JINGGA13 SELAR TINDAKAN PENANGKAPAN PARA DEMONSTRAN #TANGKAPNAJIB
JINGGA13 Malaysia menyelar tindakan Polis DiRaja Malaysia menangkap 29 para demonstran #TangkapNajib di Sogo hari ini sebagai satu tindakan anti demokrasi dan melanggar hak asasi serta kebebasan bersuara dan berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan .
Turut ditahan ialah Sdr. Afzainizam bin Abdul Rahman , Koordinator Anak Muda Jingga13 Malaysia bersama para demonstaran lain dengan cara cukup brutal oleh pihak polis memberikan gambaran yang jelas tindakan yang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat demi mempertahankan kebobrokkan dan penyelewengan seorang Perdana Menteri dalam skandal 1MDB.
Tindakan ini membuktikan bahawa DS Najib Razak semakin tertekan dan mengesahkan segala dakwaan terhadap skandal adalah benar sehingga menggunakan polis untuk menekan rakyat.
JINGGA 13 Malaysia mendesak agar kesemua tahanan tersebut dibebaskan segera dan tidak dikenakan sebarang tindakan. Apa yang perlu diberikan perhatian oleh pihak polis ialah menangkap DS Najib Razak demi menyelamatkan Malaysia yg dicintai.
JINGGA13 Malaysia yakin walaupun apa tindakan oleh Rejim Najib Razak tidak akan melunturkan semangat dan perjuangan anak muda dan rakyat Mlaysia.
#BebaskanTahanan
#TangkapNajib
#DemiMalaysia
Muafakat*Prihatin*Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia