Akhirnya blogger penakut papagomo yang tidak ada "telur" macam Najib akhirnya "tidak cukup tanah" lari akibat kena saman RM100 juta kerana fitnah Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah ke atas penulis blog Papagomo selepas individu yang dikaitkan dengan Umno itu gagal memohon maaf dan menarik balik satu siri gambar lucah.
Penulis blog itu yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, mendakwa foto berkenaan merupakan rakaman daripada video yang didakwa menujukkan keintiman Anwar dengan seorang lelaki.
Peguam dan naib presiden PKR N Surendran ketika memfailkan saman itu berkata notis 48 jam untuk Papagomo menarik balik dan memohon maaf atas penerbitan berkenaan telah tamat dan penulis blog tersebut mengancam untuk memuatkan video terbabit.
Peguam itu berkata Anwar juga tidak akan membuat laporan polis atau aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memandangkan tindakan itu sudah banyak kali dilakukan sebelum ini.
"Nampaknya agensi ini tidak akan bertindak ke atas aduan kerana mereka adalah alat Umno dan BN. Memfailkan tindakan di mahkamah adalah lebih baik," katanya.
Anwar menamakan Wan Muhammad Azri sebagai defendan tunggal. Selain kuantum, MP Permatang Pauh itu turut menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Papagomo daripada mengulang semua atau menerbitkan kenyataan serupa.
Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.
Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.
#Nampak umno ingat lucah.. UMporNO..
#Nampak Lembu..ingat Kak Ijat..kah kah kah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
5 hours ago