Jingga 13 MENDESAK seluruh rakyat Malaysia khususnya para pengguna internet dan media sosial menolak UMNO / BN secara total terhadap perlaksanaan Seksyen 114A Akta Keterangan Pindaan 2012 yang berkuatkuasa tidak masuk akal dan mengekang kebebasan bersuara rakyat , malah sebagai bukti penafian amalan demokrasi dalam negera .
Jingga 13 sebagai NGO yang berteraskan kepada gerakan maya dan bergerak secara aktif melalui internet dan media sosial sebagai medium menyampaikan informasi melalui para blogger dan 'cyberwarrior' ( pahlawan cyber ) melalui penggunaan facebook, twitter, forum dan blog MEMBANTAH sekeras-kerasnya akta tersebut dan MENYOKONG GERAKAN STOP 114A .
Kami juga mengesa seluruh rakyat bergerak secara soladiriti dan proaktif menolak dan memastikan undang-undang zalim tersebut DIMANSUHKAN yang ternyata menolak amalan demokrasi serta prinsip hak asasi manusia .
Pindaan terbaru tersebut juga meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh , ini bermakna seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan risiko yang amat tinggi untuk difitnah , diinaya , dikhianati .
Ternyata akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet , khususnya media sosial.
Seksyen 114A Akta Keterangan Pindaan 2012 ini bukan sahaja mengancam kebebasan berinternet rakyat Malaysia tetapi juga ke arah membantutkan pemikiran , merencat pemacuan ekonomi dan penguasaan ilmu rakyat khususnya golongan generasi muda
Ketakutan pemerintah khususnya UMNO/BN terhadap perkembangan positif penguasaan internet dan kekuatan kuasa media sosial rakyat meletakkan nyawa mereka semakin dipenghujung .
Tindakan drastik dan tidak relevan ini wajar di'ajar' oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan penolakan secara total rakyat terhadap UMNO/BN dalam PRU 13 , sebagai langkah yang terbaik ada agar akta tersebut dimansuhkan . Selamatkan rakyat Malaysia !
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 13
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone