Khalid Samad hari ini membantah cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menaikkan kadar parkir awam supaya selaras dengan kadar yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Subang (MPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
"Kalau kadar parkir kita (di Shah Alam) paling rendah, patut PBT (pihak berkuasa tempatan) lain itu kita (MBSA), bukan kita ikut mereka (dengan menaikkan kadar parkir)," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu petang tadi di George Town.
Respons itu diberi selepas beliau melawat bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak di Hospital Besar Pulau Pinang di sini.
Kadar parkir sedia ada yang ditetap MBSA di sekitar Shah Alam adalah 40 sen per jam.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tewas 0-2 Kepada Kuching City FC, Sri Pahang FC Perlu Atasi Segera Masalah
Ketumpulan Jentera Serangan
-
*KUANTAN:* Ketumpulan jentera serangan terus menjadi masalah besar kepada
Sri Pahang FC seperti ketika tewas 2-0 di tangan Kuching City pada aksi
Liga Su...
7 hours ago