yang beliau bertanding, iaitu DUN Teluk Bahang.

Petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Abdul Halim diwakili oleh S.Raveentharan yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.

"Ini (petisyen) satu lagi saluran yang sedang kita gunakan...saya sendiri telah membuat laporan polis dan aduan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tentang salah laku pilihan raya sebelum ini.

"Dalam petisyen ini, saya telah menuntut mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan N40 Teluk Bahang," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Prof.Dr.P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir dalam sidang media itu.

Dalam petisyen itu, Abdul Halim mendakwa wujud keraguan, amalan rasuah serta politik wang dalam proses pilihan raya umum di kawasan DUN berkenaan pada 5 Mei lepas.

Bercakap pada sidang media yang sama, Raveentharan berkata, pihaknya sudah menerima kos guaman berjumlah RM10,000 daripada Abdul Halim sendiri dan baki selebihnya yang dianggar mencecah RM50,000 akan ditanggung oleh parti anak guamannya, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau, tiga pihak disebut sebagai defenden dalam petisyen itu, iaitu Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (calon Barisan Nasional bagi DUN Teluk Bahang), Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan raya Kawasan Teluk Bahang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

"(Plaintif) tuntut satu deklarasi untuk membatalkan keputusan BN menang berdasarkan keraguan-keraguan serta beberapa faktor lain yang akan dikemukakan semasa prosiding kelak.

"Datuk Abdul Halim secara peribadi telahpun membayar RM10,000 (kos petisyen) dan saya ada resitnya," jelas Raveentharan.

13 Mei lepas, 10 calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tewas dalam PRU13 dilaporkan membuat aduan penyelewengan pilihan raya di Kompleks SPRM Pulau Pinang, George Town.

Mereka, Abdul Halim sendiri, Mohd. Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau), Asnah Hashim (DUN Bayan Lepas), Mohd.Tuah Ismail (DUN Pulau Betong), Rosidi Hussain (DUN Penaga), Ahmad Zakiyuddin Abd.Rahman (DUN Pinang Tunggal), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar), Arshad Md. Salleh (DUN Permatang Berangan), Badrul Hisham Shaharin (DUN Sungai Acheh) dan Syed Mikael Rizal Aidid (DUN Bertam).

Mohd. Bakhtiar berada dalam senarai 35 calon oposisi yang membuat petisyen peringkat Parlimen di mahkamah.

Manakala, Abdul Halim adalah antara calon Pakatan Rakyat yang membuat petisyen peringkat DUN, iaitu pada 12 Jun lepas.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, June 14, 2013

Doakan semoga segera sembuh..

Che Amat atau Pak Teh bapa mertua saya sudah empat hari di wad ICU Hospital B.Mertajam, beliau masih tidak sedarkan diri hingga hari ini.

Menurut doc, paru-parunya berair, lelah dan ada jangkitan kuman.

Hari ini, doc menyuruh tanda tangan untuk darahnya dicuci pula. Jika tidak dicuci akan bertambah parah. Kuman akan merebak..

Doakan semoga Allah permudahkan dan segera sembuhkan..amin..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 13, 2013

video dan gambar-gambar ribut di Bangunan UMNO Penang dan persekitarannya



Ribut berlaku pada 13 Jun 2013 pada jam 6-7 petang mengakibatkan struktur atas Bangunan Umno Penang runtuh, kecederaan orang awam dan berdekatan belum dapat kepastian setakat ini.



Keadaan sebahagian kereta yang musnah dihempap tiang antena dalam kejadiam ribut petir.
 
Ribut petir bertiup kencang di Pulau Pinang mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan menyebabkan banjir kilat pada hari Khamis.

Angin kencang yang bermula pada 7 malam telah menumbangkan tiang antena setinggi 40 meter di atas bangunan Umno 21 tingkat di Jalan Macalister.

Seorang dipercayai cedera dalam kejadian ribut itu. Pokok turut tumbang di beberapa tempat.
Di Tanjong Tokong, bumbung dilihat berterbangan dari rumah-rumah.

Jabatan Meteorologi berkata, ribut ini berlaku selama kira-kira satu jam dari pukul 7 malam.

 
Beberapa anggota bomba menjalankan siasatan mengenai insiden menara antena yang jatuh.
 
Seorang lelaki cedera parah selepas tiang besar jatuh dari bangunan.
Tujuh buah kereta dan sebuah lori rosak dalam kejadian itu.

Masalah itu turut dilaporkan di beberapa kawasan seperti Esplande, Weld Quay, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Masjid Negeri.



















Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, June 11, 2013

Bagaimana seorang MP DAP boleh "pekak" tidak peka..

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa, yang menjadi wakil tunggal wakil rakyat pembangkang menghadiri sesi taklimat Parlimen hari ini memohon maaf atas tindakannya menghadiri taklimat berkenaan, dan tidak meneliti mesej dan emelnya dengan betul.

Teck Hwa berkata beliau juga bersedia menerima tindakan disiplin daripada Jawatankuasa Disiplin DAP ekoran tindakannya itu.

"Silap saya kerana tidak melihat semua mesej dan emel dengan betul berhubung arahan memboikot acara hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan secara kebiasaannya, wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) akan menerima arahan melalui emel dan mesej pesanan ringkas (SMS), namun beliau menjelaskan tidak menerima notis rasmi berhubung memboikot taklimat berkenaan.

"Namun saya tidak menerima sebarang notis rasmi sama ada melalui SMS dan e-mel daripada Jawatankuasa Pusat," katanya memberi penjelasan.

DAP telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa kerana tidak mendengar arahan parti untuk memboikot taklimat di Parlimen pagi ini.

"Beliau perlu jelaskan. Kita beri dia peluang untuk memberi penjelasan," kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Sesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, June 10, 2013

9 hari lagi untuk bantu adik Nur Atiqah

Kepada semua pembaca blog sharpshooter yg budiman dan dermawan...

Rayuan Membantu Pesakit Penyakit AAA Untuk Pembedahan.

Butiran Pesakit:
Nama: Nur Atiqah Binti Mohd Ghani.
Umur: 25tahun.
Ic No: 880705-01-5252
Asal: Bandar Sri Jempol
Pekerjaan: Kerani Akaun.

Latarbelakang Pesakit:
Anak sulung dari Enam(6) beradik.
Ayah: Pesara.
Emak: Suri rumah tangga.

Adik Nur Atiqah telah dikesan mengidap penyakit Abdominal Aortic Aneurysm atau ringkasnya AAA.

Penyakit ini biasanya menyerang pesakit berumur 60tahun ke atas. Namun Nur Atiqah yang baru berusia 25tahun.

Sila rujuk pada pautan ini utk penerangan penuh mengenai penyakit merbahaya ini. http://en.wikipedia.org/wiki/Abdominal_aortic_aneurysm

Ukur lilit keadaan biasa pembuluh darah ini ialah 2.0cm dan dikategorikan sebagai pesakit AAA bila ukur lilit ini melebehi 3.0cm.

Dibawah ini adalah gambar pembuluh darah(Aorta) yg luarbiasa besar AAA.


Seperti gambar diatas, pembuluh darah(Aorta) Nur Atiqah berkembang luarbiasa dan JIKA UKUR LILIT PEMBULUH INI MENCAPAI 5.5cm, RISIKO UNTUK "LETUPAN" AMAT TINGGI & AKAN BERLAKU SECARA MENGEJUT, mengikut fakta perubatan.
JIKA LETUPAN BERLAKU, KADAR KEMATIAN ADALAH 90%.
75% PESAKIT MENINGGAL DUNIA SEBELUM SAMPAI HOSPITAL.
90% PESAKIT MENINGGAL DUNIA SEBELUM SAMPAI KE BILIK PEMBEDAHAN.

Penyakit Ini Bagaikan Bom Bersumbu & Sumbunya sudah nyala membakar.
Hanya dengan Pembedahan "Open Repair" Nur Atiqah boleh diselamatkan...InsyaAllah

Pada 18hb Mei 2013, beliau telah memdapatkan rawatan di IJN (Institut Jantung Negara)  dan telah menjalani pemeriksaan & CT (Computer Tomography) Scan telah dilakukan ke atasnya.

Nur Atiqah dijadualkan bertemu dengan Pakar bedah Vascular di IJN pada 9.50 pagi, 19hb Jun 2013 untuk pemeriksaan terperinci sebelum pesakit diwadkan untuk pembedahan.

Purata keperluan kos untuk Pembedahan, tidak termasuk perubatan susulan & kos wad adalah RM30,000.

Sehubungan dengan itu, mohon sumbangan ikhlas Akak/Abang/Tuan/Puan/Datuk/Datin untuk menolong adik Nur Atiqah menjalani pembedahan ini untuk menyelamatkannya.


Segala bantuan kewangan bolehlah disumbangkan ke no akuan Emak Saudaranya...
Rugayah bte Tamby
Maybank: 1540-1750-2465
Semoga beliau tabah menghadapinya dan semoga Allah sembuhkan seperti insan yang lain...amin..





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

#505Blackout tetap diteruskan malam ini di Perlis

Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Chan Ming Kai berkata perhimpunan 'Black 505' yang dirancang untuk diadakan di Perlis pada malam ini akan diteruskan walau polis memberi amaran untuk mengambil tindakan ke atas penganjur.

Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam di Kampung Bakau, Kangar.

Chan berkata, parti itu telahpun memaklumkan kepada polis berhubung acara keraian itu sejak 12 hari lalu, pada 29 Mei, dan polis juga mengesahkan bahawa mereka menerima permohonan itu pada 4 Jun.

Dalam satu surat bertarikh 3 Jun, Chan berkata beliau memberitahu polis bahawa jadual acara tersebut dikemaskini dengan menyertakan perhimpunan 'Black 505' sebagai salah satu daripada siri protes ke atas penipuan yang didakwa berlaku pada pilihan raya umum bulan lalu.

ADUN Indera Kayangan itu berkata, polis turut dimaklumkan mengenai individu lain yang akan berucap.

Polis bagaimanapun menyatakan bahawa pasukan itu tidak dapat memproses permohonan dalam tempoh hanya sehari sebelum perhimpunan tersebut.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

#505 ditunda ke 22 Jun @RafiziRamli

Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan menunda tarikh Himpunan "Black 505" ke 22 Jun depan ekoran berlaku pertindihan dengan dua program yang berlangsung pada tarikh awal perancangan pada 15 Jun pada hujung minggu ini.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya menegaskan tidak akan berlaku sebarang perubahan selepas ini walau apa pun alasan yang diberikan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Ini adalah ketetapan akhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa alasan yang diberikan DBKL," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas Rafizi, pihaknya menerima maklum bahawa pada 15 Jun itu ada dua program yang berlangsung di Padang Merbok iaitu perkahwinan dan juga karnival kitar semula yang telah membuat permohonan lebih awal.

Rafizi menegaskan, permohonan untuk menggunakan Padang Merbok pada tarikh 22 Jun juga telah dibuat pada Jumaat, 7 Jun lepas dan pihaknya turut mengenal pasti tiada sebarang pertindihan dengan mana-mana program pada tarikh tersebut.

"Oleh itu tiada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini," tegas ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

505 Padang Merbok diteruskan....



Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun ini kekal sebagaimana dirancang, kata Pengarah Stratgei KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, himpunan itu tetap diteruskan meskipun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tiada kebenaran diberi kepada Pakatan Rakyat.

“Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan. Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka akan membuat beberapa perbincangan dengan pihak polis, tetapi mengulangi pendirian lokasi asal dikekalkan.

“Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini. Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di Padang Merbok,” tambah Rafizi

Sementara itu, Timbalan presiden Pas Mohamad Sabu berkata parti itu memutuskan untuk menyertai perhimpunan ‘Black 505′ anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Mat Sabu berkata, jawatankuasa Pas pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan dalam pilihan raya 5 Mei.

“Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam himpunan berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, June 06, 2013

Bantulah adik Nur Atikah...

Kepada semua pembaca blog sharpshooter yg budiman dan dermawan...

Rayuan Membantu Pesakit Penyakit AAA Untuk Pembedahan.

Butiran Pesakit:
Nama: Nur Atiqah Binti Mohd Ghani.
Umur: 25tahun.
Ic No: 880705-01-5252
Asal: Bandar Sri Jempol
Pekerjaan: Kerani Akaun.

Latarbelakang Pesakit:
Anak sulung dari Enam(6) beradik.
Ayah: Pesara.
Emak: Suri rumah tangga.

Adik Nur Atiqah telah dikesan mengidap penyakit Abdominal Aortic Aneurysm atau ringkasnya AAA.

Penyakit ini biasanya menyerang pesakit berumur 60tahun ke atas. Namun Nur Atiqah yang baru berusia 25tahun.

Sila rujuk pada pautan ini utk penerangan penuh mengenai penyakit merbahaya ini. http://en.wikipedia.org/wiki/Abdominal_aortic_aneurysm

Ukur lilit keadaan biasa pembuluh darah ini ialah 2.0cm dan dikategorikan sebagai pesakit AAA bila ukur lilit ini melebehi 3.0cm.

Dibawah ini adalah gambar pembuluh darah(Aorta) yg luarbiasa besar AAA.


Seperti gambar diatas, pembuluh darah(Aorta) Nur Atiqah berkembang luarbiasa dan JIKA UKUR LILIT PEMBULUH INI MENCAPAI 5.5cm, RISIKO UNTUK "LETUPAN" AMAT TINGGI & AKAN BERLAKU SECARA MENGEJUT, mengikut fakta perubatan.
JIKA LETUPAN BERLAKU, KADAR KEMATIAN ADALAH 90%.
75% PESAKIT MENINGGAL DUNIA SEBELUM SAMPAI HOSPITAL.
90% PESAKIT MENINGGAL DUNIA SEBELUM SAMPAI KE BILIK PEMBEDAHAN.

Penyakit Ini Bagaikan Bom Bersumbu & Sumbunya sudah nyala membakar.
Hanya dengan Pembedahan "Open Repair" Nur Atiqah boleh diselamatkan...InsyaAllah

Pada 18hb Mei 2013, beliau telah memdapatkan rawatan di IJN (Institut Jantung Negara)  dan telah menjalani pemeriksaan & CT (Computer Tomography) Scan telah dilakukan ke atasnya.

Nur Atiqah dijadualkan bertemu dengan Pakar bedah Vascular di IJN pada 9.50 pagi, 19hb Jun 2013 untuk pemeriksaan terperinci sebelum pesakit diwadkan untuk pembedahan.

Purata keperluan kos untuk Pembedahan, tidak termasuk perubatan susulan & kos wad adalah RM30,000.

Sehubungan dengan itu, mohon sumbangan ikhlas Akak/Abang/Tuan/Puan/Datuk/Datin untuk menolong adik Nur Atiqah menjalani pembedahan ini untuk menyelamatkannya.


Segala bantuan kewangan bolehlah disumbangkan ke no akuan Emak Saudaranya...
Rugayah bte Tamby
Maybank: 1540-1750-8040.
Semoga beliau tabah menghadapinya dan semoga Allah sembuhkan seperti insan yang lain...amin..




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, June 04, 2013

Lu fikirla sendiri...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@KhalidSamad bantah kenaikan harga parkir di Shah Alam

Khalid Samad hari ini membantah cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menaikkan kadar parkir awam supaya selaras dengan kadar yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Subang (MPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Kalau kadar parkir kita (di Shah Alam) paling rendah, patut PBT (pihak berkuasa tempatan) lain itu kita (MBSA), bukan kita ikut mereka (dengan menaikkan kadar parkir)," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu petang tadi di George Town.

