Rakyat telah memilih untuk berubah daripada menyokong Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Rakyat pada 2008.
Hari ini, kita menyaksikan 4 buah negeri (Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor) telah genap ditadbir oleh Pakatan Rakyat selama 3 tahun. Terlalu banyak catatan-catatan kejayaan 4 buah negeri ini membuatkan rakyat gembira, namun begitu kita tidak harus berpuas hati.
Hakikatnya Pakatan Rakyat telah mentadbir 4 buah negeri dengan jayanya. Rakyat sudah merasai nikmat perubahan, kita di Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa kita mampu memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik daripada Barisan Nasional.
Kita harus menginsafi bahawa harapan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tinggi mengunung sebagai penganti kepada BN.
Justeru, isu pelaksanaan undang-undang hudud seharusnya dibincangkan di meja musawarah Pakatan Rakyat. Kita tidak boleh meletakkan emosi di hadapan, tetapi meletakan rasional terlebih dahulu.
Perkara ini bukan baru, sebelum kewujudkan Pakatan Rakyat, kita telah menyaksikan pertembungan yang serupa.Adalah tidak wajar sekiranya kita terus teperangkap dengan perkara yang berulang-ulang.
Tiba masanya kita menginsafi bahawa harapan rakyat yang berada di bahu kita adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar. Justeru saya berharap agar pertemuan pemimpin-peminmpin Pakatan Rakyat pada hari Rabu ini (28 September 2011) akan digunakan sebaiknya untuk mencari kesepakatan yang terbaik untuk memastikan harapan rakyat yang mahukan Malaysia yang lebih baik terlaksana.
Sekian,
Y.B. DATO' MANSOR BIN HJ OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit
Dan Tidak Menyeluruh
-
*KUALA LUMPUR:* Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara
dilih...
1 hour ago