SharpShooter Followers

Tuesday, September 06, 2011

Mat Indera adalah anak murid kepada bapa Muhyidin Yasin



Mahu tak mahu.. suka atau tidak suka, isu tema Hari Raya Aidilfitri umporno tahun 2011 adalah Mat Sabu, ini akan jadi sejarah. Nama Mat Sabu disebut setiap hari pagi petang siang dan malam oleh umporno. Ia bermula dengan ceramah Mat Sabu di Tasek Glugor seperti dalam video di atas.

Hikmahnya bila isu pejuang kemerdekaan ini timbul adalah, generasi muda mula mengkaji dan akan tahu sejarah sebenar kemerdekaan. Persoalan umporno yang sekian lama cuba menutup dan menafikan hak tokoh-tokoh agamawan dan ulama' yang menentang penjajah british menuntut kemerdekaan, hari ini terungkai satu demi satu.

Video di bawah pula, Riduan Mohamad Nor (Pengaji Sejarah) menceritakan betapa banyaknya sejarah tokoh-tokoh pejuang agamawan dan ulama' yang sanggup berjihad dan mati syahid menuntut kemerdekaan dipadamkan oleh umporno.

Sebenarnya ada tiga elemen penting yang memperjuangkan kemerdekaan, golongan pertama adalah golongan tokoh-tokoh agamawan dan ulama', keduanya golongan nasionalis kiri dan ketiganya golongan nasionalis kanan.
Link
Nama-nama pejuang syahid seperti Tok Janggut atau nama sebenar Haji Mat Hassan bin Panglima Munas, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy (anak Melayu pertama mendapat PhD), Ahmad Boestamam (API - Angkatan Pemuda Insaf), Shamsiah Fakeh (AWAS - Angkatan Wanita Sedar), Pak Sako (Ishak Hj Muhamad) cuba dipadamkan sebagai pejuang kemerdekaan dan darah serta keringat mereka seolah-olah dinafikan oleh umporno. Sila Klik pada nama mereka untuk membaca sejarah perjuangan mereka.

Lebih 50 tahun, umporno berjaya menanam dalam fikiran rakyat Malaysia bahawa hanya umpornolah yang berjuang dan berjaya menuntut kemerdekaan Malaysia daripada british. Hanya nama Tuanku Abdul Rahman sahaja yang disebut-sebut dan dijulang bila setiap kali tiba Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Ikuti penjelasan lanjut dalam video di bawah.



Sementara itu, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan membukukan biografi pejuang Mat Indera termasuk mewawancara mereka yang mengenali allahyarham terutama keluarga terdekat.

Pengarah operasinya, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, ini ekoran sejak ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia dan media-media perdana milik Umno, nama Muhammad (Ahmad) bin Indera atau Mat Indera mulai dikenali oleh orang ramai terutama golongan muda.

Katanya, profil ringkas beliau mula terpapar di ruangan maya termasuklah dimuatkan di dalam Wikipedia berbahasa Melayu.

“Ceramah Mohamad Sabu yang telah disensasikan ini, bukan sahaja telah mempopularkan nama Timbalan Presiden PAS tersebut, malah sejarah berkaitan dengan Mat Indera mula disoroti semula sehingga menuntut kepada satu kajian yang lebih mendalam tentang biografi beliau,” katanya kepada Harakahdaily.

Berbeza dengan tokoh-tokoh golongan kiri yang lain, katanya Mat Indera tidak begitu dikenali disebabkan beliau meninggal dunia dalam usia yang begitu muda, iaitu sekitar awal 30-an.

Tambahnya, tidak banyak diketahui tentang beliau melainkan melalui sejarah yang ditulis berkaitan dengan peristiwa serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong.

Beliau berkata, di dalam peristiwa tersebut Mat Indera telah dilabelkan sebagai pengganas dan bersubahat dengan komunis seperti yang digembar-gemburkan oleh media-media arus perdana.

Katanya lagi, disebabkan gambaran tersebut, perjuangan Mat Indera keseluruhannya dilihat dari sisi yang negatif sehingga kaum keluarganya dipercayai tertekan dengan tanggapan-tanggapan tersebut.

Bagaimanapun, ujarnya telah ada usaha-usaha untuk mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor dalam buku “Pengukir Nama Johor” yang diterbitkan pada tahun 2004.

Di dalam buku tersebut, sejarah perjuangan Mat Indera telah dilihat dari sudut yang lebih adil termasuklah memaparkan rentetan perjuangan beliau untuk menuntut kemerdekaan.

“Secara tidak langsung, melalui buku ini ketokohan beliau turut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor apabila Menteri Besar Johor sendiri telah memberikan prakata di muka hadapan buku ini.

“PPP melihat usaha Yayasan Warisan Johor ini merupakan satu langkah yang baik untuk meluruskan semula sejarah berkaitan dengan Mat Indera,” ujarnya.

Menurutnya, PPP telah mengenal pasti beberapa orang penulis untuk terlibat dengan penulisan buku ini, di samping akan melakukan sendiri kajian melalui kaedah kajian perpustakaan dan kaedah wawancara dengan mereka yang mengenali Mat Indera, terutama kaum keluarga mereka.

Selain daripada itu, jelasnya PPP juga akan menyahut jemputan beberapa orang tokoh sejarah seperti Profesor Emeritus Khoo Kay Kim dan Profesor Ramlah Adam yang bersedia mendedahkan dokumen-dokumen versi mereka.

PPP juga, kata beliau merujuk kepada dokumen sejarah golongan kiri seperti memoir-memoir tokoh mereka, seperti Memoir Shamsiah Fakeh yang antara lain pernah menyebut Mat Indera belum pernah menyertai PKM sehingga beliau dihukum bunuh.

“Penerbitan buku ini merupakan sebahagian kecil daripada usaha PPP untuk meluruskan semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara, setidak-tidaknya memberikan keadilan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang selama ini telah digelapkan jasa-jasa mereka.

“PPP memberi perhatian terhadap Mat Indera bukan sahaja disebabkan nama ini disebut oleh Timbalan Presiden PAS, tetapi juga disebabkan Mat Indera ini merupakan golongan agamawan, malah ada maklumat tidak rasmi yang menyatakan beliau hafiz al-Quran,” ujarnya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada maklumat tersebut, latar belakang beliau adalah seperti perwatakan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain tokoh agamawan yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/