Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sudah lama bersedia untuk berdepan dengan mana-mana calon Umno dalam pilihan raya ke-13 akan datang.
Katanya, beliau kini melihat Umno sedikit teragak-agak untuk meletakkan calon yang sesuai bagi merampas kembali Parlimen Kuantan.
“Saya lihat, Umno sendiri masih bermain tarik tali dengan parti komponennya. BN tolak ke MCA, MCA tolak ke BN
“Mereka mungkin takut, jika BN yang ambil alih, mereka perlu menggantikan kerusi lain kepada MCA kerana tidak mahu rakyat lihat Umno bolot semua kerusi,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Tambahnya, apa yang pasti, sesiapa sahaja calon yang bakal diletakkan Umno nanti, tidak menjadi halangan untuk beliau terus bertanding.
“Saya tidak mahu cakap besar, apa yang penting, saya sudah berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat, selebihnya biar rakyat yang tentukan,” katanya.
Fuziah berkata, sejak memegang parlimen Kuantan, PKR tidak pernah berhenti berkhidmat untuk rakyat.
“Apa yang rakyat perlukan ialah wakil rakyat yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa serta ikhlas menjalankan tanggungjawab.
“Itulah yang kita cuba lakukan, setiap keperluan masyarakat kita cuba penuhi hingga sekarang,” katanya.
Ditanya sama ada PKR akan menggunakan isu Lynas sebagai senjata kemenangan, Fuziah berkata, masyarakat yang akan menentukannya.
“Saya tidak pernah jadikan itu sebagai isu politik sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
“Memang dari awal lagi saya cuba yakinkan pihak kerajaan supaya tidak menerima projek itu, bukan kerana politik, tetapi atas faktor alam sekitar dan kesihatan awam,” katanya.
Fuziah turut bersetuju ketika Sinar Harian mengajukan soalan sama ada mahu pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat ini.
“Majoriti rakyat sudah mempunyai pilihan mereka sendiri. Bukan hanya di Kuantan, malah saya boleh lihat di seluruh negeri.
“Mereka seolah-olah sudah tidak sabar untuk mengundi, yang tinggal hanya sekumpulan kecil pengundi atas pagar,” katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Temerloh Dan Bera Menjadi Daerah Terbaru Dilanda Banjir, Empat Pusat
Pemindahan Sementara Dibuka
-
*TEMERLOH: *Temerloh dan Bera menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan
empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menempatkan 39 mangsa
daripada t...
5 hours ago