Respons itu diberi selepas beliau melawat bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak di Hospital Besar Pulau Pinang di sini.

Kadar parkir sedia ada yang ditetap MBSA di sekitar Shah Alam adalah 40 sen per jam.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, June 02, 2013

Zahid kena tampar...

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

"Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.

"Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.

Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar "duduk di dalam hutan".

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

"Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.

"Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu," ujarnya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saya telah tunaikan tanggung jawab saya kepada pimpinan saya

Beberapa hari yang lalu telah saya bahas dari sudut ijtihad atau keputusan strategi. Hari ini saya ingin bahas dari sudut yang lebih berat iaitu akhlak jamaah Islam.

Untuk membahas dari sudut akhlak jamaah Islam, satu persoalan utama perlu dijawab terlebih dahulu. Persoalan ini ialah samada wakil rasmi PAS dalam mesyuarat perundingan kerusi di peringkat PR Pusat telah memberi persetujuan untuk menerima Dr. Nasir sekiranya beliau diturunkan sebagai calon PKR atau sebaliknya?

Sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS di mesyuarat tersebut, maka walau apa pun alasan yang diberi oleh kawasan dan cawangan-cawangan, tindakan PAS bertanding adalah salah dari segi akhlak jamaah Islam. 

Sekiranya ianya tidak dibincang dan wakil PAS di mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat telah dengan jelas menyatakan bahawa walau apa pun, calon PSM tidak boleh diterima, maka tindakan PKR meletak Dr. Nasir sememangnya menempah masalah.

Sememangnya setiap kerusi dibincang dan diputuskan di mesyuarat PR Pusat. Bukan untuk Kota Damansara sahaja tetapi untuk semua kerusi yang ditandingi. Setiap kerusi dibincang dan diagihkan di antara parti yang terlibat berdasarkan maklumat dari Negeri yang telah diambil dari kawasan. Oleh kerana PAS tiada pertindihan kerusi dengan DAP maka biasanya PAS akan berunding dengan PKR sambil PKR pula akan berunding dengan DAP berhubung kerusi majoriti bukan Melayu.

Dalam soal Kota Damansara ianya telah ditandingi oleh PKR pada tahun 2008 dan Dr. Nasir jugalah calon yang diturunkan oleh PKR. PKR menurunkan Dr. Nasir sebagai calonnya di Kota Damansara pada 2008 dengan persetujuan mesyuarat PR dan beliau telah menang. Semua yang terlibat dengan mesyuarat PR mengetahui bahawa Dr. Nasir adalah dari parti PSRM pada asalnya tetapi keluar PSRM apabila PSRM disatukan dengan PKR. Dr. Nasir dan beberapa rakannya kemudiannya berusaha untuk mendaftarkan 'PSM' sejak sebelum 2008 lagi. Tanpa adanya parti sendiri maka mereka bersetuju untuk bertanding dengan menggunakan lambang PKR. PKR pun bersetuju untuk mengelak berlakunya tiga penjuru dan mesyuarat PR meluluskannya.

Pada 2013 PSM telah didaftarkan. Maka pada ketika itu mereka ingin bertanding atas lambang PSM. Perkara ini, sefaham saya, telah dibawa ke mesyuarat PR. Keputusan mesyuarat PR pada ketika itu ialah sekiranya mereka bertanding atas lambang PKR maka status quo akan kekal dan mereka akan diterima sebagai calon PKR dan dengan itu calon PR. Dan ini dipersetujui oleh wakil PAS di dalam mesyuarat tersebut yang turut menegaskan supaya elak pertandingan tiga penjuru.

Sebaliknya, sekiranya mereka bertanding atas lambang PSM maka mereka tidak mewakili PR. Dalam keadaan itu PKR akan bertanding juga walaupun berlaku tiga penjuru! Yang akan bertanding melawan PSM pada ketika itu adalah PKR bukan PAS! PAS tiada kena-mengena dengan kerusi tersebut kerana ianya kerusi PKR. Itu yang dipersetujui oleh wakil rasmi PAS. 

Berbekalkan keputusan ini maka PKR berusaha memujuk ahli PSM untuk bertanding atas lambang PKR seperti pada 2008. Ini adalah untuk mengelak dari berlakunya tiga penjuru yang mungkin akan menyebabkan PKR dan PR kehilangan kerusi berkenaan. Calon PSM untuk DUN Semenyih yang bertanding atas lambang PKR pada tahun 2008 telah menolak tawaran tersebut. Maka PSM turun sebagai calon PSM dan oleh itu berlakulah tiga penjuru di antara PKR, PSM dan BN di Semenyih. PKR bertanding walaupun tiga penjuru adalah sepertimana yang diputuskan dan dipersetujui dalam mesyuarat PR. Hasilnya BN menang di Semenyih dan PSM dianggap membantu BN untuk mencapai kemenangan.

Di Kota Damansara, PKR berjaya memujuk Dr. Nasir untuk bertanding dengan lambang PKR. PKR mengarahkan bakal calon PKR sendiri, iaitu Sdr Razlan Jalaluddin seorang peguam untuk menarik diri dan beri laluan kepada Dr. Nasir. Sdr Razlan akur dengan keputusan tersebut dan menarik diri. Dr. Nasir seterusnya diturunkan sebagai calon PKR. PKR yakin keadaan tiga penjuru telah dielak dan terkejut apabila didapati PAS menurunkan calonnya untuk Kota Damansara pada pagi penamaan calon! Pada ketika itu, dan biarlah kita bercakap ikhlas dalam soal ini, jangan berputar-belit macam Yahudi, PAS turunkan calon menentang calon PKR bukan calon PSM!

Wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR Pusat telah dihubungi. Beliau berada di Sabah dan tidak ketahuan apa dan mengapa perkara tersebut berlaku. Setelah dimaklumkan, beberapa hari kemudian, beliau telah turun dari Sabah ke Kota Damansara untuk mengisytiharkan Dr. Nasir sebagai calon rasmi PR! Malangnya ahli PAS Kota Damansara menolak pendirian beliau sedangkan beliau adalah wakil rasmi PAS dalam soal perundingan kerusi!

Apa yang ditulis di atas adalah apa yang saya dimaklumkan oleh wakil rasmi PAS ke mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat, iaitu Setiausaha Agung PAS, Dato Mustaffa Ali. Sekiranya apa yang diceritakan adalah benar, maka amat jelas PAS telah mungkiri janji.

Sekiranya begitu maka amat sangat malanglah keadaannya, lebih lebih lagi sekiranya PAS ingin terus menafikan bahawa PAS telah melakukan kesalahan dengan melanggar apa yang telah dipersetujui bersama. Soal perjanjian dan berpegang kepadanya adalah sesuatu yang amat dipentingkan oleh Islam. Oleh itu tindakan melanggar janji adalah satu tindakan yang tidak boleh dibenarkan dan didiamkan. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu jadikan perjanjian yang kamu sertai di antara kamu (sebagai bahan mainan). Akan tergelincir kaki setelah berdiri teguh. Dan akan kamu dilemparkan dengan kehinaan kerana kamu menjadi penghalang kepada jalan Allah (dengan perangai buruk kamu) dan di akhirat akan kamu menerima azab yang dahsyat."

(An-Nahl 94)

Tindakan langgar perjanjian di dalam ayat ini di samakan Allah dengan tindakan menghalang manusia dari jalan Allah! Kerana dilihat oleh mereka bahawa orang Islam tidak berpegang pada janji. Maka mereka memandang hina terhadap orang Islam dan dengan itu menjadi punca mereka menjauhkan diri dari jalan Allah. Fikir-fikirkanlah. Tindakan tersebut sebagai sebuah 'Parti Islam' mempunyai implikasi luas dan terus terhadap tanggapan manusia mengenai Islam itu sendiri.

Untuk makluman, di peringkat Negeri Selangor, soal PAS bertanding di kerusi Kota Damansara tidak pernah timbul walau dalam apa-apa perbincangan. PAS Negeri dan Kawasan telah bersetuju bahawa kerusi itu adalah milik PKR dan PAS tidak akan bertanding di situ! PAS Kawasan Subang, iaitu kawasan di mana terdapat DUN Kota Damansara, bertemu berkali-kali dengan PAS Negeri tetapi hanya untuk berbincang persoalan calon Paya Jaras SAHAJA! Pendirian Negeri inilah yang diulangi di peringkat Pusat.

Adalah merupakan kebiasaan bahawa janji dan persetujuan yang dibuat oleh wakil rasmi sesebuah pertubuhan adalah merupakan janji dan persetujuan pertubuhan tersebut. Sekiranya PAS mempunyai tanggapan berbeza, di mana janji dan persetujuan wakil rasmi yang diberi mandat untuk mewakili PAS di dalam sesuatu perbincangan tidak mengikat PAS, maka perlu diberitahu pada semua dari awal. Dalam ertikata lain, PAS perlu beritahu bahawa wakil PAS boleh berjanji tetapi janji dan persetujuan itu boleh dibatalkan dan dilanggar pada bila-bila masa mengikut kesesuaian tempat dan keadaan semasa.

Saya minta pendirian jelas dikeluarkan yang mengatakan begitu sekiranya benar itulah sikap PAS terhadap janji dan persetujuan yang diberi. TETAPI ketahuilah, sekiranya itulah sikap PAS maka tiada siapa akan membuat perjanjian dengan PAS kerana janji tersebut tidak bermakna!

Dalam soal ini hujjah 'ijtihad pemimpin' tidak boleh diguna-pakai. Kerana pemimpin tidak boleh berijtihad untuk melanggar perjanjian dan persetujuan yang telah dicapai sebelumnya dengan begitu sahaja. Untuk makluman di antara matlamat utama PR ialah untuk menentukan satu lawan satu menentang BN. PAS telah beri komitmennya untuk mengukuhkan PR. Tindakan bertanding di Kota Damansara bercanggah dengan apa yang dijanji dan dipersetujui.

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :
"إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالأَمِيرِ خَيْراً ، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ ، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ"
[ رواه أبو داود والنسائي ] .

Dari Ayesyah (RA): Telah berkata Rasulullah (SAW):

Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi seseorang pemimpin, akan diadakan untuknya wazir yang bersifat benar. Sekiranya dia lupa akan diingatkannya dan sekiranya dia ingat akan dibantunya. Sekiranya diinginkan Allah sebaliknya, maka diadakan untuknya wazir yang jahat. Sekiranya dia lupa tidak diingatkannya dan sekiranya dia ingat, tidak dibantunya.

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasaii)

Biarlah ahli PAS menjadi sebagai wazir yang Siddiq yang membantu kearah pengukuhan PR sepertimana yang diinginkan PAS. Maka apabila pimpinan lupa, sama-sama kita ingatkan dan apabila pimpinan ingat dan berusaha keras untuknya, sama-sama kita bantu.

Maka sekali lagi saya nyatakan, sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR bahawa PAS tidak akan bertanding di Kota Damansara apabila PKR menurunkan calon, walaupun calon itu adalah Dr. Nasir, maka tindakan PAS bertanding di Kota Damansara adalah salah, bercanggah dengan akhlak jamaah Islam dan menjatuhkan imej PAS dan Islam dikhalayak ramai.

Saksikan ya Allah bahawa saya telah tunaikan tanggung jawab saya kepada pimpinan saya! — www.khalidsamad.com



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone