SharpShooter Followers

Tuesday, January 31, 2012

Anda wajib tahu siapa The Wall Street Journal

The Asia Wall Street Journal (AWSJ) menjadi buat mulut pada minggu ini. Jarang sekali akhbar luar negara dibincang begini hebat terutama oleh orang-orang yang tidak membaca akhbar ini. Dari Pemuda PAS hingga ke menteri luar Malaysia semua ada memiliki pandangan tentang AWSJ. Pandangan ini berkaitan dengan kenyataan temubual Anwar Ibrahim yang baru dilaporkan dalam akhbar itu.

Saya juga memiliki pandangan tentang AWSJ. Saya juga memiliki pandangan tentang Israel. Saya juga memiliki pandangan tentang peranan zionis Israel di Timur Tengah dan di seluruh dunia. Saya juga memiliki pandangan tentang perjuangan adil rakyat Palestin. Saya juga memiliki pandangan tentang homoseksual. Pandangan-pandangan saya ini mungkin tidak selari dengan pandangan Anwar Ibrahim, atau dengan pandangan pandangan Dewan Pemuda PAS. Mustahil pandangan saya akan sama dengan pandangan menteri luar Malaysia.

Tetapi di sini bukan pandangan tentang zionis Israel atau tentang hubungan homoseksual yang ingin saya lakar. Saya ingin menggarap tentang apa dia akhbar ASWJ. Untuk saya jika warga Malaysia memahami apa dia ASWJ maka dengan serta merta kita akan sedar betapa bangangnya heboh-heboh kita minggu ini. Saya juga berharap apa yang saya lakar ini akan membawa pencerahan fikrah untuk membantu kita memahami realpolitik - memahami peranan media dan modal.

ASWJ ini bukan secara tiba-tiba wujud di Asia untuk menjadi bacaan wajib kepada politikus dan kaum pemodal di Asia Tenggara. Sebelum meluasnya pengaruh ASWJ ini telah wujud satu majalah yang dipanggil Far Eastern Economic Review (FEER). Majalah mingguan terbitan Hong Kong yang dimulakan dari tahun 1946.

Majalah FEER ini cukup berpengaruh di kalangan kaum pemodal dan politikus di Asia Tenggara. FEER adalah suara dan lambang keagungan empayar British. FEER mewakili kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Majalah ini menjadi suara dan nadi kaum pemodal British yang ketika itu masih banyak menguasai gedung-gedung perniagaan di China dan Asia Tenggara.

Pada tahap gemilangnya FEER pernah mencecah lebih dari 90,000 naskhah jualan untuk satu minggu. Dan jangan terperanjat, warga yang paling banyak membeli dan membaca FFER ialah warga Malaysia. Ini pada ketika pengaruh kaum pemodal British di Tanah Melayu kemudian Malaysia masih mencengkam kukuh.

FEER kemudian telah dibeli oleh syarikat Dows Jones & Company pemilik ASWJ. Nampak atau tidak apa ertinya pembelian ini? Tauke AWSJ membeli FEER bukan hendak memastikan majalah ini laris dan terus berkembang. Niat pembelian ialah untuk memautkan majalah ini. Apabila FEER tutup kedai pada tahun 2009 maka berkembanglah akhbar AWSJ yang seratus peratus mewakili kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional dari Wall Street Amerika. Kematian FEER adalah tanda bahawa pengaruh kaum pemodal British telah malap dan pengaruh kaum pemodal Amerika melonjak naik di Asia dan Asia Tenggara.

Hubungan Wall Street-Rumah Putih

AWSJ - namanya sahaja telah menunjukkan bahawa akhbar ini tanpa segan silu mengatakan kepada dunia bahawa ianya mewakili kepentingan Wall Street. Untuk Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yang tidak tahu - Wall Street ialah nama satu jalan di New York. Di jalan ini ialah rumah Bursa Saham Amerika, NASDAQ , New York Mercantile Exchange. Jalan ini adalah tempat di mana lanun dan penyangak-penyangak kapitalis bertelur, mengeram dan menetaskan kerenah, masalah dan bala bencana kepada muka bumi ini.

Wall Street tempat berjual beli. Wall Street juga menjadi reban utama kaum Zionis Antarabangsa. Di Wall Street kaum Zionis berkumpul bersama kaum kapitalis antarabangsa untuk membuat duit dan mencari laba. Penyangak dan lanun besar di Wall Street ini akan menjual apa sahaja yang boleh dijual. Mereka akan membeli apa saja boleh dibeli dengan murah dan dijual dengan mahal.

Tepung, sawit, minyak, candu, bom, kapal terbang, China doll, hutang, kokain, ganja, arak - malah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan akan diniagakan di Wall Street. Warga di Wall Street ini tuhannya bernama dolar. Kiblat mereka ialah Federal Reserve. Nabi mereka ialah pada ketika ini ialah Ben Benarke, seorang Zionis. Sebelumnya Allen Greensopan, juga seorang Zionis.

Kalau di zaman Nabi. Wall Street ini ialah jalan ke rumah Abu Jahal. Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka Wall Street ialah jalan ke rumah Kitul dan Mendeliar. Kalau di Malaysia Wall Street ini ialah jalan ke rumah Mahathir.

Di Wall Street ini akan dirancang siapa naik dan siapa turun. Bukan hanya siapa naik dan siapa turun di Rumah Putih sahaja yang dirancang di Wall Street malah kuasa politik dunia pun akan diniagakan di Wall Street. Di sini akan dirancang siapa mendapat kuasa di negara Dunia Ketiga atau siapa yang wajib dijatuhkan dan negara mana wajib diserang.

Untuk pembaca budiman biar saya nyatakan di sini, pintu Rumah Putih dan pintu Wall Street saling berhubung. Masuk pintu hadapan Rumah Putih akan membuka pintu belakang Wall Stret. Kadangkala masuk pintu hadapan Wall Stareet akan membuka pintu belakang Rumah Putih. Ini realpolitik dalam dunia hari ini. Ini kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa bala tentera empayar Amerika dan kuasa Wall Street.

Akhbar ASWJ journal ini ada edisi Eropah, ada edisi khusus untuk dunia termasuk Amerika Latin. Tuan empunya AWSJ ini ialah Dow Jones & Company - syarikat penerbitan gergasi yang berpangkalan di Amerika. Kaum pemodal dan kaum kapitalis selain dari melanggan dan mengupah ‘tukang lobi' mereka juga memiliki akhbar dan media yang bertujuan untuk mengolah pandangan dan pendapat untuk memastikan kepentingan modal mereka didahulukan. Media kapitalis ini mengolah pandangan untuk memastikan kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksimum.

Juga wawancara Najib

Peranan AWSJ ini tidak jauh bezanya dari peranan Utusan Malaysia. AWSJ melakar pandangan untuk kaum pemodal antarabangsa. Utusan Melayu melakar pandangan untuk kepentingan United Malay National Organisation. Yang berbeza hanyalah Utusan ditulis oleh penulis lekeh hinggakan tak ada sesiapa membeli dan membaca Utusan. AWSJ dengan dana yang lumayan mengupah penulis yang licik lagi berpengalaman hinggakan agenda jahat kaum pemodal dan kaum Zionis antarabangsa ini tidak dapat dilihat.

Ramai yang lupa atau sengaja tidak mahu ingat bahawa sebelum Anwar ditemubual, AWSJ juga telah menemubual Najib Razak. AWSJ memberi nasihat agar Najib meneruskan ‘dasar terbuka - dasar liberal' sehingga ‘terkangkang' luas agar kaum kapitalis antarabangsa dapat mengaut keuntungan maksimum. Menurut AWSJ Najib hanya berkemungkinan menang pilihan raya jika Najib berani melupuskan kepentingan dasar pro-Bumiputera. Dasar pro-Bumiputera ini menyusahkan kaum pemodal antarabangsa untuk meniaga di Malaysia, menurut pandangan AWSJ.

Dari bacaan saya, ini bukan nasihat. Ini tekanan. Tetapi temubual ini tidak menjadi buah mulut kerana dalam negara kita ini para pemikir Melayu yang pro-Bumiputera ‘kecut telor' tak berani bersuara takut tersalah cakap. Jika silap cakap mungkin tidak lagi akan dijemput untuk menjadi ahli panel di rancangan forum RTM atau tidak dipilih untuk menjadi juri di pertandingan Juara Lagu.

Temu bual Anwar Ibrahim di AWSJ ini juga adalah satu tekanan untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa didahulukan. Perhatikan betul betul buah butir yang dilapor. Anwar berkata ‘lebih banyak lagi penswastaan akan dilakukan'. Ini untuk menyedapkan hati kaum pemodal antarabangsa kerana Anwar sedar dan tahu siapa di belakang AWSJ ini.

Mengenai Israel dan Zionis, saya harap telah jelas dari apa yang telah saya lakar. Kepentingan kaum kapitalis antarabangsa dan kaum Zionis adalah pada ketika ini ikat mengikat. Hari ini enam buah syarikat Yahudi Zionis menguasai 96 peratus saluran semua bentuk media di dunia. Sayugia cukup untuk saya menuliskan bahawa New York Times, Wall Stret Journal dan Washington Post adalah milik Yahudi yang pro-Israel.

Melalui temubual dengan pemimpin politik Malaysia AWSJ ingin melihat apakah Najib Razak akan memberi keuntungan dan laba yang lebih berbanding dengan Anwar Ibrahim. Ini agenda asasi AWSJ. Akhbar ini tidak akan mempedulikan tentang kezaliman ISA atau AUKU atau Akta Cetak atau jumlah bayi mati dibuang.

AWSJ sedar pada ketika ini politik di Malaysia sedang cair. Penyelidik dan pemerhati politik di AWSJ melihat tahun ini adalah tahun pilihan raya. AWSJ ingin memastikan jika Najib Razak atau Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kepentingan kaum kapitalis akan terjaga rapi. Inilah makna temubual dari Asia Wall Street Journal - Hishamuddin Rais

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/