SharpShooter Followers

Monday, March 18, 2013

Adakah Melayu P.Pinang sedar isu ini?

MELAYU Pulau Pinang paling rugi apabila Kerajaan Pulau Pinang era Umno Barisan Nasional gagal membina 947 rumah kos rendah di Telok Kumar, Bayan Lepas sejak tahun 2004 lagi.

Kegagalan itu berpunca oleh dua syarikat pemaju lantikan Kerajaan Barisan Nasional Pusat.

Umno Pulau Pinang jangan bersikap munafik dengan menuduh Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat) sekarang gagal membina rumah kos rendah di Pulau Pinang, khususnya di sebelah 'pulau'.

Penduduk Melayu majoritinya di Teluk Kumbar, tetapi Melayu 'pulau' seakan tidak dihormati oleh pemimpin Melayu sendiri apabila dua projek (perumahan) ini terbengkalai sampai sekarang walaupun pelan perancangan pembangunan perumahan di Teluk Kumar Height diluluskan sejak 8 Mac 2004 lagi.

Di bawah skim Tabung Pusingan Perumahan Kos Rendah (TTPKR), syarikat TPPT Sdn. Bhd. diberi projek dan dilaksanakan secara bersama dengan pemaju Southdowns Corporation Sdn. Bhd..

TPPT Sdn. Bhd. sebuah syarikat di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia...jika mengikut pelan asal pembangunan bercampur berkenaan mengandungi 2,212 unit, iaitu termasuk 712 unit rumah (pangsa) kod rendah

Kenapa sudah hampir sembilan tahun janji tuan tanah (TPPT) untuk membina satu blok rumah pangsa kos rendah (setinggi) 19 tingkat yang mengandungi 712 unit dengan keluasan 650 kaki persegi berharga RM35,000 seunit tidak dapat dibangunkan?

Satu lagi projek pembangunan bercampur di atas tanah berkeluasan 62.7 ekar di Jalan Teluk Kumbar juga, iaitu keluasan yang boleh diguna pakai daripada keseluruhan 105 ekar.

Tanah itu asalnya milik I&P Development Sdn. Bhd. dan pelan pembangunan diluluskan sekitar tahun 2005.

Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) kemudiannya didedah membeli tanah serta pelan yang diluluskan itu .

Malah, PHBB didedah turut syarikat Mutiara Premier Sdn. Bhd. sebagai tuan tanah yang baru, iaitu sebuah syarikat yang turut mempunyai hubungan dengan I&P DevelopmentSdn. Bhd..

PPHB kemudiannya melantik MRCB sebagai rakan kongsi Bagi tujuan pembangunan serta urus tadbir projek tersebut.

Konsep asal, membina dahulu 235 unit rumah pangsa kos rendah dengan kekuasaan 700 kaki persegi dengan harga seunit RM35,000.

Amat malang sekali, hampir lapan tahun berlalu, keadaan tapak projek samalah seperti 'padang jarak padang terkukur'.

PPHB ditubuhkan untuk memajukan tanah-tanah kerajaan untuk kepentingan penempatan orang Melayu.

Justeru, Melayu terpaksa berputih mata disebabkan kegagalan kepemimpinan Umno sendiri melantik pemaju yang tidak berwibawa, hatta mengakibatkan projek 947 rumah kos rendah di Teluk Kumbar terbengkalai hingga sekarang.

Jika bertanya pada umporno? Apa jawabnya..Jawabnya video lucah palsu jer yg mereka tahu..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone