SharpShooter Followers

Sunday, October 31, 2010

"Tolak Chang Lih Kang sebab dia Cina"

YB Chang Lih Kang Adun Teja adalah seorang tokoh anak muda yang kian melonjak naik dalam arena politik di Malaysia terutamanya di Negeri Perak.

Negeri Perak seperti yang kita sedia maklum telah dirampas oleh b-end dengan menjelma tiga ekor katak besar.

Namun begitu, YB Chang Lih Kang adalah di antara YB yang telah lulus ujian apabila beliau ditawarkan dengan kemewahan dan kekayaan tetapi beliau tetap dengan perjuangan Keadilan. Bukan mudah bila kita diuji dengan ujian seumpama itu. Berapa ramai yang rebah tersungkur ke lubang najis bila diuji dengan kekayaan segera.

YB Chang Lih Kang pada pemilihan AMK kali ini telah menawarkan diri sebagai calon Timbalan Ketua AMK bersama Team Chegubard.

Keputusan tidak rasmi setakat jam 3 pagi adalah Che'gubard mendahului dengan 352,manakala Shamsul Iskandar pula sebanyak 241 undi manakala Calon Timbalan Ketua AMK Pusat Chang Li Kang mendapat 171 undi dan pencabarnya Jonah mendapat undi 216.

Kempen "tolak Chang Lih Kang sebab dia Cina" adalah tidak wajar berlegar dan dibiarkan dalam Keadilan. Apakah semangat 'bangsa atau kaum' masih wujud dalam Keadilan. Mengapa isu perkauman ditimbulkan oleh sesetengah calon AMK? Isu perkauman tidak sepatutnya timbul dalam Keadilan.

Jangan kita lupa bahawa YB Chang Lih Kang adalah salah seorang pejuang Cina yang sanggup ditangkap kerana mempertahankan kg orang Melayu. Isu perkauman tidak harus timbul kerana YB Chang Lih Kang bukanlah seorang yang anti Melayu atau terlalu tebal semangat perkauman Cina. Adalah amat malang sekali sekiranya masih ada AMK yang mengundi berdasarkan semangat kaum.

Sharpshooter ingin mengimbau semula kisah perjuangan YB Chang Lih Kang. Halang roboh rumah: 20 penduduk Kg Berembang ditahan polisMon Nov 20, 06 05:30:27 PM Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Lebih 20 penduduk Kampung Berembang, Ampang dekat sini, termasuk dua pelajar sekolah berusia 14 dan 16 tahun, dipercayai ditahan polis hari ini kerana menghalang rumah mereka daripada dirobohkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Bagaimanapun pihak polis enggan mengulas dan mengesahkan penahanan mereka. Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Ulu Klang. Menurut sumber, antara penduduk ditahan ialah Adli Abd Rahman, Mamat Rajis, Fiqtriey Al-Hakimi, Ramacantiran, Ramalinggam, Thevarajan dan Letchumi Devi Doraisamy.


Turut ditahan semasa tindakan meroboh itu dua aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Chang Li Kang dan S Arutchelven.

Sebanyak56 rumah dirobohkan penguat kuasa MPAJ setelah rundingan penduduk terbabit tidak berjaya biarpun nasib mereka mendapat perhatian Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Dato' Siva Subramaniam yang turut berada di kawasan berkenaan.


Sebanyak dua jentolak digunakan untuk memusnahkan rumah-rumah mereka manakala empat trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan satu trak meriam air (water cannon) turut kelihatan di tempat kejadian.

Sebelum ini pihak penduduk telah memohon supaya kerja-kerja meroboh ditangguhkan sehingga 30 April tahun depan. Akhirnya MPAJ terus memusnahkan tempat kediaman mereka pada jam tiga petang tadi.


Sehubungan dengan itu, YB Chang Lih Kang sebenarnya adalah calon terbaik Timbalan Ketua AMK Pusat. Beliau telah lulus ujian dengan jayanya.

Sharpshooter juga masih menunggu bilakah Jonah akan membersihkan namanya seperti artikal yang pernah sharpshooter siarkan di sini.

Khabar angin bertiup kencang kononnya sharpshooter telah dihubungi oleh 'orang tertentu' supaya isu Jonah disenyapkan adalah tidak benar sama sekali.

Sharpshooter tidak pernah menuduh Jonah tetapi sharphooter hanya mahu Jonah membersihkan namanya.

Cerita mengenai isu perkauman sempit "tolak Chang Lih Kang sebab di Cina" boleh anda baca di sini.

Undilah YB Chang Lih Kang calon terbaik Timbalan Ketua AMK Pusat.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/