SharpShooter Followers

Thursday, April 07, 2011

Gambar2 penamaan calon N14 Dun Meluan

Pagi ini sharpshooter bersama calon Keadilan Dun Meluan Dr John Brian di pusat penamaan calon di bangunan Mahkamah Majistrik Julau.

Calon Keadilan tiba awal dan kami ditempatkan berkumpul di Pejabat Pertanian hanya berhadapan bangunan mahkamah.

B-end terpaksa berjalan jauh begitu juga SNAP.

Penamaan calon dibuka jam 9 pagi dan ditutup jam 10 pagi, masa bantahan sejam dan duan bantaha ditolak oleh SPR maka Dun Meluan pertandingan 3 penjuru.

Menariknya pencadang calon Keadilan adalah seorang Penghulu Kawasan yang masih bertugas dengan kerajaan. Keberaniannya dan semangatnya luar biasa.

Semalam tidur di rumah panjang Ng Lijan, line telefon mana pun tak ada.. :-)

Perjalanan 2 jam semalam dari Sibu begitu sunyi tak sampai 10 buah kereta yang ditemui semasa dalam perjalanan.

Semasa dalam perjalanan di atas bukit pemandangan hanya 10 meter kerana kabus terlalu tebal.

Sampai sahaja di rumah panjang Ng Lijan, ramai pengundi di sana terus sharpshooter dijemput untuk berucap..apalagi bukan sahaja berucap tetapi terus menghasut orang Iban untuk bangkit berani untuk menumbangkan rejim Taib Mahmud yang menindas rakyat yang merampas tanah orang asal.

Seluruh Dun Meluan, tidak ada seorang pun yang memiliki geran tanah, mereka tinggal di sini turun menurun dan punca pendapatan mereka adalah pertanian.

Semangat mereka kali ini memang luar biasa apatah lagi Penghulu Kawasan juga turut berkempen semalam dan pagi ini menjadi pencadang calon.

Harapan Keadilan menang di Dun Meluan cerah..

Makanan untuk orang Islam memang sukar dicari di sini..makan maggie cup saja tengahari ini..Alhamdulillah..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone