GEORGE TOWN 20 Sept. - Polis Pulau Pinang hari ini menahan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong, sebelum dibebaskan malam ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, Mohamad dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.
"Beliau telah bekerjasama dengan pihak polis dan setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi, Mat Sabu telah dibawa ke IPK polis negeri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat tiba di pekarangan IPK polis negeri kira-kira 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian setelah percakapannya dirakam.
Ayub berkata terdahulu polis menghubungi Mat Sabu mengenai waran tangkap terhadapnya itu.
Mengulas lanjut, Ayub berkata pemimpin Pas itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth esok bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.
Ayub berkata pihaknya menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.
Antara lain, Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya. - Bernama
Sharpshooter - Cuba kita tengok semula ucapan video Mat Sabu di Tasek Glugor di bawah, Mat Sabu tak pernah kata pun kita sokong komunis tetapi itulah umporno spin citer kononnya kita sokong komunis.Itulah wajah umporno sejak dulu kini dan selamanya...spin citer nombor satu....memang umporno nak jadikan negara darurat supaya mereka terus kekal berkuasa...ini semua hanya untuk modal politik murahan umporno untuk PRU 13 bulan sebelas....ayuh tumbangkan umnporno b-end dalam PRU 13...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/