JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT FIRST LADY OF SHOPPING
Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh Rosmah Mansor perolehi sehingga mampu berbelanja mewah seperti di laporkan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.
Bukan sahaja berbelanja mewah termasuk menginap di hotel bersama suaminya Najib Razak berharga RM65,100 semalam di Hotel Darling , Sydney , yang tidak dilaporkan berapa malamkan mereka menginap di sana dan perkhidmatan lain seperti parkir khas untuk limosin beliau.
Jingga 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya isteri Perdana Menteri Malaysia yang berbelanja mewah yang amat melampau. Adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan terlalu dayus untuk menyiasat isteri Perdana Menteri dan pimpinan UMNO?
Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau boleh untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'?
Jingga 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah jutaan RM daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan Birkin dan sebagainya termasuklah perbelanjaan pengangkutan dan penginapan mewah di luar negara.
SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard.
muafakat*prihatin*berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
4 hours ago