![]() |
Nurin Aina merupakan aktivis reformasi sejak 1998, ketika itu beliau masih merupakan seorang pelajar Universiti,. |

SUNGAI PETANI – Teka-teki siapa bakal calon PKR bagi kerusi Parlimen Merbok setelah penyandangnya, Datuk Rashid Din mengundur diri terjawab apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman itu semalam.
Dalam pengumuman dibuat oleh Anwar di hadapan kira-kira 10,000 penyokong pada satu ceramah di Bandar Laguna Merbok, beliau berkata, Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani, Nor Azrina@Nurin Aina Abdullah Surip telah dipilih sebagai calon kawasan itu.
Nor Azrina atau lebih mesra dengan panggilan Nurin Aina yang juga merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah kini berusia 38 tahun.
Sebelum ini, kerusi itu dimenangi Datuk Rashid Din yang memperoleh 25,541 undi, menewaskan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari Umno BN (22,443 undi).
Tahniah Nurin...teruskan perjuangan..lawan tetap lawan...
Anda boleh ikuti perkembangan aktivitinya melalui tweeter @Nurin_MS atau facebook Nurin Aina https://www.facebook.com/nurin.aina.1612
Nurin Aina pernah menjadi Exco AMK Malaysia, beliau juga pernah memegang jawatan Ketua AMK Johor, beliau juga merupakan Ketua Srikandi Malaysia sebelum jawatan itu disandang oleh Siti Aishah.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
onlyHA · 624 weeks ago
Walaupun rakyat ingin perubahan, tetapi calon pakatan
sediada masih belum cukup menyakinkan bahawa perubahan
yang bakal dilakukan betul-betul bermanfaat.
Saya sendiri hanya yakin Islam sahaja yang benar dan akan
membawa manfaat.
Tidakkah pucuk pimpinan pakatan sebenar-benar yakin bahwa
masih ramai keturunan ahlul bait yang memilih hidup sederhana
itu berkualiti memimpin? Memang mereka bukan jenis menonjol
diri seperti kebanyakkan manusia. Jika anda semua mencari
kebenaran carilah mereka. Tepuklah dada.
Untuk manifesto pula
1. Kembalikan wang haram keluar berjumlah RM 1 Trillion http://www.keadilandaily.com/aliran-wang-haram-rm...
2. Gunakan sebahagian wang kembali tadi untuk langsaikan hutang isirumah RM 600 Billion http://www.keadilandaily.com/hutang-sebenar-negar...
3. Baki RM 400 Billion pula guna untuk memulangkan simpanan ahli KWSP http://en.wikipedia.org/wiki/Employees_Provident_...
Berpandulah hadis : "bayarlah upah mereka sebelum keringat mereka kering"
Janganlah lagi berpandu pada undang-undang yang bukan Islamik.
Dana sebenar di KWSP yang masih tidak diusik kerana pemulangan hanya mengguna wang terkembali,
gunakanlah sebaga modal pembangunan negara tanpa hutang. Siapkan negara untuk hadapi fitnah
dajal kelak
Untuk syiar pula
Undi anda sebagai jihad politik
Janganlah menangguk di air keruh
Ikhlas,
HA