SharpShooter Followers

Thursday, August 20, 2015

RAKYAT BANGKIT SELAMATKAN MALAYSIA

RAKYAT BANGKIT SELAMATKAN MALAYSIA

Di kala Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 dan Hari Malaysia yang ke-52, senario politik terkini tanah air semakin membimbangkan. Kenaikan harga barang akibat GST yang membebankan, merudumnya nilai mata wang ringgit, hilangnya kepercayaan pelabur dalam dan luar negara, serta rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi.

Pelbagai insiden juga telah berlaku termasuk rombakan, pemecatan, dan tangkapan individu-individu yang terlibat di dalam siasatan isu 1MDB dan dakwaan "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak, yang terkini didakwa telah dikeluarkan sepenuhnya.

Ada pihak yang berkata Malaysia bakal menjadi "negara gagal" ("failed state") jika tidak diselamatkan, namun pada masa yang sama ada pihak berkepentingan yang bertungkus-lumus berusaha menggagalkan proses menyelamatkan Malaysia.

Faktor terpenting dalam usaha ini ialah kemahuan dan kemarahan Rakyat. Adakah kita mahu terus hidup di dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu?

Adakah kita mahu anak cucu kita terus hidup ditindas dan dibelenggu pelbagai masalah yang kita hadapi hari ini?

Tidakkah kita impikan dan idamkan sebuah Malaysia yang lebih adil, yang lebih sejahtera, yang lebih stabil, yang lebih baik untuk kita semua?

Masanya telah tiba untuk Rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan dan kemahuan agar Malaysia diselamatkan. Minggu hadapan, demi anak cucu kita, demi nusa dan bangsa, demi Rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama bangkit dan turut serta dalam perhimpunan aman Bersih 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos.

Ayuh, Selamatkan Malaysia!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
#DEIG: Antara Jual, Bankrap & Jual, Dan Memfaraid Harta Rampasan Perang? Penjualan aset milik rakyat adalah cara pentadbiran paling popular oleh negeri berkebajikan, Selangor Darul Ehsan. Amalan ini sudah menjadi rutin, dan semakin popular sehingga ke hari ini. Aset-aset milik Yayasan Selangor seperti Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) di Jalan Kampung Pandan, bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang hanya tinggal sejarah, apabila nilai tanah yang tinggi membangkitkan nafsu dan serakah demi keuntungan, sekaligus menafikan signifikan penubuhan yayasan itu sendiri. Dan itu hanyalah sebahagian dari kisah duka hilangnya harta rakyat bumi Darul Ehsan. Jika penjualan aset negeri secara terus dan rakus sangat popular dalam era pemerintahan Khalid Ibrahim, alasan bankrap ke atas aset-aset anak syarikat negeri pula menjadi semakin popular sejak Azmin Ali mengambilalih kuasa pentadbiran selaku Menteri Besar Selangor. Suratan atau kebetulan, akhirnya ia juga membawa kepada amalan yang serupa; jual. Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel Kuala Lumpur adalah dua aset kerajaan negeri yang diisytiharkan bankrup. Dan dengan pengisytiharan tersebut, penjualan adalah jalan terakhir.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Post a new comment

Comments by