SharpShooter Followers

Wednesday, September 14, 2011

Syyyy...diam..diam... tutup mulut rapat-rapat...


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya patuh kepada ketetapan dan arahan majlis presiden gabungan itu supaya rundingan kerusi tidak dibincang dan dihebah secara terbuka.

Peringatan itu dibuat ekoran beberapa pemimpin Pakatan di Johor, termasuk daripada PKR, mengutarakan pelbagai pandangan yang mengundang spekulasi dan pelbagai persepsi. pkr congress pc 271110 saifuddin nasution"Saya dengan ini menasihatkan kesemua ahli-ahli pimpinan PKR, PAS dan DAP Johor, dan juga di lain-lain negeri untuk mematuhi ketetapan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat serta menghormati dan menerima konsep kerjasama Pakatan Rakyat yang menekankan rasa hormat-menghormati sesama kita dalam erti kata yang sebenarnya," kata Saifuddin (kiri).

Percakaran PKR-DAP di Johor makin buruk semalam apabila Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan dilapor berkata, Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau akan dipersalahkan sekiranya Pakatan gagal menawan Johor pada pilihan raya umum ke-13. Ng membidas Boo (bawah) kerana didakwa berkali-kali melanggar perintah tutup mulut dan mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan Pakatan tanpa mengambil kira perasaan parti gabungan lain.

Dalam kenyataannnya hari ini, Saifuddin berkata, rundingan kerusi antara parti sekutu Pakatan merupakan proses berterusan yang menjadi tanggungjawab bersama menumbangkan BN. "Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang berNONEunding," kata anggota parlimen Machang itu.

Beliau juga menyeru ahli dan pimpinan ketiga-tiga parti pembangkang memberi tumpuan terhadap keperluan dan persediaan kerja jentera pilihan raya masing-masing bagi terus menyerlahkan peluang membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Saufudin turut menyatakan keyakinan dan sokongan PKR kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng dalam meneruskan rundingan bagi mencapai "persetujuan hakiki" dalam rundingan itu. Dalam pilihan tiga tahun lalu, daripada 26 kerusi parlimen, DAP bertanding di enam kawasan manakala PAS dan PKR masing-masing di lapan dan 11 kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di satu kerusi.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Comments (11)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
vivinardina8's avatar

vivinardina8 · 114 weeks ago

Sangat menginspirasi Gaspol138 Slot
ganrawirawan94's avatar

ganrawirawan94 · 114 weeks ago

Luar biasa Bet188 Slot
dianilestian's avatar

dianilestian · 114 weeks ago

Membuka mata Indobet88 Slot
dianilestian's avatar

dianilestian · 114 weeks ago

Menyentuh sekali Berkah88 Slot
nananoviani766's avatar

nananoviani766 · 114 weeks ago

Great Games Play Right Here Click The Link Bos188 Slot
6eriska2putri's avatar

6eriska2putri · 114 weeks ago

Main Bersama Agen Terbaik Deposit Pulsa Tanpa Potongan Juragan 99 Slot
anyalestarina's avatar

anyalestarina · 114 weeks ago

Klik Daftar Agen Terbaik Gaspol138 Login
karinayuri0's avatar

karinayuri0 · 114 weeks ago

Login Dan Mainkan Games Gacor Bet188 Login
miharuputeri's avatar

miharuputeri · 114 weeks ago

Bonus Dan Promo Menarik Bet88online
ruyivailena01's avatar

ruyivailena01 · 114 weeks ago

Gacor banget Indobet888
mandrasaputra's avatar

mandrasaputra · 114 weeks ago

Lagi banyak promo nih Indobet888 Slot

Post a new comment

Comments by