SharpShooter Followers

Wednesday, November 04, 2009

Berkorbanlah di tempat mereka yang lebih memerlukan


Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah, tahun ini sekali lagi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan menganjurkan Rayuan Qurban Eidul Adha & Aqiqah 1430H.

Tahun ke-11 ini, ibadah ini bakal dilaksanakan di 14 buah tempat.

Pada tahun ini kita memfokuskan tempat-tempat berikut untuk dilaksanakan ibadah kurban.

1. Palestin
2. Selatan Thailand
3. Indonesia
4. Rohingya
5. Vietnam
6. Kemboja
7. Selatan Thai
8. Sri Lanka
9. Sudan
10. Afghanistan
11. Pakistan
12. Bangladesh
13. Iraq
14. Turkestan Timur

Kepada semua, marilah kita membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan dari kita yang mungkin mempunyai lebihan dari kewangan kita.

Mungkin tahun ini kita belum lagi melakukan apa-apa untuk membantu saudara kita di luar sana. Mungkin inilah masanya. Jangan bertangguh lagi kerana kita tidak tahu adakah kita akan berkesempatan lagi melakukan ibadah ini tahun depan...

JOM ramai-ramai kita melaksanakan ibadah Qurban ini.

Rasulullah SAW telah bersabda: "Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Brosur Rayuan Qurban & Aqiqah JIM 1430H.
Mukasurat 1
Mukasurat 2

Video promosi Rayuan Qurban & Aqiqah JIM 1430H boleh dilihat di http://www.youtube. com/watch? v=O5N0YXLIlig

Laporan Rayuan Qurban & Aqiqah 1429H boleh dilihat di Brosur Laporan Qurban & Aqiqah JIM 1429H

Blog Rayuan Qurban & Aqiqah JIM 1430H sila ziarah http://www.qurban-aqiqah.jim.org.my/

Penyertaan juga boleh dibuat melalui e-bazaar http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sekretariat Rayuan Qurban & Aqiqah JIM 1430H di talian:

03-4108 9669
03-41053159

(U.P: Cik Wardah / Sdra Faiz)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/