Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan.
Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.
Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.
Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut.
Oleh itu, KEADILAN menggesa kerajaan untuk menarik balik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang.
KEADILAN turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan.
Semoga keadilan bagi semua pengguna Internet terjamin demi seluruh rakyat Malaysia.
YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak merangkap
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN
Sebagai sokongan kepada Hari Internet Blackout yang akan berlangsung hari esok (14 Ogos 2012) bagi membantah Seksyen 114A, laman Facebook AhWarGor akan menghentikan segala aktiviti dalam Internet, termasuklah berhenti mengemaskini atau memuat naik segala informasi atau maklumat terkini, bermula pada pukul 12 malam ini sehingga pukul 12 malam keesokan.
Wahai kawan-kawan AhWarGor sekalian, marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Hari Internet Blackout bagi mempertahankan hak kebebasan internet!
https://www.facebook.com/brotheranwar
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone