SharpShooter Followers

Friday, December 13, 2013

Barang Naik: TKM1 sindir Pusat


Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon menyindir Kerajaan Pusat ekoran kenaikan harga minyak petroleum serta komoditi asasi yang nyata membebankan rakyat.

Mohd. Rashid berkata demikian semasa sesi penggulungan Bakat 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pulang dekat George Town, petang tadi.

"Kita bersyukur atas keprihatinan Kerajaan (Umno BN) Pusat yang telah menaikkan harga gula, petrol, tarif elektrik, tol dan akan menaikkan tambang pengangkutan awam darat.

"Dengan inisiatif ini, saya yakin kita akan melihat penurunan bilangan pesakit diabetes, kadar kemalangan jalan raya dan kebakaran disebabkan litar pintas," ujar Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak.

Beliau memujuk semua pihak supaya bersatu padu untuk memajukan negeri ini dengan meninggalkan politik asabiah sebagaimana yang dilarang oleh Nabi Muhamad S.A.W.

Katanya, sabda Rasulullah S.A.W yang dipetik bermaksud, "Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera 'immiyah, mengajak kepada asabiah atau membantu asabiah, maka, ia mati dalam Jahiliah." (hadith iwayat Muslim, Ahmad dan An-Nasaa'i)

Mohd Rashid, kemudiannya diminta memberi penjelasan mengenai maksud asabiah oleh beberapa wakil rakyat pembangkang ekoran sindiran terbit.

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Mana kemudiannya membaca hadith lain yang bermaksud, "asabiah ialah membantu kaum suatu bangsa sendiri melakukan kezaliman." (rujuk Al-Sunan, Al-Adab, hadith nombor 4456).

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Kawan Choo Kiang meminta Mohd. Rashid meneruskan ucapan penggulungan.



--
Posted By Blogger to faqar on 12/12/2013 06:30:00 pm