SharpShooter Followers

Thursday, April 04, 2013

SPR wajib umum segera daftar pemilih terkini - @fuziah99

Sehubungan dengan pengumuman pembubaran Parlimen semalam 3hb april 2013, maka di jangka SPR akan umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam tempoh terdekat. Sehubungan dengan itu saya menggesa agar daftar pemilih yang akan di gunapakai untuk PRU13  perlu di umumkan juga.

Oleh kerana daftar pemilih induk (DPI) yang terakhir di gazetkan ialah untuk Suku keempat 2012, maka saya ingin menarik perhatian SPR kepada daftar pemilih pilihanraya yang akan di gunakan untuk PRU13 ialah seharusnya merupakan DPI SK4 2012.

Sekiranya ada berlaku pembersihan ke atas DPI tersebut, hanyalah pemotongan disebabkan kematian dan SPR mesti bersifat telus dengan menyenaraikan senarai pemilih yang sudah meninggal dunia yang nama mereka akan dipotong akibat pembersihan ini.

SPR juga perlu mengeluarkan daftar pemilih pilihanraya ini (DPPR) bersekali dengan pegumuman tarikh penamaan calon dan bukannya pada hari penamaan calon seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini.

Pihak Pakatan Rakyat juga ingin memberi isyarat supaya SPR tidak sewenang-wenangnya mengalihkan tempat mengundi buat pemilih seperti yang sudah-sudah.

Daftar pemilih yang akan digunapakai PRU13 ini merupakan antara faktor yang akan menjadi kayu ukur ketulusan dan juga integriti SPR. Rakyat sedang memerhati.
------------------
Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President

Twitter @fuziah99
www.fuziahsalleh.my

A137 Jalan Beserah
Kuantan, Pahang.
09-5138300


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone