Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
11 Disember 2011
KERAH SEGERA PENGLIBATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA UNTUK BANTU MANGSA BANJIR DAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SEGERA BUKA PUSAT PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR
JINGGA 13 Malaysia melalui Misi Prihatin telah ke Chukai,Kemaman bagi tujuan menjalankan program pengagihan barang-barang makanan,alat tulis dan alatan membersih rumah termasuk membantu rumah-rumah mangsa banjir yang sangat mengharu dan menyedihkan akibat daripada malapetaka banjir .
Sewaktu menjalankan program pengagihan barang-barang makanan seperti beras,gula,milo,biskut dan meggi di sekitar Kg. Bukit Mentok,Kemaman , mangsa-mangsa banjir sedang membersihkan rumah-rumah masing-masing yang benar-benar menyentuh perasaan apabila boleh dikatakan hampir 100% barang-barang rumah seperti perabut,barangan elektrik,barang-barang makanan,pakaian telah rosak dan bercampur dengan lumpur terutama di dalam rumah mereka.
JINGGA 13 kecewa dengan sikap pihak berwajib terutama pihak JKM yang ternyata masih gagal menyalurkan bantuan dengan menyeluruh kepada mangsa-mangsa banjir malah sewaktu Pasukan Prihatin Jingga13 Malaysia mengagihkan barang-barang makanan dan alat-alat tulis dari rumah ke rumah,majoriti mangsa banjir memaklumkan tidak menerima apa-apa bantuan makanan sehinggalah kehadiran kami.
JINGGA 13 juga hairan kenapa tidak ada tindakan drastik dilakukan untuk mendapatkan tenaga daripada Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana pihak untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutama membersihkan rumah mereka yang penuh dengan lumpur.Bayangkan sekiranya rumah warga emas,bagaimana mereka hendak membersihkan rumah yang penuh lumpur,mengangkat perabot yang rosak dan sebagainya.
JINGGA 13 juga memohon dan merayu agar satu operasi menyeluruh dibuat oleh pihak kerajaan agar dapat meringankan penderitaan mangsa-mangsa banjir yang bukan sahaja berdepan dengan kerugian harta benda tetapi memerlukan tenaga untuk membersihkan lumpur-lumpur yang memenuhi rumah dan halaman rumah mereka serta untuk membuang segala perabut rumah yang rosak dan sudah tidak dapat digunakan lagi.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sewajarnya mengambil peranan yang lebih efektif dan berkesan agar bantuan disalurkan kepada mangsa banjir terutama mewujudkan dengan SEGERA Pusat Penyediaan Makanan kepada mangsa banjir yang turut hadapi kerosakkan dapur dan tidak mempunyai bahan-bahan untuk memasak.
Misi Prihatin JINGGA 13 juga turut mengagihkan beras hasil sumbangan orang ramai melalui akaun segera Bendahari JiNGGA 13 Malaysia di Parlimen Kuantan dan Parlimen Pekan berjumlah 150 kampit melalui Pusat Operasi Banjir Parlimen Kuantan di Surau Medan Warisan,Kuantan sebanyak 50 kampit dan 100 kampit melalui JINGA 13 Pekan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir khusus kepada golongan fakir miskin dan berpendapatan rendah terutama yang diabai oleh pihak kerajaan dan jentera UMNOBN.
JINGGA 13 terus merayu kepada warga prihatin Malaysia untuk terus menghulurkan derma ikhlas melalui akaun MBB 162272638343 Rohaida Mansor (Bendahari Jingga13 Malaysia) untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir dan membantu sukarelawan Pasukan Prihatin Jingga 13 yang berkhidmat secara sukarela untuk urusan pengangkutan ke lokasi-lokasi yang diperlukan dan sebagainya.
JINGGA 13 juga akan turut menghantar Pasukan Prihatin JINGGA 13 ke Kg. Gumum,Tasek Chini,Parlimen Pekan bermula 11 Disember 2013 dalam gabungan bersama NGO yang memerlukan sukarelawan dan bantuan makanan segera di sana.
Muafakat*Prihatin*Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia
019-9900288
Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?
-
*1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26,
2024 *
KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian se...
2 hours ago