SharpShooter Followers

Thursday, June 13, 2013

video dan gambar-gambar ribut di Bangunan UMNO Penang dan persekitarannya



Ribut berlaku pada 13 Jun 2013 pada jam 6-7 petang mengakibatkan struktur atas Bangunan Umno Penang runtuh, kecederaan orang awam dan berdekatan belum dapat kepastian setakat ini.



Keadaan sebahagian kereta yang musnah dihempap tiang antena dalam kejadiam ribut petir.
 
Ribut petir bertiup kencang di Pulau Pinang mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan menyebabkan banjir kilat pada hari Khamis.

Angin kencang yang bermula pada 7 malam telah menumbangkan tiang antena setinggi 40 meter di atas bangunan Umno 21 tingkat di Jalan Macalister.

Seorang dipercayai cedera dalam kejadian ribut itu. Pokok turut tumbang di beberapa tempat.
Di Tanjong Tokong, bumbung dilihat berterbangan dari rumah-rumah.

Jabatan Meteorologi berkata, ribut ini berlaku selama kira-kira satu jam dari pukul 7 malam.

 
Beberapa anggota bomba menjalankan siasatan mengenai insiden menara antena yang jatuh.
 
Seorang lelaki cedera parah selepas tiang besar jatuh dari bangunan.
Tujuh buah kereta dan sebuah lori rosak dalam kejadian itu.

Masalah itu turut dilaporkan di beberapa kawasan seperti Esplande, Weld Quay, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Masjid Negeri.



















Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
UMNO sudah di haramkan oleh Hakim Dato Eusoffe Abdoocader ... dan ROS selagi telah keluarkan kelulusan kepada sebuah parti bernama UMNO Baru yang telah dibenarkan berdaftar dengan menggunakan nama UMNO juga dan jika ia sudah diharamkam oleh mahkamah , iaitu UMNO, maka nama haram itu tidak boleh digunakan oleh sesiapa. Dengan fahaman undang-undang kita dapati bahawa, oleh yang demikian sejak di haramkan, UMNO atau UMNO Baru adalah betul-betul haram dan kerajaan-kerajaan di peringkat Pusat dan Negeri adalah juga dianggap sebagai haram. Cuma parti-parti komponent lain dalam BN boleh dianggap sebagai sah dan tidak haram sejak perintah mahkamah itu. Walaubagaimana pun keharaman ini cuma boleh di fahami oleh mereka yang kenali undang-undang dan dan pakar-pakar undang-undang. Mengapa saya menyebut perkara ini ialah kerana dan sebabnya UMNO adalah haram sejak perintah mahkamah itu, kerana maka dengan itu Tuhan yang bermahakuasa itu telah memberi satu SLAP kepada UMNO apabila bumbong bangunan UMNO di Jalan Macalister telah jatuh ke tanah dan ini juga menunjokan bahawa UMNO bukan sahaja HARAM tetapi sudah jatuh dan rakyat tidak akan terima nya sejurus nya. Tuhan akan menujukan kebenaran dengan cara-cara sendiri nya dan ini adalah satu tanda baik untuk rakyat berfikir semula tentang kedudukan dan keterusan UMNO- BN. Sekian terima kasih... Dr Gurdial Singh Sandhu www.ruhanisatsangusa.org
Fuck U Umno and Najib
Wow..this is a really great list! How long did it take you to put it together. I bookmarked it for future reference.

https://jasasewadrone.com/

Post a new comment

Comments by