SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Wednesday, April 07, 2010

Pemuda Pakatan Rakyat mulakan kempen di Hulu Selangor

Walaupun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, namun ceramah pentas Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi tetap diadakan di atas sebuah lori usang tanpa menggunakan jentera kerajaan negeri.

Pentas pemuda yang berlangsung di Dataran Bandar Baru Bukit Sentosa malam tadi menampilkan ketiga-tiga tokoh ketua pemuda daripada PAS, PKR dan DAP.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan, program malam itu sebagai permulaan gerak kerja pemuda Pakatan Rakyat bagi membantu kemenangan Pakatan Rakyat di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Beliau menyatakan bahawa para pengundi dan rakyat Hulu Selangor mesti bijak mendengar dan menilai sendiri kejayaan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan tidak mempercayai propaganda yang di sebarkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Ini penting kerana berita-berita di dalam televisyen, terutamanya TV1, TV2 dan TV3 menyembunyikan fakta kejayaan ini.

"Apa yang mereka tunjukkan, sedikit percakapan pemimpin kita yang telah dipotong dan pemberita pula yang banyak mengulas," tambahnya sambil memberikan contoh bagaimana Ketua Audit Negara mengakui pengurusan kewangan di negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah yang terbaik.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Samsul Iskandar pula di dalam ceramahnya menjelaskan bagaimana berjuta-juta ringgit duit rakyat telah dibelanjakan untuk membayar syarikat zionis Israel.

"Ini sebagai bukti bahawa Umno dan Barisan Nasionallah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan negara," katanya.

Terdapat sedikit gangguan apabila pihak polis berkali-kali cuba meminta ceramah itu dihentikan dan lima minit sebelum Anthony Luke menghabiskan ceramahnya bekalan elektrik diputuskan secara tiba-tiba.

Ini menyebabkan mikrofon tidak dapat berfungsi dan Anthony terpaksa menguatkan suara di dalam ceramah tersebut.

Walau bagaimanapun, program itu tetap berjalan lancar seperti yang dirancangkan dengan kehadiran hampir seribu orang audien.

Program tersebut dipengerusikan oleh Sany Hamzan dan turut meriah dengan kehadiran Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)