SharpShooter Followers

Saturday, April 13, 2013

Bendera Keadilan hilang di Pekan, tanda Najib bakal tersungkur di Pekan

Laporan Polis Terhadap Datuk Seri Najib Razak dan UMNO Bahagian Pekan di atas tindakan tindakan mencabut dan menghilangkan bendera Parti Keadilan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat tampil membuat laporan polis terhadap tindakan tidak demokratik dan profesional para pendokong UMNO di Parlimen Pekan yang bertindak membuang , mencabut dan menghilangkan bendera Parti Keadilan Rakyat di beberapa tempat termasuk di Simpang Paloh Hinai dan di sekitar Felda Chini dan Felda Chini Timur.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib dan UMNO Bahagian Pekan wajib bertanggungjawab terhadap tindakan tidak berakhlak dan bermoral ahli-ahli dan pendokong mereka yang mengambil tindakan tersebut.

Sebagai parti yang bertanding di P 85 Pekan, adalah menjadi kewajaran kepada jentera kami menjalankan kempen dengan memasang bendera di lokasi yang strategi. Tetapi malangnya tindakan tidak demokratik pendokong UMNO telah menimbulkan kerugian kerana bendera-bendera tersebut adalah dibeli dan hilang begitu sahaja.

Pihak kami memohon agar tindakan diambil oleh pihak polis kepada Datuk seri Najib Razak, selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan dan UMNO Bahagian Pekan terhadap tindakan tidak bermoral tersebut dan meminta pihak polis tidak bertindak dwi-standard.

Sekiranya Datuk Seri Najib Razak selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan gagal mengawal ahli-ahli dan pendokong UMNO Pekan daripada tindakan tersebut maka adalah membukti kegagalan beliau dan kewajaran kepada beliau menarik diri daripada menjadi calon P85 Pekan.

Kami juga memohon agar pihak polis mengambil inisiatif lebih tinggi agar tindakan 'sebodoh' itu dapat dihentikan oleh para pendokong dan penyokong UMNO yang dilihat semakin tertekan terhadap kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ini.

Pakatan Harapan Rakyat!

FARIZ MUSA
Penyelaras P 85 Pekan
Parti Keadilan Rakyat

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Jangan kita berdukacita kerana bendera. Rakyat sudah nekad menumbangkan kerajaan Umno/BN samada kita pasang bendera atau tidak.
Najib Dah Nazak's avatar

Najib Dah Nazak · 624 weeks ago

KAH KAH KAH......

NAJIB OIIII.... CAKAP BERDEGAR2 MCM BAGUS... ORG TU SALAH ORG NI TAK BETUL... HANG SAJA FIKIR HANG YG BETOI.... POOODDDAAAHHHH ......

CARA HANG MENUNJUKKAN HANG TU PENAKUT.. TARAK TELOK MCM PECACAI BODOH HANG DARU UMNO BN.. SEMUA PENGECUT...

AKU JUMPA HANG PA SEMUA.. SEKOQ2 AKU LUKU KEPALA.. AWAT BODOH PIANGGG SGT... SAMPAI BENDERA PKR PUN HANG PA TAKUT...

NI SURE TERKETAQ KETAQ....

NI SATU LG CERITA... ANGGOTA POLIS SABUNG NYAWA SAMPAI ADA YG MENINGGAL DUNIA PERANG DHN GANG SULU... TAK PASAI2 KETUA POLIS SABAH DPT NAIK PANGKAT... CISSS... APA KA HAL LA.. MCM BODOH...

MAMAT MISAI TAK TRIM NI YG KITA DOK TGK DLM TV SAJA... CAKAP TERGAGAP2 MCM HISAP CANDU SAJA.. YG POLIS PANGKAT RENDAH SEMUA KE BARISAH HADAPAN.. TUP TUP DIA YG DPT KENAIKAN PANGKAT... BIUL LA .. TAK ADA KERJA ORG LAIN LA.. SI HOSAPMUDIN PUNYA IDEA LA NI NAK BELI JIWA POLIS...

POOOODDDDAAAAHHHHH.....
Kalau nak menang besar, pergi kekampung , felda dan taman2 perumahan dan edarkan Manifesto PR, dan sebab2 kenapa rakyat perlu buat perubahan, secara ringkas dan padat. Pengaliran keluar wang haram, kekayaan yg dikumpul oleh pemimpin BN dln2. Saya di Johor, di Taman Perumahan, dah terima 3 edaran BN setakat ini. Saya lihat rumah2 Melayu, & India ramai yg menggantung bendera BN & UMNO. Yg baru diterima, notis ceramah, dan tayangan oleh BN di dewan. Mereka bekerja keras , walaupun TV menjalankan propaganda setiap hari, mereka masih adakan ceramah di Taman2 perumahan, di felda , dan dikampung, disamping edaran. Adakan tayangan .Boleh ambil dari sumber internet , contohnya video ringkas Rafizi -turun harga kereta, PTPTN, belanjawan 2013 Saifuddin, Gambar2 Sultan Sulu dgn pemimpin BN, graf hutang negara, cincin Rosmah, kekayaan Mahathir, Taib Mahmud, kroni, isu kapal selam dan sebagainya. Tayangan beserta gambar dan bukti menjadi lebih menarik ,berkesan dan mudah difahami. Tayangan video beberapa himpunan kebangkitan rakyat, supaya org2 kpg dapat lihat dan sedar bahawa rakyat bangkit utk menolak pemimpin korup dan zalim. Tayangkan sedikit debat diparlimen, agar mereka tahu bahawa nasib rakyat dan hala tuju negara diputuskan diparlimen. Mereka tidak tahu hal ini kerana setiap hari mengadap TV dan utusan.
Pasang billbard ditempat awam / simpang yg banyak kenderaan perlahan / ditempat tumpuan ramai mengenai tawaran Pakatan Rakyat yg terpenting, supaya secara spontan org dapat lihat kebaikan utk rakyat. Juga pasang di kpg dan Felda . Ini juga satu cara penyampaian maklumat yg berkesan.

Post a new comment

Comments by