SharpShooter Followers

Monday, April 04, 2011

Sembang Kastam...

"Saya dimarahi oleh seseorang baru-baru ini" kawan saya ini memulakan perbualan.

Pada mulanya saya agak terkejut, kerana agak susah untuk orang marah kepada kawan saya ini. Maklumlah dia jenis businessman yang tak kacau orang lain. Dia hanya fokus bidang dia dan buat kerja dia saja.

Maka dia pun mula menceritakan bahawa dia dimarahi seseorang kerana menolak untuk menerima rasuah.

Saya pun ada cerita saya…

Saya pula menceritakan pengalaman saya untuk mengelak dari memberi rasuah kepada kastam-kastam di LCCT,  KLIA mahupun di Depot Kastam Poslaju.

Perkara ini seolah-olah sudah menjadi lumrah apabila mereka memulakan dengan berkata

"Encik, kalau encik bayar tax untuk benda nie, kena bayar hampir RM 300 tapi kalau bayar pada saya hanya RM 150. Encik pilihlah mana satu yang nak" 

Yang lebih menyedihkan, mereka ini juga sanggup meminta rasuah di hadapan ketua-ketua mereka. Malah ketua-ketua ini pula bersekongkol dengan mereka.

Pada satu ketika di LCCT, sewaktu seorang pegawai kastam ini mengugut saya memberikan

"duit kopi" atas barangan yang dibawa, lalu bos pegawai ini lalu disitu.

Maka ditegurnya bos pegawai ini yang berbangsa Cina.

"Chief, macam mana nie, dia tak nak bayar apa-apa. Kita tahan barang dia dulu ? ". Kebetulan pula bos itu agak ok. Dia menjawab

"Tak payah tahan la.. bincang dulu dengan dia" 

Jika diberi alasan tak ada duit, disuruhnya kita keluarkan dari ATM.

Jika diberi alasan tak ada duit Ringgit, hanya duit Yuan, disuruhnya kita pergi tukar di  Money Changer dulu.

Akhirnya, disuruh saya bayar cukai RM 200 dan saya beritahu terus terang yang saya tidak akan memberi duit ini tanpa resit. Akhirnya bayar RM 200 dan dapat resit. Selesai.

Lepas itu pegawai kastam itu terus mengomel,

"Sepatutnya barang ini kena cukai lebih tinggi ni, saya dah tolong encik ni. " (dengan harapan akan diberi duit tips )

Saya faham maksud beliau, tapi apakan daya, dah lepas nak bayar apa lagi.

Dalam senario kedua, seorang pegawai tu bermula dengan berkata

"Encik, bayar duit kopi la senang. Baru RM 300. Kalau bayar tax nie ada la dekat 800." 

Saya jawab

"Saya bukan taknak bayar rasuah, Cuma saya tak nak tuan dan anak-anak tuan makan duit haram ini" 

Terus pegawai itu terdiam dan minta saya jumpa pegawai atasan. Alhamdulillah, pegawai atasan ini bagus dan  kira cukai yang sepatutnya dan saya hanya membayar RM 200 untuk cukai barangan tersebut. Berbanding dengan RM 800 yang dinyatakan sebelum ini ataupun duit kopi RM 300.

Satu lagi senario yang tak mungkin saya maafkan adalah apabila disuruhnya kita pergi ambil duit di ATM, dicurinya pula barang kita. Bila balik rumah, saya check, dah tak cukup barangan yang ada dalam beg yang dibuka.

Dan saya yakin 99% bahawa barangan ini diambil oleh mereka. Namun 1% dari diri saya cuba bersangka baik bahawa barangan itu lesap dengan sendiri. Mungkin tercicir di mana-mana.

Namun saya tidak lepaskan pegawai kastam itu begitu saja. (Saya dah hafal namanya).

Kali seterusnya saya jumpa pegawai yang sama. Saya sound dia bahawa dia curi barang saya hari tu sewaktu beg terbuka pada kali yang lepas. Dia diam dan suruh saya jalan cepat-cepat. He he he.

Senario-senario seperti ini adalah perkara biasa dan lumrah yang berlaku dan kalau tanya sesiapa yang selalu pergi ke China atau mana-mana negara dan membawa balik barangan untuk perniagaan pasti akan bersetuju dengan hal ini.

Namun perlu juga diakui, tidak semua pegawai kastam seperti ini. Ramai juga yang baik dan takut kepada Allah.

Tak tahu sejauh mana saya dan rakan-rakan lain dapat bertahan. Moga Allah kuatkan pegangan Insya-Allah - Shahabudeen Jalil


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone