Hari ini sharpshooter bersama komrad Jingga 13 hadir di hari penamaan parlimen Pekan untuk memberi sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat Cikgu Fariz Musa.
Puak-puak umporno berpecah teruk di Pekan, semalam di Dun Bebar, puak yang tidak berpuas hati dengan calon pilihan najib telah membuat demo besar-besaran dan keadaan menjadi kecoh hingga FRU terpaksa leraikan puak-puak umporno yang memberontak kerana calon mereka tidak dicalonkan.
Manakala di Batu 10, tentera pula kali ini diberi pilihan untuk mengundi sendiri dan mereka bebas mengundi calon pilihan mereka. Isu skandal penyelewengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dibawa oleh Cikgu Fariz Musa terlalu dekat dihati mereka.
Bekas tentera yang sempat sharpshooter temui semasa penamaan calon di Pekan berkata "Mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong. Itu duit kami bukan duit mak bapak umno"
Beliau berkata kali ini kami bekas tentera dan tentera bertekad akan ajar najib cukup-cukup sebagai pengajaran.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago