Dua buah kereta dibakar di dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan
salah seorang mangsanya adalah anak calon PKR di Sri Andalas, Dr Xavier
Jayakumar.
Sehubungan itu, calon PAS Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mendesak siasatan segera perlu dibuat dan dihentikan politik ganas.
Sebelum ini, satu letupan bom berlaku di dalam satu majlis anjuran BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Namun, hanya seorang sahaja yang mendapat cedera ringan di kakinya.
Polis yakin ia dibuat bukan untuk mencederakan sesiapa tetapi ada tujuan lain.
Sokongan India
(Dr Mariah bersama penyokongnya di kalangan masyarakat India)
Sementara itu, Dr Mariah terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat masyarakat khasnya di kalangan masyarakat India.
Beliau terus menerima sokongan tidak berbelah bahagi sebagaimana yang beliau dapat dalam pilihan raya 2008 lalu.
Dalam PRU 2008, Dr Mariah mendapat majoriti undi paling besar di kalangan calon PAS.
Beliau mengalahkan S. Vigneswaran calon BN dari MIC dengan majoriti 20,751 undi.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago