Hantu papagomo hilang tiba-tiba apabila Rafizi membongkarnya semalam..persoalannya siapa tuan hantu papagomo kaki rasuah dan fitnah itu? najib ke rosmah?
KEADILAN hari ini mengesan rekod Papagomo dibuang dari daftar
pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan pendedahan bahawa
blogger Umno itu merupakan pengundi hantu.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, semakan pihaknya
mendapati rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis)
RF142863 telah dibuang dan tiada dalam daftar SPR.
Selepas mendedahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris
mempunyai dua rekod daftar pemilih semalam, PKR hari ini mendakwa salah
satu rekod tersebut 'hilang' dari Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR.
(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunkan no kad pengenalan polis RF142863 yang dibuat hari ini. Tertera tulisan "record not found")
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata semakan pihaknya hari ini
mendapati Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863
telah dibuang dan tiada dalam rekod SPR.
"Ini mengesahkan bahawa
Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan
telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya
dibuang dari senarai undi pos," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam
Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang
terkenal sebagai bloger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar
pemilih.
(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunakan kad pengenakan sama yang dibuat semalam)
Satu adalah sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan polis
RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan memegang kad
pengenalan bernombor 830121-03-5019.
Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger umno itu sebagai pengundi pos telah dipadamkan.
Sementara
itu, beliau turut mencadangkan pihak SPR duduk semeja dengan pasukan
keselamatan bagi mengenalpasti kes wujud dua rekod daftar pemilih
seperti Papagomo dapat dibersihkan.
"Satu senarai lengkap bekas
anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan
secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama
mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.
"Sekiranya
SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah
tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di
kalangan rakyat," katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/