SharpShooter Followers

Monday, March 04, 2013

Insiden Lahad Datu : Jingga 13 desak 2 Menteri letak jawatan

INSIDEN LAHAD DATU : JINGGA 13 DESAK HISAMUDDIN DAN ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN


Insiden Lahad Datu telah membuktikan kegagalan kerajaan UMNO khususnya Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hisamuddin Hussein dan Datuk Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dalam menyelesaikan isu pencerobohan dan serangan tentera kesultanan Sulu yang telah mengakibatkan anggota komando polis maut dan beberapa yang lain cedera .

Sikap sambil lewa dan melengah-lengahkan keputusan terhadap kebiadapan tentera kesultanan Sulu menceroboh dan akhirnya bertindak drastik sehingga berlaku pertempuran dan kematian anggota komando polis adalah merupakan kesilapan dan kesalahan yang wajib dipertanggungjawab oleh Datuk Seri Hisamuddin Hussein dan Datuk Zahid Hamidi.

Berapa ramai lagikah anggota keselamatan negara harus terkorban? Kerajaan UMNO cuba bersikap memburuk-buruk keadaan dengan cuba melontar kesalahan kepada orang lain dengan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'dalang' sebagai menutup kegagalan menangani pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu.

Sepatutnya Kerajaan UMNO khususnya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan menangani kes tersebut demi keselamatan dan kedaulatan rakyat serta negara tetapi cuba melakukan propaganda jijik dan dangkal dengan mencipta persepsi buruk terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kelemahan dan kelonggaran pertahanan dan keselamatan negara menyebabkan sewenang-wenangnya dimasuki oleh para penceroboh dan penganas yang ternyata menjatuhkan maruah negara .

JINGGA 13 yakin rakyat Malaysia yang mampu berfikir akan menolak segala propaganda yang cuba dimainkan oleh Kerajaan UMNO dengan menuding jari kepada orang lain tanpa asas yang kukuh dan menjadi amat kepelikkan setiap apa sahaja yang berlaku dalam negara ini semuanya adalah disebabkan oleh seorang yang bernama Anwar Ibrahim. Ternyata cubaan tersebut memperlihatkan Kerajaan UMNO terus "bermain politik" dengan rakyat dan JINGGA 13 yakin rakyat sudah tidak mudah diperbodoh dan dipermainkan.

Insiden di Lahad Datu adalah simbol kegagalan dan kelemahan Kerajaan UMNO di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menangani dan menyelesaikan konflik yang berlaku. Tindakan Kerajaan UMNO yang berrindak "menangguk di air keruh" adalah bukti sikap desperado politik yang dimainkan oleh Kerajaan UMNO yang ternyata gagal dan lemah.

Selaku menteri yang bertanggungjawab , JINGGA 13 MENDESAK agar Datuk Seri Hisamuddin Husein dan Datuk Zahid Hamidi wajar meletakkan jawatan dengan segera!

muafakat*prihatin*berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone