Kerajaan sentiasa meneliti perkembangan sentimen komunis di Internet, kata pak menteri anak yatim.
Katanya, ketika ini, kebanyakannya digunapakai lebih kepada kepentingan perjuangan politik pembangkang.
Ditanya sebab kerajaan membenarkan kisah perjuangan komunis disebarkan secara meluas di Internet, pak menteri berkata: "Negara kita bebas bersuara, tetapi jangan sampai pecah-belahkan masyarakat kerana kita ada undang-undang." pak menteri berkata demikian ketika diminta mengulas sidang akhbar PAS di Kuala Lumpur semalam yang menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung isu berkenaan, iaitu iaitu mereka menolak komunis.
Penjelasan itu dibuat berikutan bantahan masyakarat, terutama bekas pejuang dan tentera, yang secara lantang mengutuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu kerana mendakwa kemerdekaan negara ini diperjuangkan oleh komunis.
Beliau mendakwa sokongan rakyat yang semakin rebah terhadap PAS ekoran kelancangan Mohamad Sabu, menyebabkan parti itu terpaksa mengalah dalam isu perjuangan kemerdekaan negara ini, yang menurut menteri berkenaan, sebenarnya dilakukan Umno.
Pak menteri anak yatim juga berkata sesiapa sahaja di Malaysia, yang membayangkan sokongan terhadap komunis, tidak akan berjaya. "Rakyat masih ingat gara-gara komunis di zaman darurat dahulu, ribuan telah maut, ada yang patah kaki, dan ada yang hilang upaya,"
Beliau berkata keganasan komunis menimbulkan kesan yang amat buruk kepada negara, dan sesiapapun tidak sepatutnya cuba membangkitkan isu perjuangan mereka.
Sharpshooter - Adakah sesiapa sahaja yang menentang british dan umporno akan dilebel sebagai komunis?
Rakyat tidak pernah lupa sejarah pembunuhan Melayu beramai-ramai isu Memali dan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya oleh umporno. Itulah sikap umporno yang begitu mudah melebelkan rakyat yang menentang mereka dengan gelaran komunis.
Alahai pak menteri anak yatim... jangan gertak dan ugut rakyat...rakyat akan terus bangkit melawan...Kuasa rakyat kuasa keramat...Kuasa Allah melebihi kuasa kamu...lawan tetap lawan...lawan sampai menang..
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit
Dan Tidak Menyeluruh
-
*KUALA LUMPUR:* Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara
dilih...
1 hour ago